A.d.s

CVT:: Tiga Golongan Yang Tidak Ditolak Doanya
Posted at 15.Sep,2008 09:17  Comments 0 / Trackbacks 0
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah s.w.t. akan berkata, "Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika"

(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi. Menurut Tirmizi, bertaraf hassan. Menurut As-Suyuthi, bertaraf hassan. Menurut Al-Albani bertaraf daif)

Maka sesiapa yang kena sihir termasuk dalam golongan yang dizalimi. Maka berdoalah selalu. Paling cantik doakan supaya pulangkan balik aje sihir tu kepada bomoh dan pengupah.

"Ya Allah, Aku bermohon padaMu, pulangkan sihir yang dikenakan keatas diriku kepada pengupah dan bomoh"

Tetapi sebelum tu, elok sangat kalau buat solat taubat. Kadang-kadang salah kita sendiri, mungkin tanpa kita sedar kita dah anaya orang lain.

Persoalan yang sering ditanya, "bukan sihir ke kalau kita pulangkan kat pengupah dan bomoh".

Jawapan saya TIDAK. Orang kasi kita 'hadiah', tak salah kalau kita pulangkan balik 'hadiah' tu. Cuma jangan sesekali niat pulangkan kepada Si Mamat ni Jangan sesekali sebut nama, walaupun kita dah tahu sapa yang sihir kita. Macam mana Allah pulangkan itu, itu urusan dia, jadi atau tidak pun Itu Urusan DIA.


Comments
Trackbacks
Post a comment