A.d.s

CVT:: 6 Doa Mengelak Kena Sihir
Posted at 25.Aug,2008 09:53  Comments 10 / Trackbacks 0
Ini aku dapat dari email

Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa

dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:


"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)


Comments
terima kasih

terima kasih dgn doa yg diberikan.tiadakah doa dalam bahasa arab?

elisya  at 04.Oct,2009 01:44
Tak la pulak

tak ada la pulak doa dlm bahasa arab pasal aku pun cuma copy and paste aje.

Sebenarnya lebih baik membaca doa yg kita faham. Aku berani jamin Allah gerenti faham punya.

Ada tengok "jgn pandang belakang congkak"? Bomoh tu cuma baca bismillah, minta izin dgn Allah dan doa dlm bahasa melayu aje.

Semudah ABC aje dia settlekan masalah hantu-hantu tu.

Bila kita berdoa dlm bahasa yg kita sendiri fahami, kita lebih menghayatinya. Ikhlas dari lubuk hati. Kita luahkan apa yg tersimpan dlm hati dan mengadu kat Allah. Ye la Allah kan maha mendengar dan mengasihani.

Pernah tak korang terkena imam baca doa punya le panjang sampai mengantuk kita tunggu dia habis doa, sepatah haram kita tak faham apa yg dia doakan, kita dok amiiiin pun main-main. Kalau majoriti makmum tu faham bahasa arab, molek sangat kalau guna bahasa arab tetapi kalau majoriti macam aku ni (tak reti Arab), baca le dalam bahasa melayu. Baru Amiiiiiin tu ikhlas lebih sikit.

rozaimy  at 05.Oct,2009 10:10
terkena sihir

baca lah 3 kul selama 3x

hamba allah  at 01.Jan,2010 13:55
terkena sihir

baca lah 3 kul selama 3x

hamba allah  at 01.Jan,2010 13:56

terima kasih.. sungguh berguna, mulai sekarang akan mempraktikkan panduan2 di atas..
terima kasih, ya hamba allah. :)

micka  at 09.Jun,2010 12:04

terima kasih.. sungguh berguna, mulai sekarang akan mempraktikkan panduan2 di atas..
terima kasih, ya hamba allah. :)

micka  at 09.Jun,2010 12:05
trima kseh

trima kseh utk doa trsbut,,tpi tk ade ke doa pnymbuh wjh muka yg trkna sihir... 124.82.106.200

farahyasmeen  at 31.Oct,2010 13:27

Ini cerita benar yg berlaku kpd kawan aku. Dia ada seorang sepupu. Sepupu ini dan suami dia berpakat dgn seorang bomoh. Kawan aku tak tau depa ni cari mangsa. Kononnya bomoh kata kawan aku ini disihir sebab itu dia kerap jatuh sakit tetapi sebenarnya kawan aku waktu itu baru early stage diabetic. Sebelum jumpa bomoh janji RM150-00 saja untuk dirawat. Bila jumpa bomoh sepupu tak datang suruh kawan dia bawa kawan aku. Bomoh kasi satu tangkal dgn air untuk minum dan mandi dirumah. Bila nak balik gertak minta RM1500/- kalau kawan aku tak bayar dia ugut nak sihir dia balik! Tak cukup duit jadi bomoh paksa minta rantai emas yg kawan aku pakai bernilai RM1600/-! Apa nak buat terpaksa bagi lah....bila kawan aku cerita aku suruh dia buka tangkal. Rupanya tangkal itu isinya resit kedai runcit! Bila kami bawa orang jumpa bomoh baru tau kata sepupu dia pakat ..bomoh dapat komisyen RM400/- setiap mangsa yg lain semua disapu oleh sepupu kawan aku. Bila kawan aku semuka, sepupu dia bawa gangster hentam dia! Buat repot tapi polis tak ambil sebarang tindakan pun....Berhati hati lah semua! 60.50.24.135

Marina  at 02.Nov,2010 06:42

Saya dulu pun perna tkena sihir ,rumah tangga sy sampai renggang. kerana izin Allah s.w.t sy bermimpi berjumpa dgn sorg lelaki tua berjubah putih sambil memegang al-quran dan tasbih..org tua tu memberi tahu sy yg sy telah disihir, hanya diri sendiri yg dpt tolong dgn izin Allah s.w.t..dan berpesan supaya sy ikut apa yg dia bg tahu,sy disuruh berwuduh dan berdiri mghadap kiblat baca lah ayt kursi 7x surah al falaq 7x an naas7x sapu kat muka dan setiasa bersembahyang,berzikir,membaca al-quran. sy pun ikut apa yg org tua tu bg tahu,Alhamdulillah dgn izin Allah s.w.t sy baik dr sihir dan rumahtangga sy dlm keadaan baik.. 175.137.55.54

mas  at 12.Feb,2011 14:52

Salam ... yg paling senang adalah jangan tinggalkan solat dan lepas solat sentiasa wirid dan bentengkan diri dengan AYAT2 Al Quran insyallah... selamat dr gangguan sihir.. Amalkan surah ayat ayat kursi, surah 3 qul iaitu Al ikhlas, Al Falaq, An Naas, surah yassin wakaf 9... dan amalkan Membaca 3 kali Tiap Pagi dan Petang:

بِسْمِ الله الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
[Bismillaahil ladzii laa yadzurru ma'asmihi syai-un fil ardhi wa laa fis samaa-i wahuwas samii'ul 'aliim.]
“Dengan nama Allah, tidak ada yang membahayakan bersama namaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan di langit, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”
203.82.95.86

Nur Hambali  at 17.Dec,2012 09:26
Trackbacks
Post a comment