Seperti yang dijangkakan, Saiful akan bersumpah laknat, Anwar masih berdolak dalih. Itu aku tak
hairan. Yg aku hairan sangat kenapa Si Musa Awang sebagai Peguam Syarie mempertikainya. Walaupun dia seorang peguam, tidak perlule tegur pasal sumpah laknat sebab tu adalah satu kaedah yang dibenarkan di dalam Islam. Ia tidak akan mempengaruhi keputusan Mahkamah. Kita nak larang pun tak patut, pasal kita tak laksanakan hukum Allah pun. So biar le dia guna kaedah sumpah laknat tu.
Banyak pihak memberi pendapat, ada yg sokong dan ada yang kata macam budaya kristian. Yg sokong dah tentu Pro-Kerajaan dan yang tak setuju adalah puak yang satu lagi
'Saiful harus kemuka keterangan di mahkamah bukan di tempat awam.
KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya mengemukakan segala dakwaan atau keterangan di mahkamah dan bukan di tempat awam serta disiarkan media, kata Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang.
Beliau berpendapat tindakan Mohd Saiful bersumpah laknat seolah-olah tidak menghormati dan mencabar kewibawaan insitusi mahkamah.
Mohd Saiful membuat sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan kelmarin dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya secara paksa.
Seperti yang kita jangka SUMPAH LAKNAT akhirnya menjadi satu trend para ahli politik malahan rakyat biasa juga. Perkataan SUMPAH itu sendiri sudah mula menjadi bahan gurauan dan sendaan... Apa ingat sumpah tu perkara main-main ke...??? FIKIRkanlah... Walaupun si 'mat turbo' tu akhirnya telah bersumpah laknat yang akan membinasakan diri sendiri kalau dia berdusta, kita patut menilai semula akan tindakan 'BERANI'nya itu... Ini bukan soal 'PERTIKAI' sumpah tu, tapi soal 'KEWAJARAN' dari apa yang 'mat turbo' tu buat sebenarnya... Siapakan sebenarnya yang perlu bersumpah...? Yang MENUDUH ataupun yang TERTUDUH...? Apapun tak lama lagi segala kebenaran akan terbukti jua...
bagi aku. dua-dia kena sumpah. Saiful dah bersumpah dia kena liwat (suka sama suka atau tidak masih lagi dikira liwat).
So Anwar perlu bersumpah kata dia tidak liwat. Semudah itu aje, sumpah untuk kat Parlimen semalam mudah aje Anwar buat.
Sumpah nak kasi clear nama dia kes liwat tak nak pulak bersumpah.
Hanya seorg peliwat sahaja yg takut bersumpah laknat pasal liwat ni.
Kita kena adil kepada Saiful, walaupun kita tidak kenal dia, bila dia bersumpah, kita yakin dgn sumpah dia.
Nanti bila Anwar bersumpah, kita kena yakin juga yg Anwar tidak meliwat Saiful.
So sapa yg betul? Allah shj yg tahu. Tetapi kalau sebelah pihak tidak berani bersumpah, maka kelihatan seperti org yg tertuduh sudah bersalah. "Berani Kerana Benar"