Computer:: Hanya benarkan sesuatu program berfungsi
Posted at 17.Nov,2008 12:25  Comments 0 / Trackbacks 0
Dengan melakukan sedikit perubahan pada registry, kita boleh senaraikan program yang boleh digunakan pada Windows 2000/XP, sekiranya perisian tersebut tidak ada dalam senarai registry, perisian tersebut tidak dapat berfungsi.

Contoh: Sekiranya kita hanya membenarkan program notepad.exe dan regedit.exe
1) Buka regedit
2) Layari sehingga ke Explorer. HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows
\CurrentVersion\Policies\Explorer

3) Right click pada kekunci Explorer, pilih 'New' dan seterusnya klik pada 'Dword Value', berikan nama 'RestrictRun' dan set kan nilai (value) kepada '1' ('1' bermaksud  aktifkan RestrictRun, '0' bermaksud tidak aktif).

Cipta sub-key baru bernama 'RestrictRun'. Caranya dengan Right click pada kekunci Explorer, pilih 'New' dan seterusnya klik pada 'Key'. Berikan nama 'key' tersebut sebagai 'RestrictRun'. Pada folder 'RestrictRun', Right click dan klik pada 'New' dan pilih pada 'String Value'.

KEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows
\CurrentVersion \Policies\Explorer\RestrictRun

4) Pada 'String Value', tukar nama 'Value Name' kepada '1', dan 'Value data' kepada nama program yang ingin diblok. Contoh notepad.exe.

5) Lakukan  langkah 4) untuk program lain. Pastikan 'Value Name' kepada '2', '3' dan seterusnya.

6) Restart PC

Selepas PC restart, Windows hanya benarkan program notepad.exe dan regedit.exe, program lain seperti IE dan sebagainya tak akan berfungsi.

Keywords: Applications - Restrict Applications Users Can Run



Comments
Trackbacks
Post a comment