A.d.s

CVT:: Teknik Bakar Bata utk membalas org yang dok sihir kita
Posted at 23.Apr,2009 15:20  Comments 11 / Trackbacks 0
Seperti yang korang tahu, orang yang kena sihir, kemungkinan besar akan kena balik. Itu pun bergantung kepada betapa sakitnya hati org yang jadi pengupah tu.

Aku selalu sarankan org yg kena sihir rajin amalkan tasbih yunus sebagai pertahanan dan Yasin 40 utk pulang balik sihir tu.

kat bawah ni aku dpt dari forum harmoni, kalau tak salah aku Darul Syifak dan Darul Akrine ada menggunakan teknik ini. Utk cerita lebih detail boleh pi blog akrine (http://www.akrine.blogspot.com/).

Teknik bata memang sesuai utk membalas paling kat tukang sihir dan pengupah. Tetapi mana boleh guna teknik bata utk buang SAKA. Saka hang kita, kalau kita bakar bata, hang pa fikir sapa yg akan rasa sakit. Kitale..... orang gila aje bakar diri sendiri.


************

Kaedah Bakar Batu-Bata
Tujuan :

Untuk memberi pengajaran kepada pengupah, tukang sihir dan kuncu2nya (jin peliharaan) supaya memberhentikan kerja-kerja penyihiran.

Bahan Keperluan:

1. Batu-bata merah yang dibeli khas untuk tujuan di atas
2. Dapur yang diperbuat dari tanah
3. Kayu arang 4-5 kampit
4. Paku 3-4 inci untuk menggores b-bata.
5. Air untuk renjis b-bata
6. Surah Yasin

Langkah 1:

Banyakan berzikir, mengaji, solat hajat dan taubat(lakukan atleast 3 hari). Ini sebagai usaha memastikan anda well protected bila melakukan pembakaran. Pengalaman penulis dll pengamal, serang balas akan dilakukan oleh penyihir apabila dilakukan pembakaran, bila berzikir ALLAH lindungi kita kesannya insyaALLAH minimum. Sekiranya anda seorang yang kena sihir, mintalah orang terdekat melakukan pembakaran (anda tidak digalakan, kerana serangan makin kuat semasa kegiatan membakar)

Langkah 2:

Baca Yasin (beserta niat spt langkah 3 di bawah) pada batu-bata, setiap kali habis satu ayat, gores memanjang dengan paku dari kanan ke kiri pada permukaan b-bata berkenaan. Pastikan apabila habis membaca Yasin semua permukaan telah ada goresan. Elok di baca waktu malam, ketika tenang dan tiada gangguan.

Langkah 3:

Solat taubat dan hajat. Mohon perlindungan dan pasang niat apa yang anda mahukan. Ini seperti supaya pesakit sembuh, musnahkan pengganggu, membalas kezaliman orang yang menyebabkan penderitaan dan siapa yang nak diberi kesedaran; pengupah, tukang sihir, jin2 gurkha atau semua rangkaian?

Letakan paku di atas b-bata, bakar di atas bara batu bata sambil berdoa dan menyebut nama ALLAH sebanyak mungkin

Renjis dengan air setiap 10 minit...

Lakukanlah pembakaran 3 hari 3 malam berterusan. Apabila nak tidur malam, isi kayu arang penuh2, bakar dan sambung pembakaran keesokan harinya.

Semasa pembakaran, sipembakar seboleh mungkin mengekalkan wudhu, banyak berzikir dan tidak dalam hadas besar.

Langkah 4:

Selepas 3 hari 3 malam b-bata jangan dibuang, anda boleh rendam dalam air garam, masukan dalam peti ais ataupun tanam dalam tanah yang dikenalpasti tempatnya.

Perhatian :

1. kesan pembakaran sangat kuat, semua jin-pelesit akan mati biizniLLAH, penyihir kepanasan luar bisa, pengupah sakit sehingga tak mampu berjalan... tidak sampai 3 hari pembakaran.

2. Jika ada yang mohon maaf, buatlah perjanjian bersumpah (wALLHi, wabiLLAHi, watALLAHi) supaya dia tidak mengganggu anda dan seluruh ummat Islam (Kalau Islam), Kalau kafir katakan dia akan sakit lebih teruk kalau mengulangi kerja terkutuk ini.

3. Jangan letakan harapan pada pembakaran b-bata, ia hanya kaedah, ALLAH jua segala-galanya.

*****************************

utk lebih sadis lagi....... ini post dari Tok Belagak


"Sebaiknya kalau nak buat...selepas bakar bata...masukan dalam freezer....dalam 3 jam...lepastu bakar balik....memangreput dah rapuh le mangsa..."






Comments

salam tuan Rozaimy..maaf ganggu,,saya ada hajat dgn sahabat tuan -DEN..tp tkde no hpnya,jadi nak mintak dgn tuan no hp Tuan DEN@ Tok Belagak tu kalu boleh untuk mengubati penyakit kawan saya..t,kasih

mohd sabri  at 23.Oct,2009 18:31
minta bantuan

salam tuan Rozaimy..maaf ganggu,,saya ada hajat dgn sahabat tuan -DEN..tp tkde no hpnya,jadi nak mintak dgn tuan no hp Tuan DEN@ Tok Belagak tu kalu boleh untuk mengubati penyakit kawan saya..t,kasih

mohd sabri  at 23.Oct,2009 18:33
Mintak tolong...

Salam tuan Rozaimy...
Keluarga saya mempunyai masalah..saya mengharap sgt2 bantuan dari tuan...tuan blh emailkan ke email saya..nnt saya akan bagi no telefon...
terima kasih tuan...

Tengku Hasnul  at 01.Nov,2009 19:07
Mintak tolong...

Salam tuan Rozaimy...
Keluarga saya mempunyai masalah..saya mengharap sgt2 bantuan dari tuan...tuan blh emailkan ke email saya..nnt saya akan bagi no telefon...
terima kasih tuan...

Tengku Hasnul  at 01.Nov,2009 19:07
minta no hp

salam, tuan rozaimy, haraf tuan sudi sms saya no hp tuan DEN @ tokbelagak utk saya hubungi, saya ada 'hajat' muga Allah menyembuhkan saya melalui ikhtiar beliau, bi'iznillah,
ardi, 013-7376958

ard  at 31.Dec,2009 15:36
Email aje

tolong email ke darulsaka atau rozaimy

kat belakang nama tu letak le @gmail.com

rozaimy  at 31.Dec,2009 15:56
berkahwin

saya ingin minta tolong saya seperti di sihir oleh bekas bapa mertua saya minta tolong mula2 saya sakit dibahagian urat belikat sebelah kana membawa ker atas, tak baik lagi saya dah alami bengkak kaki sebelah kanan dari bawah lutut hinga ketulang kering.

Jonirais  at 29.Mar,2010 20:07

mohon, nak dapatno hp tok lagak nak dapatkan rawatan

razman ahmad  at 15.Apr,2010 10:30

Mohon hp tok lagak..nk buat rawatan. Tq 203.217.176.31

zurina  at 30.Jul,2012 10:28
alamat dan no HP tok belagak

http://db.tt/Oxq8k5AR 192.168.200.10

rozaimy  at 01.Aug,2012 09:13

Salam En Rozaimy.
Dengan izin Allah, mohon saya meminta dari tuan di mana boleh saya dapatkan rawatan untuk anak saya yang punyai ciri ciri saka / sihir ini.

210.19.168.22

rohayati  at 07.Sep,2012 16:09
Trackbacks
Post a comment