My Life:: Projek Kereta NGV
Posted at 24.Mar,2008 17:10  Comments 0 / Trackbacks 0
16/3/2008 Ahad
Petang - kerera iswara tak boleh start, cari kabel jump start kat kancil tak jumpa pulak. Ini mesti ada yang pinjam buat harta. Aku pun dah lupa sapa yang pinjam. Kereta kancil kena blok dgn iswara, so guna van le.

Pergi supermarket, ada 2 jenis kabel jump start, harga RM19.90 dan RM35.90. Pilih yang harga RM35.90 sebab kabelnya besar, so boleh tranfer current sehingga 400A. Senang nak start kalau guna kabel ni. Kalau kabel yang murah tu, kalau bateri flat terus memang tak boleh nak start enjin walaupun dah jump start. Dlm perjalanan nak bayar baru teringgat aku mana ada duit. hampeh sungguh.

So pergi le stesen petronas (dekat aje, dlm 100 meter aje), keluar duit, tengok ada kat kedai mestra ada jual kabel juga. Sama jenis, cuma harga RM35.00 aje, jimat 90 sen.

Jump start dari van ke iswara, kabel merah (+ve) sambung ke bateri tanda merah (+ve),
sekali cuba dah boleh hidup kereta tu. Ajak isteri pergi sama untuk servis kereta. Memandangkan bengkel yang biasa tutup maka kena le pergi bengkel kat pekan rawang.
Pergi kedai silverstone, punya le banyak kereta, pilih kedai tersebut pasal kenal mekanik kat situ, namanya Encik Soon. Depa kata sejam siap, so ajak isteri pergi makan kat MCD.Bila dah masuk MCD, baru teringat malam tadi pun makan burger MCD (order aje). So ajak makan kat kedai biasa, dah sampai kedai, isteri tak berkenan dengan kedai mamak tu, mungkin mamak tu tak hensem kot. he he he.

Pergi pulak ke Jaya jusco, beli lampu gantian tidur dan kemudian pergi makan kat kedai kopitiam, lupa pulak nama kedai tu, tetapi kat ground floor, sebelah kedai Secret recipe. Ingat kopi aje jual, rupanya macam-macam ada. So aku order "nasi goreng jawa", sebab aku tak pernah jumpa lagi. Air pi order air buah, isteri order mee ??? (entah apa namanya). Tengah dok tunggu makan dan minum sampai, selang satu meja ada satu pasangan dah buang bising, dia tak puas hati pasal ada service charge dan goverment tax. Lama juga le depa bertekak dgn waitress kat situ. Last dia bayar juga tetapi dia ugut akan laporkan kat kerajaan+++. Lepas pasangan tu keluar, aku dengar le waitress tu berbebel "kalau tak nak kena servis charge lain kali makan le kat kedai mamak". Nak tergelak juga aku dengar. Aku ingat pasangan tu tak pernah makan kedai macam ni kot. Budak muda lagi, anak pun masih kecil. Tak lama lepas tu, nasi goreng jawa pun mai le, tanya isteri aku, pernah makan ke nasi goreng jawa ni. Yelaaa isteri aku ni jawa Rengit. Dia kata tak pernah tengok pun. Yg aku perasan nasi goreng jawa ni hitam aje, lebih kicap. Rasanya sedap juga. Sedap aku le. Korang makan tak tahu le.Harga dlm RM5.

Cukup masa sejam (semenjak keluar dari kedai silverstone), kami pun pergi balik ke kedai tu, hampeh sungguh. Tak mula lagi. 15 minit aku kat sana baru le si Soon start nak buat.
Tukar:
1) minyak hitam + treament engine oil
2) minyak gear
3) air filter
4) spark plug
5) Bateri (pasal kat kedai tu pun x boleh nak start engine.

Kos semuanya adalah RM345, yg mahal adalah bateri Rm185.00 (maintenance free)

Yang pelik.
1) minyak hitam 4 liter habis dituangnya, aku pun tanya le, apa pasal,
mekanik tu pun hairan, dia kata mungkin pasal lama buka lubang kat bawah engine sampai betul-betul kosong.

2) Minyak gear cuma guna 2 botol aje, dulu aku pernah guna juga kereta automatik. Selalunya aku guna 3 botol (ada le baki setengah). Tetapi mekanik ni check, kata 2 botol dah penuh/cukup. aku dengar aje le.

Pergi kerja aku tak pakai kereta iswara pasal aku lupa nak beritahu lampu brek tak hidup. Gila le pergi KL kalau tak ada lampu brek, memang sah kena sondol le.




Comments
Trackbacks
Post a comment