Hari ni ingat nak tuning Iswara pasal power kereta dah semakin kurang. Tempat biasa aku servis adalah Suria NGV kat Stesen Minyak Petronas bersebelahan dengan Giant Batu Caves. Malangnya tutup la pulak bengkel tu. Ye la, cuti umum Hari Wesak. Orang melayu ni dia sambut betul betul bila bab cuti ni.
So plan B adalah pi servis radiator sebab aku ada nampak karat-karat keluar ke spare air tangki. Lagipun kalau lama sangat dalam kesesakkan suhu radiator akan meningkat lebih dari setengah. Nasib baik kereta aku ada extra fan, bila suhu meningkat dari biasa, aku switch ON kipas tu dan suhu turun balik.
Lokasi bengkel di depan Kuil Buddha kat sebelah kiri MR2 di Desa Jaya. Bengkel ni, memang kerjanya pasal radiator aje, bengkel-bengkel lain pun hantar kat sini.
Gambar kat bawah, radiator telah di cabut untuk dilakukan servis. Kipas yang nampak tu adalah kipas tambahan.

Bila dah buka radiator dan dalam proses pembersihan, terdapat 5 lorong tersumbat dan tak boleh nak tembus sampai ke bawah. Patutlah suhu naik kalau jem lama sangat. So ada dua pilihan, teruskan guna radiator tu dan dikenakan charge RM85 atau tukar radiator baru siap pasang serta di isi colant harganya RM300. So aku pilih radiator baru. Radiator asal adalah dari jenis cooper. Radiator baru ni jenis aluminium. Memandangkan kereta aku jenis automatik maka radiator yang digunakan adalah jenis yang ada dua baris. Kalau kereta Iswara manual cuma perlu tukar radiator jenis sebaring aje.
Proses pemasangan radiator sedang dilakukan
Coolant untuk Merc di isi di dalam tangki radiator Iswara aku. Perh!!!! agak-agak boleh laju macam merc tak? Warna coolant ni warna biru, kalau jenama Toyota warna Merah, kalau Citreon tanpa warna dan Nissan warna hijau.
Ini coolant Merc yang digunakan yang katanya berharga RM40. Entahlah betul atau tidak, kalau coolant Toyota berharga RM25 untuk 1 liter.
Dekat 2 jam jugalah semua proses tu.
So dalam perjalanan balik dari Kepong ke Rawang, lampu brake kejap nyala, kejap padam. Sebenarnya bulan lepas kena macam tu jugak, bila start waktu pagi, lampu brake tak mati. Lepas jalan dalam sejam baru lampu brake padam. Bila buka penutup minyak brake dan betulkan getah kat penutup tu masalah lampu brake hidup settle. Cuma aku perasan paras minyak brake ada kurang sikit.
Cuma pagi tadi masalah lampu brake hidup berlaku semula, cuma kali ni dia kejap hidup dan sekejap padam. Test brake ok aje. Memandangkan rabu ni nak jalan jauh, so nak tak nak kena check jugak. Macam biasa pergi ke bengkel kat Batu 16 depan Tesco Rawang.
Bila buka aje penutup brake, aku perasan minyak brake tinggal separuh aje. Bahaya sungguh. Jenuh le mekanik tu buka semua tanya tak ada yg bocor pun kat area brake pad. Rupanya ada kebocoran kat Brake servo, iaitu tempat letak minyak brake. Brake servo tu rupanya macam kat bawah ni.
Sepatutnya boleh beli brake kit, malangnya ruang kat dalam dah teruk. Dua-bua batang hitam tu (satu kat lantai) dah bengkok sikit. Ye la, mileage kereta pun dah 460K.
Harga satu set brake servo (sebelah kiri dalam gambar) + minyak brake dot 4 adalah RM180.
Lepas tu buat balancing tayar. Baru perasan tayar sebelah kiri retak di banyak tempat. Nak tak nak kena tukar le tetapi tak kan nak tukar satu aje. So tukar dua tayar depan. Tayar depan satu yang elok jadikan tayar spare, so tukar dari Silver stone kepada falken.
Harga keseluruhan Servo Brake + 2 tayar + balancing + upah = RM492
end
Para pelakon:
1) Ida, ni tak ada kena mengena dgn Ida yang mati kena tembak dengan Leen dalam cerekarama 'PerjuanganYang Ternoda'
2) Ainol, Pelakon baru
3) Naza, ni tak ada kena mengena dgn sebarang manusia sebab naza tu sejenis kereta
4) Man, tak ada kena mengena dgn Man dalam cerekarama 'Perjuangan Yang ternoda
* cerita ni gabungan beberapa penulis, maka jalan cerita dan gaya bahasa tak sama le.
*****************************
Pada suatu hari yang hening, dikala masih ramai warga Ampang sedang lena di buai mimpi. Ida sudah siap sedia untuk berangkat ke tempat kerja yang terletak di Sepang.
Naza berenjinkan Nissan V6 2500cc tidak menghadapi masalah untuk dihidupkan walaupun cuaca di luar teramat sejuk. Kesejukkan yg menusuk hingga tulang sum sum membuatkan Ida terpaksa buat lompatan setempat utk mengurangkan rasa sejuk.
Madunya Ainol sedang sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Ainol adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Dia la sahabat dan madu yang baik kerana sanggup mengambil Ida sebagai madunya. Sementara menunggu engine kereta panas, fikiran Ida mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan dia terpaksa kahwin dgn suami Ainol.
Ida, Ainol dan Man adalah lulusan ITM Dungun. Mereka bertiga memang berkahwan baik semasa di ITM. Kemana mereka pergi pasti bertiga. Sehingga seorang pensyarah bernama Azie ada berseloroh:"awak ni ke mana pergi saya tengok mesti bertiga, silap silap nanti awak berdua ni bermadu"
"Tak mungkin Puan, Man ni kan kekasih Ainol. Tak kan saya nak kacau pulak" jawap Ida sambil tersengih.
Memang Ida akui, Man seorang yang tampan, berkulit cerah dan berhidung mancung. Namun bukan sifat dirinya mengambil sesuatu yang disayangi sahabat baiknya.
Cuma kadang kadang gurauan Man serba sedikit mengugat keimanannya. Man ni kadang kadang bergurau dgn memanggil dirinya sayang. Kalau di tegur, katanya hanyalah gurauan. Memang kali pertama Man memanggilnya sayang, berderau juga. Maklum le selama ini tak pernah ada lelaki memanggilnya sayang
Masa majlis perkahwinan Ainol dengan Man, Ida lah pengapit bagi pihak Ainol. Manakala Man di apit oleh malaun Ikhsan
Ida mengelar Ikhsan malaun sebab perangainya yang pengotor dan suka menghembuskan asap rokok dimukanya.
Ada ke patut, Ainol dan Man cuba nak match making dia dengan Ikhsan. Eeeee geli.
Mengeletar kegelian bila terkenangkan peristiwa Ikhsan cuba mengorat dia.
"Ainol, geli lah aku dgn Ikhsan ni, sekejap ludah kat situ, sekejap lagi ludah kat sini" Itu lah kata Ida semasa Ainol dan Man cuba menyuruhnya menerima Ikhsan seadanya.
"Alaaa Ida, hati tak suka, memang le nampak segala kelemahannya. Slow slow le dulu, nanti bila dah lama kenal, mesti hilang perasaan geli tu" sindir Ainol.
"Aahhh, tengok ni, meremang bulu roma aku bila kau cakap macam tu." Balas Ida sambil menunjukkan lengannya kepada Ida.
Punyalaa kuat Ainol ketawa masa tu. Sampai semua mata memandang mereka yang ketika itu berada di pelamin.
Dalam ketawa Ainol berkata "Ida, Ida, habis lelaki macam yang kau berkenan?"
"Man" secara sepontan aje Ida menjawap. Dia pun tak tahu macam mana nama raja sehari tu terpancul dari mulutnya. Kalaulah boleh mengundur masa, memang lain jawapan yang akan diberi.
Tiba-tiba sunyi sepi. Ainol dan Man serentak berhenti ketawa. Mereka berdua memandangkan tepat ke arah Ida. Gelabah Ida dibuatnya.
"Ya Allah, apa telah aku lakukan, di hari bahagia sahabat ku ini, aku tersilap bicara"
"Ya Allah, sekiranya ada kebaikan yang ikhlas pernah aku lakukan, kau lepaskanlah dan bebaskan aku dari kemelut ini, kerana sesungguhnya aku tidak mampu melakukannya."
"Kau ni Ida, Man ni sudah jadi hak milik kekal aku, maaf ya" bicara Ainol yang memecahkan kesunyian sebentar tadi.
"Tak apa Ida, aku doakan kau bertemu jodoh sebaik Man" sambung Ainol sambil penepuk peha Ida.
Lega perasaan Ida bila mendengar Ainol berkata begitu. Barulah Ida dapat mengukir senyuman di wajahnya.
Dalam senyuman, Ida mengucapkan Alhamdulillah kerana Allah melepaskannya dari belenggu itu tadi. Tiba tiba Man bersuara.....
"Alaaa, apa susah, Ida jadi madu Ainol ajele" kata Man sambil ketawa.
"Aduh!" Satu jeritan kecil terkeluar dari mulut Man.
Rupanya tangan halus Ainon sempat mencubit peha suaminya.
Ida hanya mampu tersenyum bila mendengarnya.
Sebenarnya memang Ida 'perasaan' terhadap Man. Man memenuhi segala ciri ciri yang dia idamkan. Namun perasaan sayang terpaksa dipendamkan apabila mengetahui sahabatnya Ainol jugak ada menaruh perasaan terhadap Man.
Bukan sifat Ida berebut sesuatu dari sahabatnya. Baginya, lelaki boleh di cari tetapi mencari sahabat sebaik Ainol tidak mungkin dapat di cari.
Kebahagiaan sahabat baiknya adalah lebih penting dari kebahagiaan dirinya.
"Ida!"
Tersedar Ida dari lamunan bila mendengar jeritan dari madunya.
Ida mengangkat kedua belah tangannya yang bermaksud 'apa dia?'
Ainol madunya menunjukkan sesuatu di lantai hadapan Naza.
Ida keluar dari Naza dan melihat ke arah yang ditunjukkan.
"Apa tu?" Tanya Ida kepada Ainol
"Macam darah haid aje, kau tak pakai pad ke Ida" balas Ainol sambil memandang ke arah kelakang Ida.
"Hish kau ni, tak kan le tak pakai pad" balas Ida. Namun begitu tangannya tetap bergerak ke celah kakang untuk kepastian.
" Pakai le" ulang Ida lagi setelah 100% yakin dia memang pakai pad.
Ainol ketawa berdekah dekah bila melihat telatah madunya.
Memang itu le perangai Ida yang dia kenali sejak dulu lagi. Sungguh mudah di was waskan hatinya.
"Serius ni, apa benda merah ni?" tanya Ida lagi sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kau tanya kakak Ainol pasal kereta, lebih baik tanya sama burung hud hud" jawap Ainol sambil memuncungkan mulutnya umpama seekor burung.
Walaupun Ida dan Ainol adalah sebaya, tetapi sebagai isteri pertama, Ainol membahasakan dirinya kakak. Lagi pun shape dia pun dah out, Ye la sudah ada 3 anak keluar dari rahimnya. Lain le Ida yang masih bergetah kerana baru beberapa bulan berkahwin dgn suaminya.
"Kak! Kak gerakkan lah abang man, minta tolong dia tengokkan" kata Ida.
"Ye la, nanti akak gerak abang Man, kalau ye pun, matikan lah engine tu dulu "
Ida menuruti kata Ainol. Selepas mematikan engine mereka berdua masuk kembali ke dalam rumah.
Di dalam rumah, Ida melabuhkan tubuhnya di sofa. Rasa penat sungguh walaupun tak buat sebarang kerja. Ini mungkin disebabkan rasa takut bila melihat ada cecair warna merah di lantai tadi.
Sementara menunggu Ainol mengerakkan abang Man, fikiran Ida kembali mengimbas kenangan lalu.
Selepas majlis perkahwinan Ainol dgn Man, Ida jarang sekali berjumpa dengan mereka berdua. Walaupun rumah mereka berdua tidak jauh mana namun kesibukan tugas membuatkan yang dekat susah untuk berjumpa.
Tetapi segalanya berubah selepas ibubapa Ida menemui ajal selepas kereta yang di pandu Ida terbabas mengakibatkan kedua orang tuanya meninggal. Disebabkan dia anak tunggal maka tiada lagi tempat mengadu. Sudahlah sedih dengan kematian kedua org tuanya, dia juga fobia untuk memandu kereta.
Nasib baik sahabat baiknya Ainol menghulurkan bantuan. Di ajaknya Ida menetap sekali dgnnya. Memang pada mulanya Ida menolak. Ye la apa kata jiran pulak nanti. Namun bila memikirkan kesukaran Man untuk mengambil dia Setiawangsa dan menghantarnya ke Serdang, maka akhirnya Ida akur.
Hampir 6 bulan jugalah Man sabar menghantarnya ke Serdang. Selama tu jugaklah, tidak pernah sekali pun Man mengambil kesempatan terhadap dirinya
Tetapi satu kejadian merubah segalanya Ida masih ingat lagi peristiwa yang merubah segalanya. Peristiwa bulan oktober membuatkan perasaan sayang terhadap Man yang disembunyikan selama ini tidak dpt dibendung lagi.
Pada satu hari di bulan oktober, ketika sedang menunggu Man mengambilnya dari bekerja, tiba tiba perutnya terasa tersangat sakit.
Masih terbayang wajah cemas Man bila melihat Ida mengerang kesakitan sambil menekan perutnya yang sakit.
"Kenapa ni Ida" tanya Man dalam nada cemas
"Sakitnya perut ni" jawap Ida perlahan. Tak tertanggung sakit yang dihadapinya.
Tangan Man cuba menyentuh perut Ida, namun tangannya di tarik balik. Memang pendirian Man untuk tidak menyentuh wanita yg bukan muhrimnya
"Ida boleh berjalan ke kereta tak?" Tanya Man.
Ida hanya mampu mengangguk kepala. Dalam kesakitan di paksa juga dirinya untuk melangkah. Entah macam mana, Ida tersilap langkah menyebabkan dia hampir terjatuh. Nasib baik Man dari tadi mengikuti setiap langkahnya dengan begitu rapat. Man berjaya menyambutnya.
Itulah kali pertama dirinya di peluk oleh seorang lelaki. Rasa mengeletar seluruh tubuhnya, mengeletar bukan disebabkan demam atau sebab sakit yang di alaminya tetapi reaksi tubuhnya menerima bahang cinta yang tiba tiba membara.
IKLAN : Tragedi Oktober
"Are you ok Ida" tanya Man.
Ida hanya mengangguk.
Setelah Ida berdiri semula, Man melepaskan pelukannya terhadap Ida. Berderau juga darah masa memeluk Ida. Sapa sangka gadis manis yg pernah bertahta di hatinya berada di dalam pelukkannya.
[Jeng Jeng Jeng] musik latar
Memang masa di ITM dulu, Man ada menyimpan perasaan terhadap Ida tetapi dia terlalu malu untuk menyatakan hasratnya.
Ada juga Man memberi hint kat Ida, tetapi Ida mcm tidak memahaminya. Alih alih Ainol yg meluahkan perasaan hatinya. Serba salah dibuatnya.
Rupanya selama ini Man memberi hint hint kat Ida, si Ainol pulak yg merasakan hint tu untuk diri dia.
Kalau Man berterus terang dia pasti persahabatan antara Ida dengan Ainol akan goyah. Akibatnya pasti dia akan kehilangan kedua-dua gadis yang menjadi sahabatnya di ITM.
Kadang-kadang berangan jugak kedua kedua sahabat tu menjadi isterinya. Setiap kali memikirkannya pasti Man tersenyum sendiri.
"Hei Man! Lain mcm aje senyumnya" tegur Ida bila melihat Man tersengih.
"Tak ada apa, just teringat kisah kita dulu masa kat ITM" jawap Man.
“Alamak, tiba-tiba hujan la pulak” kata Man.
“Kita ke Hospital Serdang ye” sambung Man.
Lagi sekali Ida hanya mampu mengangguk.
Bila tiba di Hospital Serdang, hujan turun semakin lebat.
“Kenapa ni? Kereta panjang beratur di depan wad kecemasan” kata Man apabila melihat dihadapannya 3 buah kereta menunggu giliran untuk menurunkan penumpang.
“Aduh! Man, sakit sangat ni” Ida mengerang kesakitan.
Tidak ada pilihan lain, Man keluar dari kereta dan mengambil payung di dalam bonet kereta. Dengan baju yang basah lencun, Man membuka pintu kereta sebelah penumpang.
“Ida, jom kita jalan ke sana. Kalau tunggu mesti lama ni”
Ida hanya menuruti kata Man, namun kesakitan yang di alami menyebabkan dia tidak dapat berdiri dengan sempurna. Man bertindak memeluk pinggang Ida agar Ida tidak terjatuh. Walaupun baju Man basah lencun, namun kehangatan badan Man masih lagi terasa.
“Ida, peluk pinggang Man supaya senang untuk kita berjalan”
Ida hanya mengikuti segala arahan Man. Keadaan mereka sekarang seperti belangkas. Man memeluk pinggang Ida menggunakan tangan kirinya manakala Ida pulak memeluk Man menggunakan tangan kanan, manakala tangan kanan Man pulak memegang Payung.
Tidak dapat digambarkan perasaan Ida ketika mereka berjalan perlahan-lahan menuju ke Wad Kecemasan. Kesakitan di perut yang di alami seolah-olah berkurangan apabila berkeadaan begini. Memang satu rahmat bagi Ida, apabila terpaksa jalan kaki ke Wad Kecemasan.
Tiba-tiba tidak semena mena Ida sendawa beberapa kali. Habis aje sendawa, sakitnya pun hilang. Ida memberhentikan langkahnya. Menarik nafas sepanjang yang boleh nak menghembuskannya perlahan-lahan. Ida melakukannya beberapa kali untuk memastikan sama ada sakit tu betul betul hilang atau tidak. Setelah yakin sakit tersebut sudah tiada Ida pun berkata:
“Man, rasanya tak perlu pi hospital, lepas sendawa sakit dah kurang. Mungkin angin saja tadi”. Ida tak tahu kenapa dia berbohong mengatakan masih ada terasa sakit. Mungkinkah dia sudah dihasut syaitan atau kenikmatan yang dirasai sekarang membuatnya berbohong.
“Ida, betul ke tak sakit?” Tanya Man untuk kepastian.
“Betul, jom kita balik, nanti lama pulak Ainol tunggu kat rumah tu” balas Ida.
Dengan langkah perlahan, mereka bergerak ke kereta. Sepanjang perjalanan ke kereta, Ida asyik memerhatikan wajah tampan Man. Kalau boleh, dia tidak mahu saat ini berlalu dengan begitu pantas. Kalau lah dia mempunyai kuasa, dia mahukan mematikan masa agar situasi ini kekal untuk selamanya. Namun itu hanyalah impian yang tidak mungkin jadi kenyataan.
Sepanjang perjalanan ke Ampang tidak ada seorang pun dari mereka yang meluahkan sebarang kata. Dalam kemanisan yang dirasai tadi, timbul rasa sesalan kerana telah berlaku curang kepada Allah S.W.T.. Baru sedikit diuji, mereka telah tewas dengan kehendak nafsu.
Selepas kejadian itu, setiap kali Man menghantar dan mengambil Ida bekerja, mereka tidak lagi berbual dengan rancak seperti dahulu. Seperti terdapat sesuatu yang tersekat di tekak mereka bila mahu berbicara. Mungkin perasan sesalan dari apa yang berlaku menyebabkan mereka lebih banyak membisu.
Untuk mengurangkan rasa bersalah, Ida nekad untuk keluar dari rumah itu. Ida berharap dengan berjauhan dengan Man akan dapat menghilangkan perasaan sayang yang hadir dihatinya. Walaupun mungkin tidak dapat membuang perasaan tu 100% tetapi sekurang-kurangnya dapat meredakan perasaan sayang tu setiap kali mereka bertemu.
Bila Ida menyatakan hasratnya kepada Ainol, Ainol menolak permintaan tersebut, tetapi apabila suaminya mengalakkan Ida mula berdikari. Ainol terpaksa akur. Memang benar, sampai bila Ida bergantung kepada suaminya Man. Lagi pun iiran-jiran di taman sudah mula berbisik-bisik mengenai hubungan Ida dengan dengan suaminya Man. Walaupun dia percaya kepada Ida dan suaminya tidak melakukan sebarang kesalahan, namun cakap-cakap jiran kadang-kadang membuatkan hatinya risau dan takut sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Selepas keluar dari rumah Ainol, kehidupan Ida sudah banyak berubah, dia sudah mula pandai berdikari. Kalau dulu dia fobia untuk membawa kereta, kini fobianya telah hilang. Prestasi kerja sudah mula meningkat, kenaikan pangkat yang baru di terima merupakan bukti keupayaan dan keyakinan diri sudah pulih. Namun begitu, dia gagal menghilangkan ingatannya terhadap Man. Peristiwa oktober tahun lepas senantiasa menghantui dirinya. Perasaan sayang tidak menurun malah semakin membara di hati Ida. Sehingga ke suatu tahap, perasaan tidak lagi dapat dibendung lagi. Ida akan berhenti di tepi jalan di Sepang dan menjerit sepuas hati.
“Maaaannnnnnnnnnnnnnnnnnn, aku cinta pada mu” Dia akan menjerit sekuat dan sepuas hati sehingga perasaan membara tu berkurangan.
Adalah sangat menyiksakan apabila perasaan ini tidak dapat diceritakan kepada sesiapa pun. Ye la, tak kan nak beritahu Ainol yang dia menyayangi Man. Gila ke apa beritahu sahabat baik yang dia amat menyayangi suami sahabatnya sendiri. Hendak bercerita pada teman di pejabat, sudah tentu dia pandang serong dan sudah pasti akan mendapat gelaran perempuan sundal kerana menaruh hati pada suami sahabat sendiri.
Masa terus berlalu, suatu hari komputer di rumahnya mengalami masalah. Sedangkan esoknya dia memerlukan data yang terdapat di dalam komputernya untuk membuat pembentangan ke esokan harinya. Dalam kebuntuan di malam Jumaat, wajah Man muncul difikirannya. Walaupun dia, Ainol dan Man mengambil kursus Perakauan di ITM dulu, namun Man amat mahir dalam komputer. Malah Man mengunakan kemahiran itu sebagai mata pencarian tambahannya.
Handphone sudah lama ditangan, Ida berbelah bahagi sama ada untuk meminta bantuan Man atau tidak. Setelah lama terjeremus di dalam perasaan yang serba salah akhirnya Ida nekad mendail nombor HP Man. Untuk mengelak rasa gugup atau lidah kelu apabila mendengar suara Man, Ida telah menulis apa yang hendak di kata di dalam sehelai kertas.
“Assaalamualaikum Man, Ida ni. Ida nak mintak tolong sikit. Komputer Ida kat rumah ni rosak la. Boleh tolong datang rumah Ida malam ni sebab esok nak hantar tugasan”
“OK, malam ni Man datang dengan Ainol” balas Man ringkas.
JENG JENG JENG (music latar)
Seperti yang dijanjikan tidak sampai 30 minit, Ainol dan Man telah sampai ke rumah Ida. Rupanya mereka datang berlima, iaitu Ainol. Man dan 3 orang anak mereka. Seorang dari anak mereka baru aje lahir sebulan yang lepas, kiranya Man masih dalam ‘pantang’.
Man di ajak Ida ke bilik tidur utama kerana komputer terletak di situ. Setelah menerangkan apa masalah yang dihadapi, Man cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat yang boleh. Sejam berlalu, Man masih gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ketika Man sedang membaiki komputer, Ida dan Ainol mengambil kesempatan untuk berbual. Sesekali kelihatan Ainol menguap. Dia sungguh letih, walaupun tidak bekerja di pejabat tetapi kerja sebagai suri rumah memang banyak cabaran, terutama menjaga 3 anak yang masih kecil.
“Ida, aku mengantuk la, boleh tumpang tidur sekejap. Lagipun baby ni tak selesa sangat tidur kat lengan ni” tanya Ainol
“Boleh aje, Ainol nak tidur kat tingkat atas di bilik Man bekerja pun boleh atau tidur aje kat bilik tetamu di bawah ni” balas Ida
“Kat bawah ni aje le, tak larat lah nak naik atas, lagi pun mesti bising bila Man tengah repair tu. Tidur kat bilik tetamu aje le” jawap Ainol ringkas sambil bangun dari kerusi dan menuju ke bilik tidur tetamu.
“Ida, kalau dah habis nanti gerak ya. Aku kalau dah tidur, memang tak ingat dunia dah”
“Ok Ainol, saya naik atas tengok Man. Harap-harap Man dapat settlekan masalah tu dengan segera”
Ida dengan perlahan menutup pintu bilik tidur tetamu dan bergerak menaiki tangga menuju ke bilik tidur utama. Di lihatnya Man masih tekun membaiki komputer. Dia berharap sungguh komputer tu dapat dibaiki.
“Man, macam mana?” tanya Ida.
“Macam mana apa tu? Balas Man sambil menoleh ke arah Ida.
“Mana Ainol?” sambung Man lagi.
“Ainol dengan anak-anak tidur kat bilik tetamu kat bawah, tak larat mereka tunggu. Kesian mereka, lama tunggu sampai tertidur” jawap Ida.
“So Man, macam mana” Ida mengulangi soalannya setelah melihat tidak menjawap pertanyaannya tadi.
“Entah lah Ida, fikiran Man betul-betul keliru sekarang. Kalau buat tu, rasa macam tak kena, kalau tak buat takut menyesal pulak. Entah!” Man mengeluh.
“Kalau Man dah tak ada pilihan, Man buat aje le, jangan risau pasal gagal dan sebagainya” balas Ida.
“Ida, are you serius. Tak menyesal ke nanti”
“Tak kisah lah Man, Ida dah pasrah walau apa pun terjadi. Man buat aje le apa Man nak buat”
"Betul ni tak menyesal" tanya Man lagi utk kepastian
"Betul, Man buat le apa saja yg Man fikir sesuai" jawap Ida sambil berjalan menghampiri Man.
"Your wish is my command" balas Man.
Dengan kalimah bismillah, Man meneruskan kerjanya. Tiba-tiba
Ida bersuara cemas. "Man macam mana kalau tak berjaya jugak"
Man tersenyum dan berkata, "Ida jangan risau, Man dah biasa buat benda ni, Ida duduk dan relex, InsyaAllah lepas sejam settle"
"Aaaah, lega hati Ida mendengarnya, boleh Man beritahu apa rancangan Man sebenarnya"
"Ok, mula mula Man format PC Ida ni sebab Windows 7 ni dah tak boleh nak baiki. Man dah cuba reinstall pun tak boleh jalan. Lepas format, Man akan run program recuva utk recover balik semua data"
"Ooooo," kata Ida sambil mengangguk walaupun dia sebenarnya tak faham apa yg diperkatakan oleh Man.
Ida bertanya banyak pertanyaan dan setiap pertanyaan di jawap oleh Man dengan panjang lebar.
Walaupun jawapan yang panjang diberikan, Ida memang tak faham pun.
Segala pertanyaan bukan jawapan yang Ida inginkan, Ida cuma ingin mendengar suara Man buat pengubat rindu.
Ida spt tidak berada di alam realiti..Fantasi demi fantasi bersama Abang Man menguasai alam fikirannya
Kalau sebelum ni Ida hanya mampu berfantasi yang Man sebilik dengannya. Rupanya fantasi menjadi realiti walaupun dia tidak pasti berapa lama realiti ini akan menjadi fantasi semula.
"Man... Ida nak tanya sesuatu boleh tak?" Ida memulakan bicara setelah agak sunyi beberapa seketika.
Tanpa mengangkatkan kepalanya, Man berkata dalam dengar tak dengar, "emmm, apa dia?"
Dada Ida berdebar2, peluang yg ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua.
Man berhenti dari menekan jarinya di papan kekunci. Dengan perlahan memusingkan badannya ke arah Ida.
Lidah Ida kelu apabila melihat Man merenung tepat ke arahnya.
"Man, maafkan Ida, Ida tidak sepatutnya meluahkannya tetapi .." kata kata Ida terhenti seketika. Sungguh berat utk dia berkata lagi.
Man masih merenung ke arahnya. Dari raut wajahnya Ida dapat meneka yang Man sedang setia menunggu kata kata yang ingin dilafazkan.
Setelah menarik nafas sedalam yang boleh dan menghembuskannya perlahan lahan barulah Ida bersuara semula.
"Man, I luv you" hanya itu yang mampu Ida ucapkan.
Ida menanti Dan menanti. Namun tiada balasan atau reaksi dari Man.
Adakah Man menerima cintanya?
"Man kenapa diam aje, berilah jawapan" tanya Ida.
Tiba tiba saat yg ditunggu sudah tiba, Man seolah olah ingin berkata sesuatu.
"Maaf Ida, Ida cakap apa tadi, tak dengar la" kata Man sambil membuka earphone di kedua belah telinganya.
"Penat aje rupanya Ida bercakap, rupanya Man tak dengar sepatah pun" bisik hati Ida.
"Ida cakap apa tadi" tanya Man lagi sekali.
"Tadi Ida tanya lagu apa yang Man dengar" jawap Ida ringkas.
"lagu Sofaz - sesuatu yang berbeza. Man suka lagu ni. Lagu ni macam kena mengena dengan perasaan Man" balas Man sambil menghulurkan MP3 player kepada Ida.
"Ida pun suka lagu tu, alangkah indahnya jika ianya bukan sebuah mimpi" kata Ida sambil mengambil mp3 player yang diberi dan memasukkan earphone ke telinganya.
"Man, tak ada lagu bermain pun" tanya Ida pelik bila dia tidak mendengar sebarang lagu dari earphone yang dipasang.
"Ida, mp3 player tu dah sejam habis bateri" balas Man sambil tersenyum.
"Habis tadi Man kata dengan lagu Sofaz" kata Ida, tiba-tiba hatinya berdebar. Adakah....
Belum Ida habis berfikir Man sudah berkata:
"Ida, lagu tu adalah harapan Man sebenarnya. Alangkah indahnya sekiranya apa Man dengar tadi bukan sebuah mimpi"
Rasa nak gugur jantung Ida bila Man berkata begitu. Rupanya Man mendengar segala katanya tadi. Ida jadi serba salah.
Ida tertunduk malu, dia terasa begitu malu untuk memandang muka Man.
"Ida, maafkan Man sekiranya apa yang Man kata ni akan menguris hati Ida"
"Ida, sebenarnya Man dari dulu menyintai Ida, sejak tahun pertama di ITM dulu"
Terkejut Ida mendengarnya. Ida tak sangka rupanya Man menyintainya terlebih dahulu sebelum Ida sendiri jatuh cinta terhadap Man.
"Ida, maafkan Man kerana menaruh hati terhadap Ida selama ini. Malah bagi Man, Ida lah cinta pertama Man, Ida lah wanita yang pertama menjaya memahat nama di dalam hati ini. Walaupun waktu tu, Man tidak pasti sama ada Ida mempunyai perasaan terhadap Man atau tidak tetapi bagi diri Man, Man akan mencintai Ida sehingga akhir hayat"
"Bagi Man, Ida lah cinta suci yang pernah hadir di hati ini. Walaupun Man telah berkahwin dengan Ainol, namum perasaan sayang Man terhadap Ida tidak pernah hilang atau berkurangan. Di hati ini sekarang ada dua insan yang terpahat namanya di hati Man, iaitu Ida dan Ainon.
Ida terkedu...kelu tak terkata. Pucuk dicipta ulam mendatang. Bagai orang mengantuk di sorong bantal.
Tapi.....perasaan gembira bercampur serba salah mula timbul dibenaknya. Yang di gila gilakan adalah suami orang, suami kepada kawan baik pulak tu.
Ditelan mati emak, diluah mati baik. Namun bila seorang lelaki Dan wanita berdua duaan dalam bilik, tentu ada orang yang ketiga. Bisikan nakal kedengaran, alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke lengah, alang alang mandi, biar basah. Kalau tepuk sebelah tangan, masakan berbunyi...
Perlahan-lahan Ida mengangkat muka Dan memandang tepat ke muka Man sambil berkata "Man...."
"Man..." itu saja yang mampu Ida katakan.
Hembusan angin sejuk dari corong penghawa dingin sudah tidak terasa. Ada suatu perasaan yang tidak pernah dirasai mula menguasai dirinya. Tidak dapat digambarkan perasaan ketika itu apatah lagi untuk menyusun ayat untuk mengucapkan sesuatu.
"Ye Ida" sahut Man dengan suara yang agak romantis.
Man mengerakkan kerusi dan mula menghampiri Ida yang sedang duduk di katil.
Ida hanya mendiamkan diri, dia tidak tahu apakah yang perlu dilakukan ketika ini. Dia hanya membiarkan kedua belah tangannya disentuh.
Sentuhan yang dirasa kini tidak sama seperti sentuhan di hospital dahulu. Kali ini dia tahu orang yang menyentuhnya juga mencintai dirinya.
"Ida, awak cinta pertama saya, awak tahu tak, dan saya nak awak jadi cinta terakhir saya. Saya percaya saya akan cintakan awak sampai bila-bila"
Ida tak mampu kata apa lagi, apatah lagi bila melihat linangan air mata insan yang dicintai. Dia dapat rasa luahan hati Man adalah ikhlas dari hati nya walaupun dia tahu ayat yang diluahkan tu di ambil dari filem SEKALI CINTA MILIK KITA
"Man, Ida pun berjanji, Man adalah cinta pertama Dan terakhir buat Ida.
Walau apa pun terjadi dengan cinta ini. Percaya cinta yang terpahat di hati ini tidak akan retak atau hilang walaupun taufan melanda dalam hubungan kita"
Kini giliran Ida pulak mengenggam tangan Man. Entah apa Yang merasuk, Ida mengangkat tangan Man dan ....."
Tiba tiba, pintu bilik tidur Ida terkuak. Man dan Ida tergamam, takut2 sandiwara mereka telah dicuri dengar oleh insan yang tidak sepatut mendengarnya.
"Abang! Ida! Apa erti semua ini" jerit Ainol.
Kedua duanya pucat lesi, masa seakan terhenti. Meow, meow... si tompok berjalan dengan selamba memasuki bilik Ida lantas melompat ke atas katil.
Man cuba melepaskan genggaman tangannya,malangnya Ida enggan melepaskannya.
Ida nekad, apa nak jadi, jadilah. Dia tak sanggup melepaskan Man begitu sahaja. Biarlah malam ini Man berani membuat keputusan. Sampai bila mereka terpaksa menyembunyikan perasaan cinta ini.
Ida dan Man ketawa besar apabila sedar yang melompat tu cuma si tompok. Iaitu kuching dari rumah sebelah
Ainol terkejut Dan tersedar dari mimipi apabila terdengar gelak ketawa Man Dan Ida.
Namun hatinya gusar mengenangkan mimpinya tadi.
Mengucap panjang Ainol bila mengenangkan mimpinya tadi. Ainol memandang sekeliling bilik. Dia termenung sejenak, memikirkan apa yg dia buat kat bilik ni.
Dia baru teringat yg dia berada di dalam rumah Ida. Ainol menyelimutkan bayinya yang sedang lena tidur.
Ainol dengan perlahan membuka pintu bilik agar tidak mengejutkan baby yg sedang tidur. Di ruang tamu dilihatnya dua lagi anaknya sedang lena tidur.
Saat Ainol mengalihkan pandangannya ke jendela, terlihat kelibat seekor kucing terhendap-hendap keluar dari bilik Ida.Tompok!! Bilik Ida!! Jantungnya kembali berdegup kencang. Pandangannnya mula kabur..Ahh Ainol..sabar..kuatkan hatimu..ini semua mainan mimpi..atau mungkin..REALITI?..
Ainol kembali teringat mengenai mimpinya tadi. Kata orang mimpi tu hanyalah mainan tidur, tetapi ada juga mengatakan mimpi tu ilham atau perkhabaran dari Allah dan ada juga mengatakan mimpi itu adalah gangguan dari syaitan.
Entahlah, mana satu yang betul. Tetapi dia berharap Dan berdoa akan mimpi tadi hanyalah mainan tidur.
Ye la, tak kan sahabat baik dia nak merampas suaminnya. Memang tak masuk akal la. Tetapi bila teringatkan perubahan suaminya semenjak Ida keluar dari rumah mereka cuak jugak hatinya.
"Ainol.. cepat naik atas, suami kamu sedang gitu gitu dengan Ida" bisikan hati bertubi tubi kedengaran.
Mengucap panjang Ainol ,baginya itu hanya bisikan syaitan Yang cuba menanam perasaan tidak percaya terhadap suaminya.
"Suami aku seorang yang jujur, dia kan lelaki pilihan malaya" kata kata yang sedang ditanamkan di dalam hatinya agar dapat menghilangkan kegusaran hatinya.
Pada waktu yang sama, Man dan Ida masih berpegangan tangan. Wajah mereka ceria, Ye la setelah lama memendam perasaan akhirnya cinta mereka terpaut jua.
"Man, sampai bila kita nak macam ni?
"Sorry, sorry" balas Man sambil melepaskan genggaman tangannya ke atas jejari Ida yang halus dan lembut tu.
"Sorry Ye, terlama pulak pegang. sekarang juga Man sambung kerja" sambung Man lagi.
Man mengubah kedudukan kerusinya mengadap komputer semula.
"Man bukan itu maksud Ida..."
Belum sempat Ida menyambung katanya tiba tiba kedengaran satu suara yang dikenali dari sebelah kirinya.
"Tak habis lagi ke?"
Rupanya Ainol telah berada di dalam bilik. Ainol bersyukur bila melihat dengan matanya sendiri tidak ada apa apa yang berlaku. Maka dia yakin mimpinya tadi hanyalah mainan tidur
"abang, berapa lama agaknya lagi, anak-anak dah nyenyak tidur tu" tanya Ainol lagi sambil duduk disebelah kiri Ida.
"sekejap aje lagi siap le sayang, sayang tidur dulu, nanti dah habis abang kejutkan" balas Man.
"abang cakap sayang ni, refer kat sapa" Ainol saja-saja mengusik suaminya
"Yang duduk kat situ le"
Memandangkan tangan kanan Man sibuk memegang tetikus, maka tangan kiri Man menuding di sebelah kanannya.
Tiba-tiba kedengaran Ainol ketawa.
"abang..... tu Ida lah, cuba abang tengok muka Ida dah merah padam. Malu dia bila abang tunjuk kat dia" kata Ainol yang masih tak berhenti ketawa.
"ala sama aje, kan dua-dua abang sayang" balas Man sambil bangun dan mencuit pipi isterinya.
"dah lah bang, kesian saya tengok muka Ida merah padam tu" balas Ainol.
Ainol sebenarnya tak sedar merah padam tu bukan sebab terasa malu tetapi disebabkan peristiwa bersentuhan tangan sebentar tadi.
Sebelum menyambut kerjanya, Man sempat menjeling ke arah Ida dan berkata
"rasanya file untuk presentation tu dah dapat recover balik. File lain tu kita recover lain kali aje ye"
Ida bergerak menuju ke komputer, dia amat gembira kerana berjaya mendapatkan kembali file yang hilang tu.
"terima kasih banyak Man, berapa upahnya"
"pasal Ida, kiss dah cukup..." belum sempat Man menghabiskan ayatnya Ainol dah mencubit peha Man.
"Amboi gatai" sindir Ainol.
"Aduh! Main-main aje le. Tak payah bayar. Nanti bila Man dah recover semua file baru le bayar"
Sudah tiba masanya untuk Man sekeluarga pulang ke rumah mereka.
Ida hanya mampu melampai ketika kereta Man berlalu pergi.
Lambaian kali ini amat berbeza sekali dirasai.
Sudah tiba masanya untuk Man sekeluarga pulang ke rumah mereka.
Ida hanya mampu melampai ketika kereta Man berlalu pergi.
Lambaian kali ini amat berbeza sekali dirasai. Kalau dulu lambaian perpisahan sementara sebagai sahabat, tetapi kini lambaian sudah bertukar menjadi lambaian kasih.
Ida mampu berdoa agar lambaian kali ini bukan hanya berakhir disini sahaja. Kalau di ikutkan rasa hati, mahu sahaja dia mengikut Man. Namun dia sedar, masih banyak lagi halangan sebelum dia boleh menjadi isteri kedua.
Malam ni Ida tidur dengan senyuman. Kalau tidak kerana kepenatan, sure dia sudah menari chicken dance.
Entah macam mana Ida teringat kata kata cikgu BM Zanariah"tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi"
Masa tu pulak Ida boleh buat lawak "tengok ni cikgu, saya tepuk sebelah tangan boleh berbunyi la" kata Ida sambil menepuk dinding kelas.
Habis satu kelas ketawa bila melihat telatah Ida.
"Ida, awak tahu tak maksud bertepuk sebelah tangan tu" tanya cikgu.
"Tak tahu, apa maksudnya cikgu?" balas Ida ringkas.
"Awak cari sendiri, mungkin juga awak akan mengalaminya sendiri" jawap cikgu yang malas melayan budak tiga suku macam Ida ni.
Tak sangka pulak masin mulut cikgu tu. Tetapi kini setelah 15 tahun berlalu, nampaknya sumpahan tu sudah terhapus. Kini Ida tidak lagi bertepuk sebelah tangan.
Sejak dari peristiwa hari itu, Man dan sekeluarga selalu berkunjung ke rumah Ida.
Kadang kadang komputer tak rosak pun Ida call Man. Bukan komputer yang perlu dibaiki tetapi kerinduan hati yang perlu diubati.
Sejak mengetahui cintanya berbalas, kerinduan terhadap semakin tidak dapat ditahan.
Sesekali mereka bertemu semasa lunch hour sekadar untuk melepaskan rindu.
Segalanya berjalan lancar, sehingga satu malam, Man datang ke rumahnya tanpa Ainol. Katanya Ainol kurang sihat.
Man dan jadi warewolf..kelenjar liurnya merembeskan merembeskan cecair tanpa henti..Kuasa hormon testosterone telah mengarahkan lower brainnya menguasai seluruh urat saraf dalam tubuhnya..
Man dapat merasakan kehangatan nafas Ida setiapa kali gadis montok itu merapatkan tubuhnya kpd Man. Gadis itu mmg bijak memainkan jari-jemari sambil meramas-ramas leher dan belakang man setiap kali ada 'tugasan' yg perlu diselesaikan di rumah Ida.
Kali ini Man takkan melepaskan peluang terbaik ini. Lagipun Ainul sudah lama berada jauh dari Man kerana terpaksa pulang ke Kedah menemani ibunya yg diserang angin ahmar..
Seperti dijangkakan rumah Ida sunyi sahaja malam itu. Namun Man percaya yg Ida sedang menanti Man di kamarnya. Bau haruman berjenama mewah tiba-tiba menusuk-nusuk hidung Man...
'Abang Man..Abang Man..jemputlah masuk' sayup-sayur suara halus yg menggetar jiwa kedengaran dari kamar tersebut.
Kringgg..kringgg..kringgg....'Assalamulaikum !!" Satu suara keras dari pintu hadapan rumah mengejutkan Man dari tidur..Man dalam terpinga-pinga cuba mengingatkan kembali di mana lokasi beliau berada kerana cahaya bilik tersebut samar-samar sahaja.
Bingkas sekujur tangan yg lembut lagi gebu memeluk pinggang Man..'Kenapa sweet heart?..." manja suara Ida di belakang Man yg masing kehairanan dengan kejutan suara memberi salam tadi. 'Adakah aku bermimpi atau jaga' getus suara hati Man.
'Abang Man penat ka? Abang Man nak mandi ka? Abang Man nak **** ( censored by Finas) ka? Bertalu-talu soalan Ida yg begitu inginkan jawapan yg pantas
Tiba-tiba satu kucupan hangat tiba di telinga Man..'Bang Man..Ida tak pernah merasakan...' belum sempat Ida menamatkan kata-katanya..Paangggggg!!! Sebiji penampar tiba ke muka Ida.
Bercucuranlah ayag mata Ida seperti ayag mata spongebob yang menangis apabila kesedihan. Man terkejut dengan tindakan spontannya. Tiba-tiba, zasssss! Ida memberikan "flying kick" ke dada Man...Man terkedang...matanya kelit pog kelit pog macam cicak beghak kapog...Lampu isyarat di dada Man berkelip-kelip menandakan kuasanya telah lemah...Man tahu, dia harus segera terbang ke langit untuk mendapatkan semula kuasa Ultramannya..
Darah pekat mengalir tanpa henti dari hidung dan telinga Ida. Man menjadi semakin panik. Pernafasan dari mulut ke mulut langsung tidak memberi bekas kepada Ida. Ida masih dalam keadaan trauma. Jelas pada pandangan Man Ida sudah mula mengalami konkusi apabila renjatan-renjatan muncul secara berkala.
Tembakan dari muncung senapang berlaras dua berjaya tiba ke sasarannya. Ainul berasa anat puas sambil memerhatikan sahaja gelagat suaminya cuba myelamatkan Ida yg terlentang tanpa seurat benang pun.
Van Hospital Permai meluncur laju membawa seorang isteri bernama Ida selepas mahkamah tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup bersyarat kepada beliau. Akhirnya Ida kembali ke destinasi yg telah dihuninya sejak remaja lagi. 15 rangka berjantina lelaki membuktikan segala-galanya. Ainul memandang lega kerana berjaya menyelamatkan lelaki yg paling disayanginya.
"Rupa paras yang ayu menyembunyikan sifat kebinatangannya" paparan akhar utama keesokkan harinya.
"Tidak!!!!!!!!" Ida menjerit sekuat hatinya.
Beristigfar panjang Ida, rupanya dia terlelap di sofa sementara menunggu Man menyiapkan kerjanya di bilik atas.
Sejak dari peristiwa terpegang tangan tempoh hari. Man beberapa kali memohon maaf di atas keterlanjurannya. Man berjanji hanya akan menyentuh Ida bila mereka sudah bergelar suami isteri.
Itu lah antara ciri peribadi Man Yang amat dikagumi Ida. Ida pernah dating dengan lelaki lain tetapi semuanya cuba mengambil kesempatan.
Sebab itu, bila Man membaiki komputer Di bilik, Ida hanya menanti di ruang tamu.
"Assalamualaikum" kedengaran orang memberi salam dari luar.
Dalam keadaan masih mamai dan terkejut dari mimpi ngeri, Ida bangun dari sofa empuk yang baru dua bulan beli kat Court menuju ke pintu.
Sebelum membuka pintu, Ida menyelak sedikit langsir. Dari celah langsir, Ida dapat melihat beberapa orang berkupiah sedang berdiri di depan pintunya.
Ida membuka pintu sambil membalas salam.
"Walaikumsalam"
"Maaf cik, Kami dari jemaah surau mendapat laporan terdapat aktiviti khalwat berlaku di rumah ni" berkata salah seorang dari mereka. Ida mengenali orang yang berkata itu. Nama dia Zeq, bilal surau di tempatnya. Suaranya memang sedap. Berdiri sebelah kanan pulak adalah imam Halim.
Yang lagi empat orang Ida tidak kenal. Ye la, dia pun jarang pi surau atau bercampur dengan orang taman. Dok sibuk bekerja.
"Berkhalwat?" Terkejut Ida.
"Maaf cik Ida, kami dapat maklumat ada lelaki lain berada di rumah ni"
"Memang ada, namanya Man, dia ada kat atas tengah repair komputer" jelas Ida.
"Boleh kami masuk dan lihat sendiri"
Tanpa sebarang kata, Ida memberi laluan kepada jemaah surau untuk memasuki rumahnya.
"Boleh tunjukkan kami di bilik mana Man berada"
Ida akur, dan membawa jemaah surau ke bilik utama di mana Man sedang bekerja.
Sebaik saja pintu terkuak, kelihatan seorang lelaki sedang terbaring di atas katil milik Ida . Ida kebingungan. "Astaghfirullahalazim" ,serentak kata-kata itu terpacul dari mulut bilal Zeq dan imam Halim.
Man tidur siap dengan sound effect. Lena Sungguh Man tidur
Bilal Zeq menghampiri Man dan menepuk bahu Man beberapa kali barulah Man tersedar.
"Awak buat apa kat tidur kat sini" tanya ustaz Halim.
Dalam keadaan mamai Man menjawap ringkas. "Tengah repair komputer"
"Repair komputer apa bendanya, elok aje kau tidur " tiba tiba salah seorang dari jemaah surau yang tidak dikenali menyampuk.
"Nak defrag lama sangat, tu tidur dulu". Jawap Man tanpa menyedari Yang bertanya tu adalah jemaah surau. Ye la tengah dok mamai. Kebetulan masa tidur tu siap mimpi indah. Mimpi indah hampir setiap lelaki normal.
Man dengan selamba bangun dan menuju ke komputer.
"Mmmm ada lagi 1 jam baru habis defrag" kata Man sambil beralih ke arah jemaah surau.
Terkejut Man bila melihat ramai orang di bilik itu. Tak perlu memperkenalkan diri Man sudah tahu sapa mereka.
"Maaf Ye Man, Kami dapat laporan ada aktiviti berkhalwat di rumah ni..."
Belum sempat imam menghabiskan ayatnya Man dah menyampuk.
"Mana boleh mcm tu, saya datang ni pun sebab nak repair komputer ni"
"Ala yg calar balar kesan terkaman harimau sluruh muka & leher tu apa" balas Zeq. Beliau sudah biasa alasan ala2 bangla ni.
Terkejut dgn jawapan 'killer' dari bilal, man membuat alasan lain " nyamuk kat sini besar-besar & ganas-ganas. Spesies Afrika agaknya" selamba Man menjawab sambil mengharap jawapannya kali ini agak logik dan senang diterima.
Zeq kaget dgn jawapan saintifik dari Man. Dia tahu Man ni ada Masters dalam bidang Zoologi. Kajian beliu tentang nyamuk raksasa pernah menggemparkan dunia sains.
" Bilal dan imam kena banyak buka paper saintifik . jangan asyik baca 2 akhbar Quran Melayu utusan meloya & berita hairan jer" Man pula membuat serangan bertalu-talu.
Belum sempat Man menyambung Al-kuliah kedengaran tempikan dari Zali) " Ini apa !!!!" sambil Zali memegang benda yg seolah2 belon berbentuk silinder. Takkan nyamuk afrika pakai benda ni.
" Itu namanya defac carmouflage..Menggunakan daily device untuk memerangkap organism umpama serangga. Serangga ni mmg suka bau-bauan dari getah asli cecair kita. Zali patut bersyukur kerana kajian saya membolehkan billion populasi nyamuk afrika tak jadi migrate ke malaysia" sambil beliau tersengih-sengih melihat Zali yg mati kutu.
" Dengan adanya software jadual penetasan nyamuk uganda P41-S" yg baru saya install ke komputer Ida" maka maklumat demi maklumat tentang serangan baru termasuk virus anti kesuburan yg banyak melanda lelaki Afrika sejak tahun lalu. Zali patut tahu & tidak menganggu kajian saya. Ini tidak..Zali asyik beratib & bunuh saka dan jin yg tah wujud atau tidak. Tak ada maknanya"
Zali semakin blank. Dia langsung tak faham makna semua tu..yg dia faham-faham sikit ialah perkataan 'software' yg seumpama underwear yg setiap malam bininya yg berdarah Arab tu suruh ****** ( tapisan oleh Finas)
Imam & kebanyakan jemaah yg lain sejak awal 'serangan' Zali telah beredar. Mereka salah sangka kali ni. Malah byk pelajaran baru telah diterima dari peristiwa ini.' Man mungkin boleh dinobat Tokoh Kampung bg tahun 2012 ni' idea dangkal Imam Halim tiba-tiba muncul. Dia pun sedar dunianya hanya sebagai tokei pam & driver tak mampu menandingi keupayaan Man yg pernah dicalon Anugerah Nobel Prize tahun lalu.
Man & Ida tergelak-gelak melihat rombongan surau kampung beredar dengan pantas..Banyak lagi kerja-kerja 'defrag' perlu dilakukan terhadap Ida..Ida menjeling Man sambil Man mengangguk2 spt dah tahu serta biasa akan 'tanggunjawab baru' yg perlu diselesaikan.
Dari kejauhan, imam & rombongan surau mendengar jerit pekik Ida & Man sambil ketawa mengilai-ngilai.."Alhamdulillah..mereka berdua akan menyelamatkan kita semua" sambil di Amin oleh penduduk yg sedari tadi masih blank.
Setelah pasti Zeq, Halim and the gang sudah betul betul jauh meninggalkan rumah Ida, dengan tersenyum kambing, man berjalan perlahan lahan menghampiri Ida utk memulakan langkah....(kena tapis by Finas).
Baru jer man hendak bermula, tiba tiba handphone dalam poketnya bergetar ber.ber, ber..ber, aduh kacau jer getus hati man.
Bila dilihat skrin telefon terpampang nama ainol. Hello man menjawab telefon.
Bang, lambat lagi ke nak balik? Terdengar suara ainol. Ainol semakin x sihat ni, Abang balik sekarang yer, lain kali lah abiskan defrag si Ida tu, Ainol tersasul, maklumlah tengah demam panas.
Yelah, yelah man menjawab, Abang balik sekarang jugak sambil tersenyum hambar ke Ida.
"Abang man buat express defrag jer.." rayu Ida yg baru kluar dari bath tub.
"Maaf Ida, defrag kena slow and steady, barule cakera keras boleh pakai lama"
"Ida, Man kena balik dulu. Ainol dah call tadi. Esok lusa Man datang semula"
Man baru membuka sedikit pintu, Ida sudah berlari mendapatkan Man.
"Man, sekejap, ni upahnya.." belum sempat Ida menghulur duit upah, Ida tersilap langkah. Biasa la tengah berkemban memang mudah salah langkah. Tiba tiba Ida jatuh ke hadapan dalam slow motion. Melihat keadaan Ida dalam bahaya. Man dengan pantas mengelonsorkan dirinya agar badannya menjadi penahan atau tilam untuk Ida.
Seperti filem mat salleh yg kos berjuta juta, Man berjaya melaksanakan tugasnya. Ida jatuh betul betul di badan Man. Walaupun sakit di tindih, Man masih mampu memeluk Ida agak tidak terguling ke arah lain.
Keadaan kini bibir mekar Ida hanya beberapa centimeter dengan bibir Man.
Ida hanya mampu menutup matanya. Dia tidak tahu apa tindakan seterusnya. Kain batik yang dipakai sudah terlucut.
Kalau dia bangun untuk mengambilnya, sudah pasti Man melihat tubuhnya tanpa........
Belum sempat Man atau Ida berfikir mencari jalan keluar, tiba-tiba kedengaran suara garang.
"Tengok tu tok imam, kan saya dah kata mereka memang ada niat nak buat maksiat. Kita semua dah jadi saksi"
Rupanya para jemaah surau berpatah balik, semasa Man membuka pintu tadi mereka sudah berada betul betul dihadapan pintu. Kebetulan pulak pintu terbuka sedikit maka apabila mereka meluaskan bukaan pintu tu, apa yang dapat mereka lihat adalah Ida sedang berada di atas tubuh Man tanpa sebarang pakaian.
Salah seorang jemaah surau mengambil kain batik yang terletak 1 kaki dari kaki Ida dan menutup tubuh Ida.
Ida menyarung kain batik dan berlari ke bilik. Dalam perjalanan ke bilik Ida menangis. "Adakah ini balasan untuk dirinya sebab cuba memerangkap Man" bisik hati Ida
Idalah orang yang menghubungi pihak surau. Niatnya agak mereka ditangkap basah dan Man tak ada pilihan lain kecuali mengahwini dirinya.
Ida tahu, sejak ITM lagi Man memang tak berani lawan kata Ainol, ini pulak selepas berkahwin lagi lah Man tak berani nak mengadap Ainol.
Entah berapa ribu kali Man memintanya bersabar setiap kali Ida meminta penjelasan sampai bila mereka harus hidup begini.
Saling menyintai tetapi tidak dapat hidup bersama. Setiap kali berjumpa, hanya kata kata cinta yang dapat dilafazkan, tidak lebih dari itu.
Sekiranya pertemuan mereka ada Ainol, mereka perlu berlakon seolah tiada apa antara dia dan Man. Padahal hanya tuhan sahaja tahu kepayahan menahan diri dari mengucapkan "Man, I love you".
Dalam esakkan, Ida gagahi juga menyarung pakaian yang sopan. Dia tahu, tidak lama mereka akan di bawa ke balai polis.
Setelah siap berpakaian, Ida pun keluar bilik dan bergerak dengan perlahan ke ruang tamu.
Dari tangga lagi, Ida dapat mendengar kata kata nasihat dari tok imam. Tiada kata kata kesat keluar dari mulut tok imam. Semua kata nasihat diluahkan dengan lembut tetapi menusuk ke kalbu.
Bila melihat Ida sudah berada di ruang tamu, semua mata tertumpu kepadanya. Serba salah Ida dibuatnya. Dia rasa pandangan mereka seperti mahu menelanjang dirinya buat kali kedua.
Keadaan ruang tamu sunyi sepi. "Assalamualaikum Ida" tok imam memberi salam.
Salam Yang dilafazkan menyedarkan jemaah surau yang lain. Baru mereka sedar, walau dalam berjemaah, godaan syaitan masih sukar di tangkis. Namun mereka bernasib baik kerana tok imam cepat menyedarkan mereka.
"Walaikumsalam" jawap Ida.
"Ida, boleh hubungi keluarga tak" kata tok imam.
"Maaf tok imam, saya sebatang kara di dunia ni" jawap Ida.
"Kalau macam tu, boleh call saudara mara" tiba tiba salah seorang jemaah bersuara.
Semua mata tertumpu kepada lelaki tersebut.
"Betulah, kalau dah sebatang kara mestilah tak ada mak bapak, tetapi saudara mara mesti ada. Yang penting ada saksi nikah untuk perempuan ni" kata lelaki tu lagi sambil menundik ke arah Ida.
"Aduh" jerit lelaki tu tiba tiba. Rupa sedass tamparan di layang ke belakang kepala lelaki tadi boleh Bilal.
"Apa ni!" Kata Lelaki tu yang tak puas hati.
"Kau tu yang bodoh sangat, Kalau ikut hati aku, dah lama kau kena teranjang " hujah zali .
sebatang kara = hidup seorang diri(tidak ada saudara mara), sebatang kara = tidak memiliki org tua dan keluarga, sebatang kara = tidak mempunyai sanak saudara dalam hidup
"Tu kau tengok penerangan cikgu BM kat atas, kalau sebatang kara Maknanya si Ida ni tak ada saudara mara la" kata Zali kepada lelaki tadi.
Terus diam membisu lelaki tadi selepas mengetahui kebodohannya.
IKLAN *****************
Ceramah Al-Kulliyah: Beza isteri dan girfren
PERBEZAAN ANTARA ISTERI DAN GIRLFRIEND PADA PANDANGAN SEORANG SUAMI
Isteri macam tv, girlfriend macam handphone.
Dirumah tengok tv, pergi keluar bawak handphone.
Takde duit jual tv, ada duit beli handphone baru.
Kadang-kadang seronok tengok tv, tapi selalunya masa banyak habis main handphone.Tv percuma sepanjang hayat, tapi handphone kalau tak bayar servis line, talian akan ditamatkan serta merta.
Tv saiznya besar, berat dan buruk, tapi Hp cute, comel, ramping dan banyak butang boleh picit dan boleh dibawa ke mana-mana pada bila-bila masa saja.Kos penyelengaraan tv murah aje, lagipun jarang rosak, tapi Hp.. mak oii.. mahalnya selalu meragam plak tu.
Yang sedihnya Tv ada remote control, tapi Hp takde.Cuma satu je kelebihan Tv, takde virus. Tapi Hp sekali kena virus habislah!!
JADI.. JANGAN PENING KEPALA, PILIHLAH TV ANDA.. KALAU BOLEH YANG LED LAH YA. HAHAHAHAHAA!!
END of iklan **********************************
Ida termenung menyaksikan pelancaran roket 1Malaysia di tapak pelancaran Tawau..Beliau pasti merindui Man yg dijangka tiba di asteroid Yakun-2 14 tahun lagi. Program angkasa yg diilhamkan oleh Al Imam Presiden Hj Obama Barrack akhirnya memulakan misi yang pertama. Cadangan penjelajahan ke asteroid menjadi keutamaan yg lbh tinggi berbanding ke marikh kerana menurut kajian Professor Man pakar nano bacteriology, terdapatnya robot2 nano yg terbina secara semula jadi sedang meracuni sumber air dan udara bumi ini.
Tak sangka software yg di install ke komputer Ida akhirnya bertindakbalas melebihi upaya dengan merungkai struktur asas nano bacteria nyamuk Uganda yg telah bertukar menjadi robot organik yg merbahaya.
Bahagian-bahagian tubuh Man sebenarnya sudah lama dijangkiti dengan bakteria nano uganda tu..saiz organ-organ tubuh beliau menjadi supersize melebihi purata saiz orang-orang afrika.
Ida sebagai isteri 'handphone' menyedari hakikat tsbt atas pengalamannnya yg sungguh berbeza dgn 75 lelaki yg pernah beliau bersama.
Walaupun rindu tapi Ida berasa lega kerana penderitaan yg ditanggung ketika hidup bersama Man telah berakhir..
Nok nok nok nok ..itulah kata2 terakhir Man terhadap Ida sblom pelancaran bermula ( Cuba la korang teka apasal Man hanya mengeluarkan suara nok nok nok).
Pang! Satu tamparan kena ke belakang kepala Zali.
"Zali, apa yang kau mengarut ni, pandai-pandai buat cerita pasal Man nak pergi angkasa lepas, virus laaa dan sebagainya. Tu la, kita orang suruh join kursus sembahyangkan jenazah, kau pulak sibuk nak tengok Star Wars" tegur tok bilal pada Zali yang dari tadi dok cerita pasal fantasi dia.
Semua orang kampung tahu yang si Zali ni memang tergila-gilakan si Ida. Tetapi Ida buat tak layan. Apa la taraf Zali setakat kerja kerani gomen jika dibandingkan dengan Ida seorang eksekutif di syarikat besar.
"sudah le tu tok bilal, memang dah perangai dia macam tu, suka sangat berfantasi" kata Tok Imam sambil menepuk bahu bilal.
"Kita settlekan dulu pasal Man dan Ida, memandangkan Ida ni sebatang kara, maka mudah le kita nikahkan dia dengan Man"
"Man, kau ambil wuduk, kita nikahkan aje sekarang habis cerita. Saya pun dah mengantuk ni, jam pun dah dekat jam 2 pagi"
Selesai aje majlis penikahan, jemaah surau pun minta izin. Ye la, tak baik kacau orang baru kahwin.
Sebelum imam sempat keluar rumah Ida, Man sempat bertanya kenapa patah balik. Tok Imam kata ada seorang wanita talipon dia kata ada aktiviti khalwat sedang berlaku di rumah ini.
"tok imam, boleh dapatkan nombor HP orang yang call tu tak" Man cuba memujuk.
"Mana boleh, tu rahsia. Jangan risau le pasal tu, janji awak berdua dah sah jadi suami isteri".
"Eeeeerr..tapi tok imam", "
Dah!jangan nak berdolak-dalik lagi"sambung Tok Imam.
"Tapi. betul ni Tok Imam, saya dan Ida sebenarnya dah menikah di Songkhla 3 bulan lepas"
"Tak kisah le awak dah nikah kat bulan pun, yg penting kat Malaysia ni, saya sendiri dah nikahkan awak berdua, lagi dua minggu ambil kad nikah kat rumah saya. Pasal tangkapan khalwat ni, saya tutup kes. Malas saya nak turun naik mahkamah."
"..dan satu lagi..bab explain kat bini no. 1, pandai2 le. Takde keje, cari keje.Takde bala, cari bala. Yang penting, jangan libatkan saya. Paham?!" Terkebil-kebil Man macam budak tadika kena suruh makan roti pat sagi.
Sehingga kini Man dan Ida tidak mengetahui siapalah wanita yang membuat panggilan.
"Hai Ida, jauh termenung" tegur Ainol bila melihat madunya seperti jauh renungan.
"Kejap lagi abang Man turun" sambung Ainol.
Ida yang baru tersedar dari flash back terus menghampiri dan memeluk Ainol.
"Kakak, malam tu kakak yang call orang surau kan" tanya Ida.
"Ya" jawap Ainol ringkas
"Kenapa kakak call?" Tanya Ida lagi.
"Abang Man tu, Kalau malam malam dia meracau mesti sebut nama Ida"
"Ida, Ida, Ida, I love you" Ainol mengayakan mcm mana suaminya mengigau.
Ida ketawa bila melihat telatah Ainol.
"Habis tu kakak tak teranjang ke abg Man?"
"Ikut hati memang nak teranjang biar jatuh katil, tetapi pasal sayangkan abg Man dan takut jadi isteri derhaka, kakak batalkan niat.
Lepas peristiwa tu, kakak ada tanya perasaan dia terhadap Ida, mati mati abg Man menafikan ada perasaan terhadap Ida.
Tetapi sebagai seorang isteri, kakak tahu Man dan Ida saling menyintai. Memang berat untuk kakak menerima kenyataan tetapi kakak takut korang berdua buat dosa. Nak tak nak, kakak call jugak imam tu sebab kakak tahu abang Man tak mungkin berani minta izin dari kakak".
"Ahemm, mengata abang Ye" tegur Man.
"Kejap abg tengok" sambung Man sambil membuka pintu dan menuju ke Naza.
"Oooo ni minyak gear box tertumpah semlm semasa top up minyak kat kereta Naza" kata Man sambil masuk balik ke rumah.
"Abang, abang tahu tak siapa Yang call malam kita kena tangkap basah hari tu?" Tanya Ida.
"Tak" jawap Man
"Kakak Ainol Yang call" jelas Ida
"Abang dah agak dah" kata Man sambil menepuk manja bontot Ainol.
"Tetapi Ainol Heran la, kenapa bila Ainol call tok imam, tok imam kata dia baru lepas terjah rumah Ida, katanya ada lelaki yang call".
Ida dan Ainol menjeling ke arah Man.
Man buat buat tak nampak yang dia sedang dijeling oleh kedua dua Namun langkahnya terhenti apabila Ainol Dan Ida memeluknya serentak. Terbaik! "Macam terasa di syurga" kata Man sambil matanya menjeling ke arah penulis. Dan dengan selamba bergerak ke arah dapur.
Kini giliran Man pulak kena cubit dengan kedua isterinya.
"Aduh! Janganlah, lagi pun masa abg call tok imam tu, dia kata dah ada perempuan dah call, sebab itu abang suspect mesti Ainol call sebab hanya Ainol aje tahu abang ada kat rumah Ida".
Mereka bertiga ketawa, tiba tiba Ainol bersuara "tapi bang, Ainol hanya call sekali aje, itu pun lepas Ainol call abang minta balik. Ainol call pun selepas abang call tok imam".
"Mmmm, habis tu kenapa tok imam kata ada perempuan call sebelum tu, Kalau bukan Ainol, siapa lagi" kata Man sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Jangan Janganlah Ida tak" kata Man dan Ainol serentak.
Man kata "biar lambat asal dapat" he he he.
Cerita pun "THE END". So setiap cerita pasti ada MORAL OF THE STORY.
Moral of the story: 1. Selalu pakai pakaian utk elakkan dari digigit nyamuk Uganda
2. Bila "awin" , buat pengumuman...jika tak cukup bajet nak umum di Buletin Utama, kat stesen radio tempatan pun oke jugak ( nak elak fitnah )
3. Bila beli komputer, beli yang mehai-mehai, so , tak payah nak dok kena defrag selalu ( mcm PC Ida )
4. Lelaki mestilah laju sikit dalam segala hal....Guna petrol 97...tak yah guna petrol 95 @ diesel ( nak ubati penyakit Slow learner mcm Man hidapi )
5. Tak yah nak dok nganga depan skrin tunggu cerita yg belum diluluskan oleh pihak yang sepatutnya.
Cerita merapu, tak ada kena mengena dgn yang hidup atau mati. Jalan cerita sumbangan dari beberapa pembaca di facebook
####
Ni cerita pasal perjuangan squad berani mati
Dalam Malaysia aje, squad
berani mati. Semua ahli squad bersut lengkap seluruh badan. Siap helmet
full face. Malah suara mereka di tukar jadi suara lelaki
Setiap ahli tidak kenal antara satu sama lain. Mereka diberi nombor Fxx sebagai pengenalan diri. F= fisabilillah
Sut Squad Berani Mati

Ciri Sut Squad berani mati
1) Visor gelap - supaya orang tak kenal sapa dia
2) Baju Kalis peluru.walaupun squad berani mati, tak nak le mati katak macam tu aje.
3) Alat penukar suara jadi suara
4) Internal oksigen tank yg tahan selama 24 jam
5) Makanan dlm bentuk cecair sahaja.
"Awak gila ke F76!" Man memerahi F76 yang bertindak tanpa berfikir panjang.
"Memang ni kita kat sini nak mati syahid, tetapi jangan la buat benda yang mengarut" sambung Man lagi.
Man betul betul angin dengan F76, masuk kali ni, sudah dua kali dia
menjadi penebat menghalang peluru dari menghujani tubuh F76. Nasib baik
lah bajunya kali peluru.
"F11, suka hati aku le.
Memang kita nak mati syahid kat sini" balas F76 dengan tegas. Hangin aje
F76 dengan F11 (Man). Berlagak gila. Sebok sangat jadi penebat, nak
jadi hero le kononnya.
"kau tu yang penakut, tengok
le, nombor hang pun 11, kawan hang yang lain dah lama terkorban. Ni
masuk group kita, kalau takut mati jgn join group ni. Kau tak malu ke
sebab tak mati mati lagi" marah F76 kat F11
"Awak dengar sini, tugas aku
untuk memastikan kita, aku ulang balik 'KITA', maknanya aku dan awak
mesti berjaya sampai ke pusat kawalan pengganas untuk letupkan senjata
kimia mereka.
Hanya Awak seorang aje yang pakar dalam bidang
mematikan bom. Kalau awak mati, sapa nak matikan. Aku? Tidak le teman
reti nak matikan bom tu. Kasi letup reti le teman" balas F11
"kalau aku letupkan tanpa matikan agen kimia, mahu udara 100KM radius penuh dengan toksid beracun.
Apa masalah awak sebenarnya? Nak sangat mati" tanya F11 kepada F76
iklan: kerajaan Malaysia
kata depa pengganas, depa gelar diri mereka Pejuang Kebangsaan. Squad
berani mati bersama dgn kerajaan Malaysia
"Jom la cepat, kita serang mereka" F76 mengajak F11 untuk menyambung perjuangan mereka.
"awak gila! tak nampak tu peluru bersimpang siul atas kepala kita ni,
bangun aje, sure kena kat kepala. Relax le dulu. Banyakkan istiqfar.
Kita gerak sebelah malam" balas F11.
F11 memang dah lama di
dalam squad berani mati. Sahabatnya yang lain semua sudah mati syahid.
Sebab itu kerajaan mengambil 10 orang lagi utk join group ni. Ahli F01
sampai F10 semua telah syahid kecuali dia. Dia pun heran, macam mana dia
boleh hidup sehingga kini. Memang dia bercita-cita utk mati syahid
bersama sahabat dia yang lain. Tetapi ajal maut bukan dia yang tentukan
tetapi Allah SWT yang tentukan.
Masa rehat ni le, Man (F11) mengambil kesempatan utk memeriksa ahli kumpulannya yang lain.
Sebagai ketua kumpulan, F11 mempunyai Samsung Galaxy Note yang
menunjukkan heart beat setiap anggotanya. Nampak gayanya F70, F71 telah
kembali kerahmatullah
"Perhatian semua, kita
kehilangan F70 dan F71, hadiahkan Al Fatihah utk mereka dan semoga roh
mereka ditempatkan bersama dengan pejuang yang mati syahid"
Buat seketika, perhubungan radio diam sekejap. Masing-masing sedang
membaca al fatihah utk sahabat mereka. Walaupun mereka tidak pernah
kenal sapa itu F70 dan F71 tetapi pemergian mereka amat dirasai oleh
rakan yang lain. Baru 5 jam bertemu, mereka sudah kehilangan dua sahabat
"Ok guys, kita rehat dulu. Pastikan berada di point yang ditentukan. Sebarang komunikasi hanya melalui saluran 3."
Seterusnya Man menekan butang 76, kali ini komunikasi hanya antara Man dgn F76.
"76, are you ok?_"
Senyap aje, tak ada respond dari F76.
"76, are you ok?" Ulang Man lagi.
Masih tak ada respond. F11 (Man) menepuk bahu F76 sambil berkata
"Awak dah sampai ke London ke?"
Tepukan F11 menyedarkan F76 dari lamunannya.
"Apa yg kau mengarut ni, bila masa pulak aku kat London. Aku dengar
cuma malas nak layan" balas F76 dgn nada marah yg saja di buat buat. Dia
tak nak lah F11 tahu yg dia sedang mengalamun.
"Kita lama dok kat sini, so elok le kita berbual utk elakkan mengantuk atau mengalamun" kata F11
Kata F11 sambil menjeling ke arah F76. Jelingan Man memang terkenal di
zaman sekolah dulu. Ramai gadis jatuh hati apabila Man menjeling mereka.
Lin, Ain dan Ida adalah bukti Jelingan dari jejaka pilihan malaya yg
membuatkan jantung mereka bertiga berdenyut kencang.
Bukan nak
berlagak atau masuk bakul angkat sendiri tetapi fakta membuktikan
jelingan Man memang mampu buat wanita di luar sana jatuh hati.
Tetapi malangnya, visor yg di pakai terlalu gelap dan F11 tak mungkin
nampak jelingan killer yg dibuat. Lagi pun Man tak pasti sama ada F11 ni
lelaki atau perempuan
Tetapi dari reaksi tubuh F76
bila bahu ditepuk, Man dapat meneka yang F11 adalah seorang wanita. Lagi
pun majoriti squad berani mati adalah wanita.
Man heran hilang
ke mana lelaki lelaki macho seperti dia. Kalau baca kat forum dan
Facebook, ramai sungguh mengatakan tentang jihad dan sebagainya.
Semangat perjuangan dari tulisan mereka nampak begitu menyakinkan.
Tetapi bila kerajaan mengumumkan mengenai squad berani mati semua pakat
senyap.
Macam macam alasan diberikan, alasan paling bangang adalah tidak bersedia mati lagi kerana amalan tak cukup lagi
F11 teringat pesan
gurunya, "jangan ingat bila kita selalu bertakbir tu, kita berani untuk
berjihad. Selagi kita tidak diuji, kita tidak tahu takat mana iman kita.
"
Pernah terjadi di sebuah surau, seorang ustaz yang agak terkenal sedang memberikan kuliah agama mengenai fisabilillah.
"Kemenangan para sahabat dahulu kerana perjuangan jihad mereka. walaupun bilangan mereka amat sedikit sekali"
"Para sahabat dulu tidak takut mati....................... bla bla bla"
“Telah diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah
sesuatu yang kamu benci. Dan bisa jadi kamu membenci sesuatu, padahal
sesuatu itu baik bagimu. Dan bisa jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal sesuatu itu buruk bagimu. Alloh mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Sedang jemaah surau khusyuk mendengar kuliah tiba tiba seorang jemaah surau bangun dan menjerit dgn kuat
Tak Ada siapa yang faham apa
yang terhambur dari mulut jemaah tu. Semua tergamam bila jemaah tadi
mengeluarkan pisau lipat yg tersimpan di poket kanannya
Beliau bergerak ke arah penceramah, jemaah surau yang lain Cuba menghalang, malangnya semuanya kena teranjang
jemaah berpisau tu semakin mendekati penceramah, dari riak muka penceramah, nampak sangat beliau tengah cuak tahap gaban.
Lari dua meter jemaah berpisau menghampiri penceramah, penceramah tu
dah cabut lari, keluar dari surau dan start engine kereta terus blah
Para jemaah terkejut dengan
tindakan penceramah tadi. Semasa jemaah surau dalam keadaan
terpinga-pinga, tiba-tiba jemaah yang berpisau tu ketawa berdekah dekah.
Ketawa tak ingat dunia sambil menikam dirinya berkali-kalii dengan
pisau
Ajaib? Tidak ada setitis darah pun mengalir dari tubuhnya. Kebal ke?
"dah! semua boleh balik, aku tak kebal, ni pisau palsu" kata pemuda tu sambil mencampakkan pisau tu kepada tok imam.
"aku nak pi jihad ikut ustaz tadi" sambung pemuda sambil berlalu pergi
F11 (Man) memerhati sahaja pemuda itu berlalu,
"benar kata guru ku, iman belum diuji jangan le cakap besar" bisik hati Man.
"Aku bukan apa, sementara
menunggu malam, elok kita berborak dan berkenalan. Lagi pun kita datang
sini pun memang untuk mati syahid" Man memulakan bicara
Man menunggu jawapan dari F76, malangnya F76 masih lagi membisu.
Memandangkan orang lama dalam squad ni, macam macam cerita dan pengalaman pahit yang Man dengar.
Majoriti join squad ni Disebabkan putus cinta. Mereka rasa tiada masa depan utk mereka teruskan hidup.
Man mengimbau kenangan lalu yang menyebabkan dia join squad ni.
Dia boleh ingat lagi setiap detik yang berlaku.
11 October 2010 adalah tarikh yang tak mungkin dapat dilupakan.
Segalanya berlaku di perpustakaan MRSM Mersing.
Setelah cuti seminggu sempena semester break, Man begitu berkobar kobar
untuk menjumpa kekasih hatinya. Seminggu tidak melihat wajah ayu Ida sudah cukup menyiksakan dirinya
Malam tu, Man prep di perpustakaan. Dia tahu Ida pasti ada disitu.
Jangkaannya tepat sekali, Ida sempat menjeling ke arah Man. Namun kali ni jelingannya agak berbeza.
*** sambung lain kali.. he he he
(5/3/2012)
Memang gusar jugak hati Man bila melihat jelingan Ida tadi. Hatinya mula tak sedap.
"Ahh, itu mungkin perasaan aku aje, pasti Ida amat merindui diri ini. "
Dia pasti, Ida pasti cair masa membaca surat cintanya minggu lepas. Man ambil masa berbulan bulan untuk mengarangnya.
Ida
memang mengetahui yang Man
amat menyintai dirinya walaupun tiada kata cinta yang dilafazkan. Pasal
Ida tahu yang Man ni jenis malu malu bila masuk bab isi hati.
Saat yg ditunggu akhirnya tiba. Kelihataan Leen datang ke arahnya sambil menghulur sepucuk surat.
"Ida kasi" kata Leen pendek
Man menerima surat tersebut
dgn perasaan yg amat gembira. Matanya sempat menjeling maut kat Ida.
Menjeling sambil tersenyum sedikit memang dah jadi trademark Man.
Malangnya jelingannya kali ni tidak dapat respond dari Ida.
Ini membuatkan hatinya semakin gusar.
Dengan perlahan, Man membuka sampul surat tu.
*********
Assalamualaikum,
Man,
Surat yang Man kirim minggu lepas telah Ida terima.
Malangnya surat tersebut jatuh ke tangan bapak.
Seharian Ida dimarahi dan dipukul oleh bapak.
Memang berat untuk Ida luahkan, namun setelah memikirkan semasak
masaknya, Ida terpaksa membuat keputusan untuk mengakhiri percintaan kita
ini demi memenuhi kehendak keluarga Ida.
Maafkan Ida,
sekiranya perbuatan ini nampak kejam. Tetapi percaya lah, apa yang
berlaku bukannya kehendak Ida. Janganlah Ida dibenci kerana surat ini.
Percayalah, perasaan sayang ini akan Ida simpan hingga ke akhir hayat, sekiranya kita ada jodoh, InsyaAllah kita bertemu jua.
Salam sayang,
Ida.
p/s: harap Man tidak cuba mendekati Ida dengan apa sekali pun, kerana Ida tidak mahu menjadi anak derhaka
***********
Habis aje baca surat kiriman Ida, dunia sekeliling seperti sunyi sepi, tiada lagi kedengaran suara pelajar membuat bising.
Dunianya begitu sunyi ketika itu, Man cuba memandang ke arah Ida,
malangnya segalanya gelap. Man memandang sekeliling, segalanya gelap.
Tak ada sebarang cahaya yang dapat dilihat. Rasa seperti di dalam black
hole. Hitam sehitamnya.
Tiba-tiba kepala terasa terlalu sakit.
Dalam kesakitan tu, Man dapat rasa dirinya seperti tercampak ke
belakang. Walaupun keadaan sekeliling begitu gelap namun Man pasti orang
yang dihadapannya sekarang adalah diri dia sendiri.
Man dapat
melihat sendiri bagaimana dirinya memegang dengan memecit dengan kuat
kepalanya. Kesakitan yang di alami amat nyata. Hanya tuhan sahaja tahu
bertapa sakit kepalanya.
Tanpa menghiraukan rakan semejanya, Man segera keluar dari perpustakaan dan menuju ke asrama.
Entah dari mana datangnya,
dalam perjalanan ke asrama kedengaran lagu "Mengapa Perpisahan Yang Kau
Pinta" nyanyian flybaits sayu sayu kedengaran.
"Aduh! Macam cinta hindustan la pulak, tiba-tiba boleh ada lagu yang kena mengena dengan keadaan aku sekarang" bisik hati Man
"Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta"
Dalam keadaan kalut tu, tiba tiba..
"Man, nak kemana tu?" Tegur cikgu Sabri
Terkejut Man bila mendengar teguran Cikgu Sabri. Kalau tak jawap sure kena pukulan buah Mersing.
"Saya sakit kepala cikgu" balas Man sambil mengurut kepala
Sampai aje di bilik, Man
menyelongkar laci. Jumpa sepapan penadol. Sakit kepala semakin kurang
rasa setelah menelan 2 biji penadol.
Malam tu buat kali pertama Man menangis. Air matanya lelakinya jatuh mengalir kerana seorang wanita bernama Ida.
Sesalan hadir di dalam
dirinya. Dia tahu perpisahan yang berlaku adalah kesilapannya sendiri.
Orang kata terlajak perahu boleh di undur, terlajak surat cinta di baca
bapak awek, merana jiwa
Walaupun telah ulang makan
panadol sebanyak 3 kali, sakit kepala Man belum berkurangan. Man
binggung. Matanya pun tak dapat dilelapkan. man terasa aneh dan terus
melarikan diri ke tepi kolam renang.
Ketika melayan perasaannya ,
tiba-tiba " Prap! prap!prap!" bunyi "flash" kamera seorang gadis manis.
Hei! kenapa kau rakam gambarku hah?
"F11 hang ni ok ke!"
"Hah!" Man tersedar dari lamunan. Rupanya F76 dok menyuluh ke visornya
"I'm ok" balas F11 pendek. Hangin betul Man bila F76 mengunakan pancaran laser ke visornya. Nampak mcm flash la pulak.
Dari pantulan cahaya laser tu, Man dpt melihat rupa F76 disebalik visor F76. Wajah F76 tak ubah seperti wajah Ida.
"Dah teruk angau aku ni, mana mungkin F76 tu Ida" bisik hati Man
Bila difikirkan semula, entah
berapa liter airmatanya meleleh kerana Ida. Memang betul, menangis
keluar darah pun tak mungkin dapat mengubah takdir yang berlaku.
Walaupun peristiwa tu telah 5 tahun berlalu, namun bila terkenang peristiwa tu, hatinya pasti sebak.
Walaupun Man tidak pernah membenci Ida di atas apa yang terjadi namun
hati kecilnya sering bertanya "apa benar mereka berpisah kerana tiada
restu kedua ibubapanya atau itu hanyalah alasan yang dicipta"
Man sedar, apa pun kisah yang tersirat disebalik yang tersurat Ida tetap bukan milik dia lagi.
Ini kerana tidak lama selepas mereka berpisah, tersebar khabar angin mengatakan Ida dah bercouple dengan Azman
Bila mendengar perkhabaran
tu, Man yang baru nak pulih( itu pun setelah 6 bulan menangis setiap
malam), terasa seperti diteranjang dari bullet train Dan tersembam ke
tanah.
Kali ini, Man tahu dia tidak mungkin dapat bangun lagi.
Dia cuba menanamkan kepercayaan di dalam dirinya yang Ida berbuat begitu
agar Man membenci diri Ida.
Mungkin dgn kebencian yg hadir, Man dpt melupakannya.
Kalau itulah percaturan Ida, dia silap. Man tidak mungkin membenci Ida
walau apa pun Ida lakukan. Cinta tulus ikhlasnya tidak memungkinkan dia
untuk membenci.
"Man, apa susah, kau beli aje bapak si Ida, habis cerita" kata Teman sebilik Man iaitu Zakwan memberi cadangan.
Man tahu, Ida datang dari
keluarga nelayan pesisiran pantai. Dengan bilangan adik beradik 10
orang, kehidupan mereka amatlah susah.
Nasib baik mereka dapat bantuan daripada Kebajikan Masyarakat sebanyak RM1k setiap bulan.
Berbeza dengan kehidupan Man sebagai anak jutawan balak. Duit belanja sebulan dia di mrsm pun RM 3 ribu
Man yakin, dengan mengunakan
Wang ringgit, bapak Ida pasti menerimanya tetapi membeli jiwa orang lain
seperti itu bukanlah cara gentlemen.
Dia mahu keluarga Ida menerimanya kerana dirinya bukan kerana harta bapaknya.
Cadangan Zakwan di tolak mentah mentah.
Man
lebih rela menderita seperti sekarang daripada memperolehi Ida melalui
cara kotor itu. Man tahu, kalau menggunakan wang ringgit, mungkin dia
hanya dapat 'tubuh' dan bukan jiwa Ida.
Tanpa pengetahuan Ida
sekeluarga, bantuan Kebajikan Masyarakat hanyalah RM500, baki RM500
adalah dari duit poketnya sendiri. Itu semua Man lakukan tanpa
pengetahuan sesiapa kecuali pegawai Kebajikan Masyarakat yang
menyerahkan wang tu setiap bulan kepada bapak Ida di rumah setinggan
mereka di pantai Morib. Dgn upah RM50 setiap bulan, rahsia tu tersimpan
rapi hinggalah ke saat ini.
Lima tahun berlalu, Man perasaan sayang terhadap Ida masih seperti dulu.
Awi Rafael - Bila Aku Jatuh Cinta
Walaupun Man mempunyai harta
dan boleh memperolehi apa yang diinginkan, namun hidupnya tidak bermakna
tanpa Ida. Sebab itu dia nekad untuk menyertai Squad berani Mati.
Baginya, hanya mati adalah penamat penderitaan yang dihadapinya selama ini.
Man sendiri tidak pasti sama ada Perjuangan ini adalah perjuangan yang
menjanjikan jihad fisabillah atau sekadar Perjuangan yang ternoda.
"F11, diam aje, tadi hang le sibuk ajak berborak" kata F76, bosan pulak bila tengok F11 senyap aje.
"Sorry ya, terkenang peristiwa hitam masa dulu-dulu" balas F11 (Man) ringkas
"So F76, apa cerita awak pulak, macam mana awak boleh join squad ni?" sambung Man.
"Biasa le F11, frust menonggeng le" balas F76.
Belum sempat F76 menyambung cerita, F77 yang berada sebelah kanan F11 telah menyampuk.
"F11, berapa lama lagi kena tunggu ni?" tanya F77
"Paling kurang pun 5 jam,
jadi sementara menunggu tu, elok lah kita berbual dulu. Saling mengenal
satu sama lain, cuma kena ingat, jangan sebut nama betul. Kalau nak
bercerita pasal seseorang tu, tolong jangan beritahu nama sebenar. Reka
aje nama baru untuk mereka. Untuk lokasi cerita pun, ubahlah lokasinya.
Tujuannya hanya utk memastikan rahsia siapa diri kita yang sebenarnya
tidak terbongkar.Kita tak tahu, mungkin ada di antara kita ni merupakan
bekas suami dan isteri atau bekas awek atau bekas pakwe.
Awak
semua dibenarkan menukar set suara kepada jantina sebenar, tetapi kena
ingat, suara yang kami dengar telah di tukar tonenya agar kita tidak
kenal" jelas Man panjang lebar
"saya mulakan cerita ya" kata F77.
"kejap! sebelum awak mulakan cerita, tolong set suara ke suara perempuan" kata F11
"eh! macam mana F11 tahu saya ni perempuan" balas F77 kehairanan
"alaa, dari gaya jalan masa kat kem tadi dah boleh agak yang awak ni perempuan" terang F11 (Man)
F76 yang dari tadi hendak
memulakan bicara terpaksa membatalkan niatnya untuk bercerita. Lagi pun
dia tengok F77 tu macam gedik aje. Tak sesuai langsung rasanya join
squad ni.
"Saya dulu masa kat asrama
dulu, suka sangat kat seorg lelaki, sebab tak boleh sebut nama sebenar,
saya beri nama dia Yus aje la " kata F77 sebagai mukadimah
"Saya minat dia sejak tingkatan 1 lagi. Cute sungguh dia masa tingkatan 1'
"Lelaki cute?" Man kehairanan
"Betul la, masa dia form one memang cute, bila form 5 dia berubah jadi
handsome pulak. Setiap hari kalau tak dapat tengok wajahnya mesti sasau
dibuatnya"
"Kena lah pulak masa
berselisih dia jeling sambil tersenyum. Perh suka gila masa tu. Tetapi
yg tak berapa best dia tak pernah nak bercakap dgn saya" kata F77 dlm
nada sedih"
"Dia sengau kot" tiba tiba F76 menyampuk.
Habis semua squad berani mati ketawa. Nasib baik semua pakai fullface
helmet, kalau tidak sure musuh mendengar ketawa mereka. Tak pasal-pasal
kedudukan mereka diketahui musuh.
"Tak la, suara dia ok, cuma dia tak suka saya.." kata F77 sambil menarik nafas panjang.
Ahli squad lain membetulkan kedudukannya. Cerita semakin menarik.
"Malah dia pernah tumbuk perut saya tanpa sebab" sambung F77.
Tiba tiba fikiran Man teringat kembali peristiwa di perpustakaan. Dia ingat lagi, kawan Ida........"
"Saya masa tu berjalan
dibelakang dia, saya cakap le, ni masuk library mesti nak jumpa buah
hati. Tiba tiba aje dia pusing belakang dan menumbuk perut saya. Bila
kena tumbuk tu mestilah kepala tertunduk. Masa tu le kepala lutut di dia
kena muka saya. Tak cukup dgn tu, belakang tengok saya di siku. Saya
tak terdaya nak melawan. Si dia ambil kesempatan menolak aku ke
belakang. Dia terus serang saya dengan teknik front kick dan diikuti dgn
back kick. Sebelum sempat badan saya mencecah lantai, dia sempat
melayang satu fly kick ke badan saya " cerita F78 panjang lebar.
Semua ahli squad membisu. Tak tahu nak kata apa.
" teruknya lelaki tu pukul kau sampai mcm tu " kata F76
"Betul kak, teruk saya kena" balas F77.
"Eeehh, confident aje awak panggil saya kakak. Mcm le tahu umur saya berapa" balas F76
"Sorryla, dah terbiasa panggil semua org perempuan yg saya tak kenal dgn panggilan kakak" kata F77
"Kalau nak bohong tu, agak agak la" sampuk F11.
"Tak kan lah lepas back kick boleh sempat Lagi buat flying kick" sambung F11(man)
sambung lain kali... sampai setakat itu aje cerita dari group FB.
so aku kena fikir jalan ceritanya seterusnya
******
"he he he, memang le tipu, saja saja nak kasi up sikit cerita" jawap F77 dalam nada malu malu.
"F11,
boleh tolong jangan menyampuk tak? Biarla le F77 bercerita mengikut
jalan ceritanya sendiri. Tak payah le fikir pasal betul atau tidak.
Dengar aje le" tegur F76
"Yela yela, aku janji tak akan
menyampuk" balas F11. Dia tahu, kalau bertekak dengan orang perempuan
memang tak boleh menang punya. Orang kata sebab perempuan ada dua mulut
sebab tu depa menang kalau bertekak. F11 (man) tak nak le fikir yang
bukan-bukan kat mana letaknya mulut satu lagi. Lagi pun dia memang lemah
subjek biologi. Ye la cikgu yang mengajar subjek tu seksi gila
pakaiannya masa mengajar. Berkebaya beb! Habis tumpuan dia kat dada
cikgu tu aje. Cikgu ni pun satu, budak tingkatan lima semuanya dah
baligh, so agak-agakla kalau nak berkebaya pun. Memang le budak budak
lelaki tak bising masa dia berkebaya pasal semua dok menahan tut......
nak gerak pun payah.
"Masa tu saya pelik kenapa dia tumbuk bila
saya berkata begitu, dah lama baru tahu rupanya dia baru putus dengan
awek dia. So dari perasaan marah, saya rasa kesian pulak. Kebetulan
bekas awek dia tu kawan baik saya jugak. Cuma bila bab jiwang tu, kawan
saya ni tak nak berkongsi cerita" sambung F77
** jam 12.35 am. masa utk tidur... bye
Semua ahli squad tidak bersuara. Seolah-olah mereka tidak mengendahkan
"Hello! Hello! Elok ke radio ni" kata F77 sambil mengetuk alat komunikasi di tangan kanannya.
"Elok la, kami dengar" kata semua ahli squad serentak.
"Boleh saya sambung" tanya F77.
Ahi squad hanya mengangguk kepala.
"Sejak dari peristiwa hari tu, saya tak berani lagi dah bergurau macam tu. Walaupun saya tidak lagi menegur si dia, tetapi perasaan kesian pada mulanya bertukar menjadi perasaan sayang. Sesekali tu, saya cuba luahkan perasaan kat si dia, tetapi malulah. Nanti orang kata perigi cari timba pulak"
"Habis belajar, kami sama-sama masuk ke ITM, malah satu kursus. Cuma kami berlainan kelas. Walaupun berlainan kelas, selalu jugaklah kami berjumpa, terutama di Library dan Cafe." sambung F77
"So awak berdua bercinta la masa kat ITM dulu" sampuk F76
Tiba-tiba helmet F76 diketuk oleh F11.
"eeehhh! apa ni, main ketuk helmet" marah F76
"Tadi awak suruh saya jangan menyampuk. Sekarang dia pulak menyampuk. Potong stim aje la" jelas F11
"Sorry! Sorry guys. Sorry F77 ter excited tadi" kata F76 meminta maaf
"Tak apa lah" balas F77 ringkas
"Selama
tiga tahun untuk kami memang selalu bertemu, malah setiap tahun saya
tidak pernah miss kasi hadiah sempena hari kelahiran dia. Begitu juga si
dia yang tidak pernah lupa memberikan hadiah yang lumayan buat saya.
Maklumlah dia dari keluarga yang kaya. Kalau saya perfume harga RM30,
nanti bila harijadi saya dia pasti kasi perfume berharga lebih dari
RM300. Memang sepanjang tiga tahun tu, saya sangat gembira. Saya nak
sangat ucapkan kata cinta kat dia, tetapi segan sangat. Satu hari tu,
selepas habis final exam tu saya ajak le dia keluar tengok wayang. Kami
sebenarnya dah banyak kali keluar tengok wayang. Dia memang seorang yang
bertanggung jawap, sepanjang kami menonton bersama tidak pernah sekali
pun dia menyentuh saya. So petang tu, saya ingat nak buat satu kejutan
buat si dia" sambung F77.
Agak lama jugak F77 berhenti berkata sesuatu. Tiada seorang pun berkata. Malah ada di antara mereka menahan nafas. Tak sabar menanti sambungan. 5 minit berlalu, mereka masih lagi menanti sambungan. Semua mata memandang ke arah F77.
"F77, are you OK" kata F11 memecahkan kesunyian.
"OK" balas F77.
"Jadi apa kesudahannya" tanya F11.
Tiba-tiba helmet F11 di ketuk oleh F76.
"Awak boleh jangan menyampuk tak?" kata F76 sambil ketawa.
Dari
cara ketawa F76, sebijik macam gaya ketawa Ida. Tetapi tak mungkin Ida,
sebab last sekali dia dapat tahu, Ida menyambut pelajarannya ke
peringkat master.
"Aheem" tiba-tiba F77 terbatuk
"Sebenarnya hari tu saya nekad nak cium pipi si dia" sambung F77 tiba-tiba.
Terkejut semua ahli squad. F76 berhenti dari mengetuk helmet F11. Semua mata tertumpu kepada F77.
"So dapat tak?" tiba-tiba semua squad bertanya soalan yang sama serentak.
"Tak dapat, sebab tak berani nak kiss dia" balas F77 dalam kecewa.
"OK itu aje, cerita saya" sambung F77.
"errr! tak kan sebab tu aje you join squad ni?" tanya F11.
"Oooooo patutnya cerita pasal kenapa kita join squad ni ke?" tanya F77.
"Ye la, setiap orang mesti ada cerita tersendiri kenapa join squad ni. Maklumle, selalunya sapa join squad ni memang ajal menanti mereka. Ni adalah squad ke 7. Squad ke 1 sampai ke squad 6 semuanya dah sahid kecuali aku le" jelas F11
"Kalau saya beritahu perkara sebenar, jangan tembak saya pulak. Janji tau." kata F77
"Tak ada sebab kami nak tembak rakan sendiri" sampuk F76
"So apa tujuan you join squid ni, kami janji tak tembak" balas F11.
"Saya sebenarnya seorang wartawan, pihak kami ada mendengar kerajaan menumbuhkan squad berani mati. Namun kewujudan squad ini amat rahsia. Menurut khabar angin, squad ni adalah squad tentera darat yang paling elite di Malaysia. Memang susah nak dapat info pasal squad ni. Nasib baik editor saya kenal orang kuat tentera. Saya dibenarkan masuk squad ini kerana inilah group terakhir sebelum group ini dijumudkan. Editor suruh saya ikuti group ini untuk mengetahui liku liku kehidupan squid ini" terang F77 dengan panjang lebar.
Tiba-tiba F11 ketawa macam tak ingat nak mati.
"F11 kenapa dengan awak ni?" Awak patutnya marah sebab nanti rahsia squad ni akan terbongkar" balas F76, dia betul-betul tidak puas hati dengan sikap tidak ambil kisah F11 mengenai kerahsiaan squad yang disertainya.
"Marah tak guna pun. Lagi pun macamlah F77 boleh keluar dari operasi ni hidup hidup. Ni sure editor you benci sangat kat you sampai sanggup hantar you join squad ni" jelas F11 sebaik sahaja dia berhenti ketawa
"errr tidaklah, editor saya baiklah. Malah dia pernah luahkan perasaan hatinya kepada saya" balas F77 dalam nada yang cemas apabila F11 mengatakan ia tak akan keluar dari operasi.
"You terima ke hasrat hatinya' tanya F76
"Hish, saya tolaklah, editor saya tu dah ada dua bini. Lagi pun dia tu jenis mengatal. Dah tua tetapi berlagak muda" jawap F77
"Confirm le editor tu saja hantar you tugasan ini. Dia tak dapat you, dia pastikan orang lain tak akan dapat. Malang sungguh" kata F11 sambil mengeluh.
"Squad ni bukan squad elite. Nampak sangat editor tu menipu. Orang yang join squad ni semuanya nak mati syahid. Memandangkan you dah join squad ni. Saya ucapkan selamat syahid" sambung F11 lagi.
"Hish jangan lah cakap macam tu. Saya tak nak mati" kata F77 sambil cuba bangun dari tempat bersembunyian namun F11 sempat menarik tangan F77 dengan kuat menyebabkan F77 terduduk semula.
"Man janganlah kasar sangat, sakit tau" kata F77
"Man!" kata F11 dan F76 serentak. F11 terkejut kerana menyangkakan F77 telah mengetahui identiti sebenar dirinya. F76 terkejut apabila mengetahui nama F11 adalah Man, iaitu insan yang pernah bertahta dihatinya. Namun tak mungkin F11 yang duduk disebelahnya adalah Man yang dia kenali. Mana mungkin anak orang kaya sanggup mempertaruhkan nyawanya. Lebih baik dia pi bercuti di luar negara.
"Opssss sorry sorry, teringat pak we lama la pulak. Maklumle dia selalu tarik tangan saya macam tu setiap kali saya nak bangun." kata F77.
"Oooo Man tu le yang dok kasi hadiah mahal-mahal kat you" usik F76.
"mmmm" balas F77 pendek.
"Udah tu, maaf ya, you tak boleh keluar dari sini selagi misi tidak tercapai. Awak cuma ada dua pilihan, ikut serta sampai habis atau.." F11 tidak menyambung katanya, sebaliknya mengambil pistol dan menghala muncungnya ke arah F77 dan bersedia memetik picu pistol. Walaupun tindakan itu nampak kejam, namun itu sahaja pilihan yang ada. Dia tidak mahu disebabkan seorang yang berubah hati untuk terus berjuang akan menyebabkan semua ahli dalam squad ni mati sia-sia aje.
Ahli squad yang lain hanya mampu melihat tindakan F11 mengaju pistol ke arah F77. Mereka sedar, memang itu hukuman untuk orang yang cuba lari dari medan peperangan. Lagipun F77 adalah seorang wartawan yang menyeludup masuk kumpulan berani mati ni.
"Tolooooong" rayu F77
"Tolooong, saya berjanji tak akan lari. Saya akan ikut sampai habis. Tetapi saya tak reti nak guna sebarang senjata" rayu F77 lagi. Kejut perutnya bila F11 mengaju pistol ke arahnya.
"OK, tak ada masalah, pastikan awak senantiasa dibelakang saya dan F76." kata F11
"F72, awak pakar senjatakan? Ajar F77 tentang penggunaan senjata dan peralatan lain yang ada bersama sut yang kita pakai ni" F11 memberikan arahan. Sebagai ketua pasukan F11 telah diberi taklimat mengenai setiap kelebihan dan kelemahan ahli squadnya.
F11 menekan butang komunikasi untuk berkomunikasi dengan F76. Dari maklumat yang diterima, F76 adalah seorang pakar elektronik. Pihak atasan menasihatinya agar memberi lebih perhatian kepada F76 kerana emosinya tidak stabil. Terlalu banyak rahsia yang disembunyi dan lebih banyak mendiamkan diri sepanjang sesi kaunseling yang dijalankan sebelum misi bermula.
"F76, sambung balik cerita pasal awak yang terbantut tadi"
"Err!, cerita pasal apa pulak?" kata F76
"Cerita le, kenapa awak join squad ni" kata F11 lagi
"nak mati syahid" jawap F76 ringkas.
"Saya tahu le semua orang yang join squad ni nak mati syahid, tetapi mestilah ada sebab atau peristiwa tertentu yang menyebabkan awak join squad ni? Cuba awak cerita" kata F11 yang cuba membuatkan F76 menceritakan kisah mengenai dirinya.
"Tak ada makna pun cerita kisah lama, buat menyakitkan hati aje. Lagi pun apa yang telah berlaku bukan boleh diperbetulkan" kata F76
"Macam berat sungguh kisah awak ni, bukankah kesilapan yang telah berlaku, kita boleh membetulkannya. Selagi kita bernafas, selagi itulah kita diberi peluang untuk membetulkan atau membaiki kesilapan lampau yang pernah kita lakukan. Berilah peluang kedua untuk diri kita sendiri untuk membetulkan kesilapan yang lalu" kata F11.
"F11, ada perkara kita diberi peluang kedua, tetapi tak semua" balas F76 dalam nada yang sedih.
"Cuba cerita, apa benda yang kita tak boleh diberi peluang kedua" kata F11 cuba mencungkil rahsia.
"Dara!" balas F76 ringkas.
"Dara?" terkejut F11 bila DARA adalah jawapan yang diberi oleh F76.
"Ye la, kalau kesucian telah diragut, mana ada lagi peluang kedua. Once dah tak suci macam mana nak disuci lagi. Mana ada lelaki hendak memperisterikan wanita yang tidak suci lagi" balas F76
"OOOOooo pasal tu. Janganlah cakap macam tu. Tak semua lelaki macam tu. Memang betul, wanita yang masih dara menjadi pilihan kaum lelaki, tetapi bila hati sudah suka, dara atau tidak bukanlah ukuran menentukan kebahagiaan rumahtangga." kata F11
"Tu kata you, realitinya saya sebagai wanita begitu tertekan mengenai perkata tu"
"Cuba awak cerita apa sebenarnya terjadi, tak payah malu, komunikasi ni cuma antara kita berdua aje. Tak elok perasaan tu di pendam sorang-sorang. Just luahkan" F11 cuba untuk mencungkil rahsia yang pegawai kaunselor gagal perolehi.
"OK saya ceritakan tetapi you janji tak bocorkan rahsia ni"
"InsyaAllah saya janji"
"Ceritanya bermula dua tahun lepas. Satu hari adik saya kemalangan jalanraya. Dia perlu dibedah untuk menyelamatkan nyawanya. Kos perbedahan dalam RM35K, kami dari keluarga nelayan mana mampu membayar kos perbedaha yang mahal. Jadi bapa meminta saya memohon bantuan dari pegawai kebajikkan masyarakat yang selalu memberi bantuan bulanan kepada keluarga kami. Segalanya berjalan lancar, dia kata tak ada masalah dan berjanji akan hantar sendiri duit itu ke rumah kami. Keesokkan harinya, memang dia datang bersama duit tersebut, cuma syarat yang dikenakan keterlaluan" kata F76 dan berhenti seketika untuk menghirup seteguk air dari saluran minuman yang berada di dalam helmet
"Apa syaratnya?" tak sabar F11 untuk mengetahui syaratnya. F11 (Man) teringat pasal suatu hari Amir pernah meminta RM100K untuk perbedahan bapa Ida. Amir adalah pegawai kebajikan masyarakat yang selalu Man upah untuk memberikan bantuan kepada keluarga Ida setiap bulan. Bantuan dari Kebajikan Masyarakat hanya RM500 sebulan, tetapi keluarga Ida menerima sebanyak RM1K sebab RM500 lagi adalah dari duit Man sendiri. Nasib baik F76 tak sebut RM100K, kalau tidak sure orang depannya ni adalah Ida, cinta pertama dan terakhir yang pernah dan senantiasa wujud dihatinya. Walaupun kematian menjemputnya, cinta terhadap Ida tak mungkin luntur walaupun disimbah asid sekalipun.
"Syaratnya....." terhenti lagi.. F11 tak nak menyampuk, biarlah F76 meneruskan ceritanya walaupun F11 dah tahu hasil penghujung cerita.
"Pegawai tu nak meratah tubuh saya, saya menolak syarat yang tak masuk akal tu. Namun atas desakan bapa dan demi menyelamatkan adik, saya terpaksa merelakannya." sambung F76.
"Jadi adik awak macam mana?" sampuk F11.
"Perbedahan tu gagal, adik saya tidak dapat diselamatkan" jawap F76
"Aduh! Satu pengorbanan yang sia-sia" bisik hati F11.
"Pegawai Kebajikan Masyarakat tu apa cerita selepas tu?" tanya F11.
"Entahlah, sejak peristiwa tu, kami tak pernah jumpa dia lagi. Tetapi kalau jumpa, saya pasti akan bunuh dia" balas F76 dalam nada yang marah.
"Tak apa F76, kalau kita hidup lagi selepas misi ni, saya akan bantu awak cari mangkuk hayun tu dan kita tembak anu dia, biar dia menderita" balas F11 sambil menepuk bahu F76 agar kemarahan atau dendam F76 terhadap pegawai tersebut reda dan tidak menganggu misi mereka.
F11 menekan butang komunikasi dan berkata "Assalamualaikum, masa dah tiba. Kita akan mulakan operasi sekarang. F77 dan F76 sila ikut belakang saya. Awak berdua jangan bergerak ke mana-mana, just ikut belakang saya aje. Sila periksa kelengkapan sekarang"
10 minit berlalu, semua ahli squad senyap. Sedia menanti arahan dari F11.
"Kita gerak!" kata F11 memecah kesunyian.
Dengan langkah pantas namun berhati-hati, semua ahli squad berjaya memasuki pusat operasi penganas. Beberapa penganas tumpas ditembak dari jarak jauh. Silencer yang dipasang menyebabkan tiada bunyi tembakan yang kedengaran.
"Bang! Bang! Bang!" tiba-tiba kedengaran bunyi tiga tembakan. Rupanya F77 dengan tidak sengaja tertekan picu senjatanya. Maka siren berbunyi. Kedengaran banyak tapak kaki menuju ke arah mereka.
"Cepat! kita cuma 50 meter lagi dari bilik utama mereka" jerit F11.
Malangnya laluan di hadapan dan belakang mereka telah dipenuhi dengan pengganas yang menunggu mereka. Apa lagi bermuntah peluru le senjata ahli squad berani mati. Beberapa ahli squad cedera di kaki terkena tembakan kerana disitu tidak ada pelapik kalis peluru.
"F11 kami cedera, saya, F73 dan F74 akan menghalang mereka selama yang boleh" kata F72 sambil meniarap.
"semoga tuan berjaya, kita jumpa di syurga nanti, InsyaAllah" sambung F72 lagi.
"InsyaAllah" balas F11.
"Assalamualaikum" F11 memberi salam terakhir sebelum beredar. Dia tahu dia akan kehilangan ketiga-tiga mereka nanti.
Dengan kepakaran F76, mereka berjaya memasuki pintu bilik kebal yang menepatkan bom kimia.
Untuk mengelakkan pihak pengganas memasuki bilik kebal. F78 telah merosakkan mekanisma pintu tersebut.
"F76, pusat kawalan kat tengah-tengah tu. F77, awak ikut sekali dengan F76. yang lain cari tempat berlindung. Saya pasti pintu ini akan diletupkan tidak lama lagi" F11 memberikan arahan.
Memandangkan bilik kebal adalah sound proff, maka tidak kedengaran sebarang bunyi tembakan. F11 tidak pasti sama ada 3 ahli squad di luar bilik kebal masih lagi hidup atau telah syahid.
F11 bergerak ke arah F76 yang sedang membuka panel kawalan.
"F76, status?" tanya F11.
"Kejap" balas F76 sambil meneruskan kerja-kerjanya. Panel kawalan telah berjaya dibuka. Sekarang masanya untuk membuat pengubahsuaian agar letupan yang akan berlaku nanti tidak akan mengaktifkan agen kimia.
"F76 kenapa awak buka sarung tangan. Bahaya, takut kalau udara di dalam ini tercemar" tegur F11 di atas tindakan yang tidak rasional F76.
"Ruangan yang ada terlalu kecil, terpaksa buka sarung tangan. Kalau tidak takut tersentuh benda lain pulak" jawap F76 sambil cuba membuka helmetnya. Namun ianya sukar dilakukannya sendiri.
"F11, tolong buka helmet ni. Rimas nak buat kerja kalau ada helmet ni."
F11 tanpa banyak soal terus membantu F76 untuk membuka helmetnya.
Terkejut F11 apabila melihat wajah F76. Wajahnya saling tak tumpah dengan Ida.
"Adakah wanita di hadapanya ini adalah Ida kekasihnya dulu? Adakah orang yang meragut daranya itu adalah Amir? Ahh tak mungkin Ida. Ni sure pelanduk dua serupa" bisik hati F11.
"Ida, tu awak ke?" tiba-tiba F77 yang diam sejak tadi bersuara.
"Ehhh! macam mana awak tahu nama saya?" tanya Ida.
F77 membuka visornya dan berkata "Saya Leen laa, kita kan satu sekolah dulu"
F11 sebelah tergamam seketika bila mengetahui F77 adalah Leen, seorang gadis yang pernah dia tumbuk masa disekolah dulu. Dia hanya melihat kedua sahabat berpelukan. Sapa sangka sahabat yang lama terpisah boleh bersua muka di dalam suasana penuh getir.
F11 berfikir sejenak, sama ada ia perlu membuka visor dan memperkenalkan dirinya atau tidak. Akhirnya F11 nekad untuk membuka visornya.
"Ida, Leen" itu saja suara yang keluar dari mulut F11.
"Mannn!" Ida dan Leen terkejut apabila melihat Man sebenarnya F11.
Man tidak mampu meluahan sebarang kata. Ida yang dicintainya ada dihadapannya, begitu juga dengan Leen yang masih menunggu jawapan dari dirinya sama ada menerima cinta yang diberikan atau tidak.
Baru mereka bertiga hendak memulakan perbualan, pintu utama bilik kebal telah diletupkan oleh pihak pengganas. Man dan Leen menutup kembali visor mereka. Man bertindak dahulu memuntahkan peluru ke arah pengganas yang cuba memasuki bilik. Ida meneruskan kerjanya untuk melumpuhkan senjata kimia pengganas.
"Dah siap" tiba-tiba Ida bersuara. Serentak dengan itu, amaran di siren bertukar "Kompeks ini akan meletup dengan sendirinya dalam tempoh 1 jam, sila keluar dari kompleks ini"
Apabila mendengar pengumuman itu, pengganas yang sudah hampir menuju ke arah Man melepaskan senjata mereka dan berlari keluar dari bilik kebal.
Man membuka visornya semula. "Bijak sungguh awak kerana mengeluarkan amaran tersebut. Lihat, semua pengganas telah melarikan diri"
"Man, bukan saya buat, bila saya mematikan sistem pengaktifan bahan kimia, secara automatik sistem self destruct berfungsi" jelas Ida (F76)
"Apa lagi, jom le kita lari sama" kata Leen (F77) dalam ketakutan.
"Jom! Sebelum tu, Ida tolong pakai sarung tangan. Helmet tu biar saya pasangkan.
Setelah memasang helmet Ida, Man baru teringat untuk melihat status ahli squad lain di dalam Samsung Notenya. Dari paparan screen 5 inci, dia hanya dapat melihat 3 orang aje yang masih hidup. Iaitu dia, Ida dan Leen.
"Sebelum kita keluar, kita kena bunuh ketua pengganas" kata F11 sambil bergerak ke arah pintu utama yang telah dibom oleh pengganas tadi.
Ida dan Leen hanya mengikuti setiap langkah Man. Masa taklimat, tidak ada pulak pihak atasan memberikan arahan untuk menangkap ketua pengganas yang bergelar Ustaz Amirullah.
Dengan bantuan peta kompleks yang berada di dalam Samsung Notenya, Man berjaya mencari bilik persembunyian ketua pengganas.
Man meletakkan bahan letupan C4 di pintu dan meletupkannya.
Sebaik sahaja pintu berjaya diletupkan, Man melangkah ke dalam bilik tu, kelihatan seorang yang berjubah putih dan berserban merah sedang memasukkan sesuatu ke dalam bonet BMW 7 series.
"Berhenti!" jerit Man sambil mendekati lelaki tersebut. Ida dan Leen turut mengajukan senjata ke arah lelaki tersebut.
Lelaki tidak mengendahkan amaran Man, sebaliknya dia menoleh dan mengajukan senjata ke arah Man, tanpa berfikir panjang, Man menembak ke arah kaki lelaki tersebut. Tepat mengenai buku lali lelaki tersebut.
"Amir!" terkejut Man apabila melihat lelaki yang ditembak itu adalah Amir, pegawai kebajikan masyarakat yang selalu dihubungi untuk memberikan bantuan kepada keluarga Ida.
"Ida, Amir ni ke yang memperkosa awak dulu" tanya Man kepada Ida.
"Ya!" balas Ida sambil menghalakan senjatanya ke arah anu Amir.
"Tolong, jangan tembak saya. Dalam bonet kereta dah ada RM 5 juta dan 50 Kilo emas. Kalau awak bertiga lepaskan saya, kita bahagikan samarata harta tu" rayu Amir.
"Kesucian saya tidak boleh dinilai dengan wang ringgit" kata Ida sambil melepaskan 3 tembakan ke arah Anu Amir. Confirm berkecai le anu Amir tetapi Amir masih bernyawa dan menjerit kesakitan.
"Sudah la tu Ida, jom kita beredar" kata Man sambil bergerak ke arah kereta.
"Man!" jerit Ida.
Man memberhentikan langkahnya dan menoleh ke arah Ida.
Man amat terkejut apabila melihat Ida menghalakan senjata ke arahnya.
"Ida kenapa ni? Tolong alihkan hala tu ke arah lain, karang tak pasal tertembak saya pulak. Dengan duit dan emas yang ada ni, you boleh mulakan hidup baru dan kita dapat hidup bersama." kata Man
"Maafkan Ida, tak ada perkataan 'kita' disini. Ida tidak pernah mencintai Man" balas Ida
"Ida! bukankah dulu Ida yang melafazkan kata sayang kepada Man, kenapa pulak sekarang Ida boleh mengatakan tiada apa antara kita" kata Man yang semakin keliru. Dapat dirasai, luka lama berdarah kembali.
"Habis tu dah Man bertanya 'apa perasaan Ida terhadap Man?' Ida jawap le 'Ida amat menyayangi Man' sebab itu jawapan yang Man ingin dengarkan?" jelas Ida.
"Jadi, apa yang tersurat di surat terakhir tu hanyalah dusta semata-mata?" kata Man yang semakin keliru.
"Ye! Man, awak ni terlalu naif, tak kan awak tak terfikir, kenapa sekian lama saya tidak pernah membalas surat yang awak kirimkan. Saya tidak pernah ada hati langsung terhadap awak. Saya cuma mempermainkan hati awak aje. Saya benci sangat dengan lelaki yang kaya seperti awak. Awak ingat dengan kemewahan yang awak berikan dahulu, saya boleh jatuh hati dengan awak" jelas Ida.
Kaki Man terasa kaku, tubuhnya tak mampu untuk mengerakkan tubuhnya apabila mendengar sendiri pengakuan Ida. Hatinya terlalu kecewa, rupanya penantian dan penderitaan yang di alami selama ini hanyalah sia sia. Impian membina mahligia rupanya hanyalah sekadar impian yang tidak mungkin dapat dikapai olehnya. Tidak pernah terlintas di hati Man, cinta yang diberikan oleh Ida selama ini hanyalah dusta semata-mata.
Man hanya mampu melihat Ida mengangkat senjatanya dan menghalakan senjata tersebut betul-betul di kepalanya. Man hanya mampu memejamkan matanya. Kalau inilah pengakhir riwayatnya, dia sanggup hadapinya. Man tahu, kalau dia hidup pun tak berguna. Kebodohan dan kedunguan dirinya dalam membezakan yang mana kaca dan yang mana Intan telah menyebabkan perjuangan yang suci ini bertukar menjadi PERJUANGAN YANG TERNODA. Dia sepatutnya syahid di tangan pengganas tetapi sebaliknya nyawanya akan diragut oleh insan yang amat dicintai.
Bang! Bang! Kedengaran dua tembakan, Man dapat merasai ada cecair agak panas di terkena di wajahnya. Man pasti cecair tu adalah darah yang mengalir keluar dari dahinya. "Ya Allah, ampunkan lah dosa ku selama ini dan ampunkanlah dosa Ida terhadap diri ini" bisik hati Man.
Walaupun hatinya disakiti oleh Ida, Man masih tidak sanggup membenci Ida, baginya perasaan cintanya terhadap Ida dapat menutupi segala dosa Ida terhadapnya.
"Man!" jerit Leen.
Tiba-tiba Man merasai badannya dipeluk oleh seseorang. Dengan perlahan Man membuka matanya. Man melihat tubuh kaku Ida terbaring di lantai. Baru Man sedar, yang memeluknya adalah Leen.
"Man, jom kita lari" bisik Leen ditelinga Man. Namun tiada respon yang diberikan. Man masih lagi terkejut dari peristiwa cintanya dinodai oleh Ida.
Tanpa menunggu respon dari Man, dengan penuh kepayahan Leen mengusung Man di kerusi sebelah pemandu. Len mengambil tempat pemandu dan terus memandu kereta BMW 7 series jauh dari kompleks pengganas tersebut.
Man hanya mampu tersandar di kerusi sambil memerhatikan Leen memandu kereta keluar dari kompleks. Air mata kelihatan menitis dari kelopak mata Man, kini baru dia sedar, apa yang diperkatakan oleh Leen mengenai Ida adalah benar belaka. Selama ini, Man beranggapan kata kata Leen tu hanyalah dusta. Man ingat kata-kata Leen dahulu hanya untuk membuatkan dirinya membenci Ida dan menerima cinta yang diberikan oleh Leen.
Rupanya Leen jujur.........
END
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta
bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)
Segala le bermula pada 28/6/2011 bila dapat birthday wish. Nasib baik aku dan dia masih lagi saling mengingati. Jeng Jeng Jeng. Korang jangan fikir benda lain pulak. Kat sekolah lama ni aku cuma ingat dua orang aje. Itu pun pasal kami satu kelas. Kawan sekelas yang lain tak pulak muncul dalam kotak ingatan ni. Cikgu pulak aku cuma ingat dua orang cikgu India. Cikgu perempuan tu, aku dah tak ingat namanya, tetapi muka boleh recall. Masih lagi teringat bila cikgu tu cerita pasal hati-hati bila beli daging. Sebab dia kata masa tu ada orang jual daging manusia kat pasar. errr!!!!!! ngeri. Lepas tu aku dengar cerita, daging manusia manis.
Lepas tu aku ingat lagi, cikgu tu pesan supaya pesan kat mak kita jangan guna berus besi, ala yg selalu depa gosok bontot kuali. Beliau pesan jangan sesekali guna berus jenis tu dah gosok kat sebelah dalam kuali. Kata beliau lagi bila kita gosok guna berus tu, pasti ada serbuk besi melekat kat kuali tu. Terlalu halus sampai mata tak nampak, akibatnya amat buruk kalau masuk dalam badan. Aku ingat lagi, balik sekolah terus beritahu mak. Ye laaa, budak-budak, apa yang cikgu kata umpama permata yang harus disampaikan kepada orang lain.
Seorang lagi cikgu, adalah Cikgu kanan. aku pasti ejaannya kanan tu salah. Aku ingat pasal aku selalu sebut cikgu kiri tak ada ke. Dalam diam aku masa kat sekolah tu, nakal jugak le.
Dalam facebook adalah jumpa kawan-kawan sekolah lama. Mereka tak ingat aku, aku pun tak ingat mereka. Lama bebenor berpisah. Dulu aku kelas 3B, 4A dan 5A. Masa darjah 6 aku pindah Kuala Selangor.
So borak punya borak dlm FB, still tak boleh nak recall. So petang semalam buat mini reunion. Sampai ke sudah, still tak boleh nak recall.
Gambar lama? Aku pulak jenis bila habis exam, memang dah tak datang sekolah. Mak kata buat apa datang sekolah kalau dah tak belajar. So aku tak datang le. So seingat aku, aku tak pernah tangkap gambar bersama kawan-kawan. So kalau mereka tunjuk gambar kelas, aku memang tak ada le, pasal aku ponteng masa tu.
Mmmmm kena fikir perkara-perkara nakal yang aku buat masa kat sekolah. Benda-benda baik sure orang tak ingat punya la.
Harap anak anak tak baca post aku kali ni. He he he
1. Suka main terup. Tetapi biasa le, kalau dah main judi, sure menipu punyalah. Penipuan yang hanya sesekali boleh buat adalah tampal dua daun terup back to back. So tepuk macam mana pun, sure muka hadapan aje le terup aku tu. Bijak tak? Lepas tu sesekali guna teknik yang pasti menang punya. Maaf tak boleh nak beritahu kat blog ni, nanti ada yang mengikut pulak.
2. Aku suka lompat tangga. Tak salah aku le, tangga ada dua peringat. Naik separuh, lepas tu ada tempat lapang dan lepas tu baru ada anak tangga. So Aku cuma perlu buat dua lompatan untuk sampai ke tingkat bawah. Kuat jugak kaki aku masa tu. Sepanjang aku melakukan lompatan tu, tak pernah lagi aku langgar orang. Hampir langgar tu ada le. Masa tu hebat gila, masa tengah atas udara tu boleh pusing badan untuk elak dari kena orang kat bawah. Skill maaaa. Skill yang tak baik untuk di ikuti.
3. Main apa tah, ala games yg setiap orang duduk kat tiang coridor. Tak salah kita kena lepasi halangan. Mainan ni budak lelaki dan perempuan pun main sekali.
4. Main lompat getah. Ni aku rasa, aku seorang aje lelaki yang join budak perempuan main lompat getah. Hello!!! aku bukan budak lembik le. Entah macam mana aku boleh terjoin. he he he
5. Main tepuk daun terup. Sapa pernah main? Masa kat Kota Kinabalu, kita orang tepuk lantai guna dua tangan. Masa kat Sek ni, depa tepuk guna sebelah tangan aje. Maka terpaksa le berlatih dgn tangan sebelah aje. Nak tunjuk terror, aku tepuk tangan kiri aje dah boleh menang. Belum lagi tepuk guna tangan kanan tu.... he he he
6. Main guli. Dulu masa kat Kota Kinabalu, kita orang gunakan ibu jari untuk jentik guli. Kat sekolah ni depa guna cari penunjuk untuk jentik guli. Tu dia, punya deras guli tu pergi tetapi tahan kena tu tak berapa nak kena. Depa kalah bila aku guna ibu jari, tak kuat, tetapi pasti hasilnya memang puas hati. Cuba le, antara jari penunjuk dgn ibu jari mana yang membawa hasil paling best. Aku cerita pasal guli. Jangan ingat lain pulak.
Ambil dari blok http://skbe1ji.blogspot.com/p/sejarah-sekolah.html
1. Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan batu 4 (1) Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur.
2. Kod sekolah : WBB 0097
3. Gred sekolah : Gred B
4. Jenis sekolah : Sekolah Rendah Kebangsaan
5. Alamat sekolah : Sekolah Kebangsaan Batu 4 (1) Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
Kalau dari blog tu, gurubesar adalah
ii. En. M. Subramaniam 1972-1980
Aku pun tak boleh nak recall rupa guru besar.
(gambar kat bawah pun rembat dari blog di atas)