My Life:: Catatan Sabtu 7-06-2008
Posted at 10.Jun,2008 12:52  Comments 0 / Trackbacks 0
Pagi sabtu baru ni, hantar anak pergi bengkel PMR di Sirim Shah Alam.

So isi NGV kat Sg Dua Rawang, full tank le. 30 minit aje dari situ ke Shah Alam melalui Guthrie Highway.

Balik dari Shah Alam isi lagi NGV kat Sg Dua, kena RM4.70. So rawang to shah alam and back cuma RM4.70.
Jgn marah ye. Aku tahu kalau guna petrol mau cecah RM20.00.

Tetapi org kata, langit tak selalu cerah. Petang tu, balik dari Shah Alam, selepas tol plus yang pertama kat Guthrie Highway ada bunyi macam ada bunyi benda pecah. Tetapi tak ada rasa apa-apa.

Keluar ke arah Tol Sg Buluh, sebab nak singgah kejap kat rumah abg ipar di Selayang Jaya utk ambil bapa mentua. Kat Kepong jalan mula jem, tiba-tiba ada bau hangit. Ingat kereta buruk kat depan tu yg bau, rupanya kereta aku yg bau, suhu dah naik, tetapi belum tahap merah lagi. Berhenti tepi jalan, check air kat tangki simpanan banyak lagi. Perasan kipas x jalan.
Tunggu enjin sejuk sikit, teruskan perjalanan dan berhenti kat Flat Intan Baiduri (kalau tak silap).

Call Mekanik, dia masih lagi tengah memancing ikan. Dia memang ada beritahu semasa dia hantar kereta iswara aku kat rumah. Dia suruh swap relay kipas dgn relay power windows. Sama juga. Dia kata mesti ada angin dlm radiator. So aku buka le dgn berhati-hati. langsung x ada wap yg keluar, kering betul. Isi air sedikit terus berasap. Habisla kereta aku. Call abg ipar, minta bawa air banyak-banyak. Bila isi, mencurah air keluar kat area timing belt, sah water pump aku bocor.

Call Mekanik, dia suruh isi air penuh-penuh, start engine kereta, dia suruh jgn pasang cap radiator, isi air sampai melimpah, caya la, air kat bawah dah slow sangat keluarnya, so terus pi rumah abg ipar, solat maghrib + makan malam. Bila nak balik ke rawang, isi semula air. Jalan, berhenti kat Petronas Bt 15, Jalan Ipoh. Isi lagi air, saja-saja isi. Lepas tu sampai le rumah dgn selamat.

Esoknya, semalam le, mekanik ambil kereta kat rumah dan hantar semula rumah aku malam tadi. Aku balik jam 12.00 malam tadi, kereta dah ada. Senangnya hidup.

Pagi ni pergi kerja guna kereta NGV, pagi tadi record isi paling banyak RM8.71, maksima org kata RM9.00. So tadi tu tangki betul-betul nak kosong dah



Comments
Trackbacks
Post a comment