My Life:: Laman Web Rasmi PDRM
Posted at 15.Oct,2008 17:16  Comments 0 / Trackbacks 0
Laman Rasmi PDRM adalah
www.rmp.gov.my

kenapa tak buat satu lagi www.pdrm.gov.my ala kalau kena bayar baru RM80 setahun.

Kenapa tiba-tiba sibuk cari laman web PDRM.
Sebab semalam kereta iswara aku kena langgar dgn Bas Sekolah kat Jaring (parking kat kawasan Jaring)

Saksi kejadian nampak bas yg langgar, tetapi lupa ambil nombor.

Ingat lepas habis kerja, boleh le buat report. Baru jam 4.20 pm, big boss dah panggil balik HQ dgn kadar segera. So tak jadi carik Balai Polis. Aku tak biasa kat Bukit Jalil tu, entah kat mana balai polis. kalau kat Bangsar ni tahu le, paling dekat Balai Polis Travel.

Tu yang mencari kat laman rasmi PDRM. Hampeh... dah lah slow.. tetapi tak ada pulak senarai Balai Polis. Patutnya kasi le senaraikan semua Balai Polis. Mengikut negeri, daerah dan bandar, kalau boleh siap dgn peta macam mana nak pergi balai polis tu.

Laman web PDRM ni sungguh lambat dan tidak mesra langsung.

Akhirnya aku jumpa juga apa yg aku cari,
Klik pada Peta Laman,
Tunggu....................
Cari "Direktori"
dan klik pada "Alamat & Telefon PDRM"

dah tunggu ....... dlm 5 minit ... baru dipaparkan senarai
balai polis


Comments
Trackbacks
Post a comment