My Life:: Masa untuk meng zass
Posted at 09.Mar,2008 09:43  Comments 0 / Trackbacks 0
Selalunya kalau sebut zass ni, mesti cerita zass jin jin yang menganggu manusia. Tetapi kali ni cerita pasal nak zass orang-orang UMNO yang songlap duit.

Orang UMNO telefon adik aku kat Melaka, peruntukan RM150 disediakan untuk dia bila balik mengundi. Tetapi bila habis mengundi, dan pergi kat pusat gerakan, depa kasi RM 50 aje, kurang RM 100. Kedengaran juga ada org lain tak puas hati pasal duit ni, depa kata tak dpt cover kos minyak kereta dan sebagainya. Itu berlaku dlm 9 pagi. So korang fikirla sendiri, orang jauh yg belum mengundi masa tu. Kemungkinan besar depa undi pembangkang. Adik aku nasib baik dah mengundi, kalau belum, mahu aku suruh pangkah PKR aje.

Bila aku balik jam 5.30 pagi tadi, dengar le cerita, orang kelantan kat Kg Laksamana yg mengundi di Kelantan dijanjikan RM280 utk kos perjalanan. Tetapi masa depa naik bas, cuma diberi RM50 aje, mana hilangnya RM230? Sapa yg gelapkan duit ni? Korang ingat depa undi siapa? Korang fikirkan la sendiri.

Orang-orang macam ni lah yang patut kena zass.


Comments
Trackbacks
Post a comment