Computer:: Hack in the box day 1
Posted at 29.Oct,2008 20:56  Comments 0 / Trackbacks 0
Hari ini 29/10/2008, aku pergi seminar Hack in the box di Crowne Plaza Hotel (dulu Hotel Hilton) di jalan Sultan Ismail.

Tiba jam 8.03 pagi. Masa daftar kat Lower Lobby, depa tanya pasal 'payment', aku pun dengan selamba kata company dah bayar. Rupanya tak bayar lagi. Buat malu aku aje le... So kena isi form tuntut bayaran.

Lepas tu aku pun pergi le tengok booth yang ada, kat boot F-Secure ada ramai juga orang, siap ada sesi bergambar. Laaa rupanya ada seorang awek F-Secure pakai pakaian singkat gilo. Kalau dibongkok, sure nampak spender. he he he. Nak jual produk security, perlu ke pakai baju seksi?

8.53 am, dah masuk duit cawan kopi aku minum, member tak sampai lagi. Aku pun apa lagi sms le mereka
"Kat mana? Cepat sikit, aku dah nak terbeli f-secure. he he he"

Bila member aku sampai, depa tengok booth F-secure, terus tanya aku. "kau nak beli F-secure ke atau org yang jual F-secure? Tetapi dia ni makan minyak sapi"
he he he.

aku jawap "kalau dia dtg office, aku buang semua produk symantec dan beli produk F-secure" Gatalnya mulut aku ni, maklumle bini kat Alor Star. he he he.

Keynote yg pertama OK, keynote kedua tajuk "cyberwar is bullshit" syarahan dia memang "bullshit", tak best langsung.

lepas tea break aku masuk track 3, pasal forensik network. semua meja ada network port, dekat 45 minit dia borak pasal Model ISO, DOD, 4 security teknik dan sebagainya. Aku dah 9 tahun dengar dan mengajar benda tu. Bila le nak mula. Lepas tu cerita pasal semua tools ada dlm CD yg mereka kasi kat sapa yg daftar awal. he he he aku dpt.. Aku dpt 2 CD, satu lagi Ubuntu 8.04.1 LTS Desktop Edition. Biasa le tools semua beroperasi untuk OS linux atau sebangsa dgnnya. So nak tak aku terpaksa install Ubuntu kat PC aku, aku guna Vmware. Tunggu punya tunggu, tak habis lagi, aku pun keluar dari lab tu. Baik aku pi toilet. Nak masuk pun dah malas.

lepas tu masuk track 2 pasal XEN teknologi. Mamat ni cakap macam baca skrip aje. So aku pun pi Track 1 pulak, cerita pasal management 2.0, nak jual produk oracle le tu. Aku pun keluar, pasal aku dah dengar minggu lepas kat Hotel di Glamerie.

Makan tengah hari kat KFC, kena le RM9.00. Tetapi kalau makan nasi kat area situ sure lebih RM9.00.


4.15 pm mengenai cara mencari sapa yang menggunakan AP kita. Penceramah membuat sendiri software tu dan juga membuat sendiri antena. Antena macam mic yang digunakan dlm filem (jenis panjang). Rekod terbaik dia pernah dpt adalah 2 meter dari org yang menggunakan AP dia secara haram. Dia tunjukkan kat Polis Singapore(dia memang rakyat singapore). Polis cakap kalau guna antena dia tu, dari jauh penjenayah dah nampak dan depa dah pakat lari. he he he




Comments
Trackbacks
Post a comment