A.d.s

CVT:: First Aid - Halau Hantu Jin Part 1
Posted at 07.May,2009 18:03  Comments 3 / Trackbacks 0
Sebelum korang fikir macam-macam... sila tengok balik tajuk.
"FIRST AID" - dlm bahasa banjar maknanya rawatan luka atau kesakitan yang kecil. Kiranya sebagai langkah awal dlm berubatan le..

kalau lepas guna kaedah FIRST AID gagal, baru le jumpa Doktor, bomoh atau Ustaz utk check atau jampi.


Aku tak tahu berapa banyak yg ada dlm first aid utk halau makhluk yang tak nampak ni. So memang merapu le apa yg aku tulis ni.

Sebagai permulaan, hantu dan jin dua-dua dicipta oleh Allah s.w.t dari API. Dalam Al-Quran cuma ada cakap pasal JIN, tak ada cerita pasal hantu pun. Dalam Al-Quran pun tak ada cerita pasal bangsa Melayu. Yang banyak Bangsa Yahudi.. Tetapi kita tidak boleh nafikan kewujudannya bangsa Melayu ni sebab kita seharian boleh nampak manusia berbangsa Melayu. Contohnya aku le... aku ni Melayu walaupun Bapa aku adalah Banjar Alai dan mak aku banjar Kuak (juga dikenali 'banjar i love u').


Maka dengan itu, tidak mustahil HANTU ini wujud sebagai 'bangsa' nya sendiri. Maknanya Hantu dan jin adalah dua entiti yang berlainan. Apa yang aku belajar le, Hantu ini diumpamakan seperti binatang yg merayap di alam ghaib. Kalau alam zahir kiranya hantu ni macam kategori semut, cicak, tikus dan sebagainya.

Itu sebab, guru selalu berpesan, jgn cuba nak mengislamkan HANTU, pasal depa memang tak boleh nak masuk Islam sebabnya :

Az-Zariyat [56] Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat (mendirikan solah)kepadaKu.


alamak dah pukul 6 ptg.. kena balik ni...

sambung balik... Jumaat 8/5/2009

apa aku melalut la pulak ni...... balik semula kepada First Aid - Halau Hantu Jin Part 1

Kes-kes seperti di bawah boleh digunakan.

1) Anak/bayi selalu nangis malam - macam terkejut.
2) Rasa macam ada gangguan kat rumah
3) Kes Meracau

Kaedah first aid:

1) Download rugyah.mp3 kat website www.komputer.com.my/cvt.htm (ada 3 rugyah kat situ, so pilih le sendiri)

2) Simpan dlm CD, computer, hand phone dsbnya.

bila berlaku perkara di atas, pasang aje rugyah tu. Semudah ABC aje. pasang sampai gangguan settle.

Utk anak yg nangis, selalunya ada patern pukul berapa dia start nangis, so kita pasang le ruqyah sebelum waktu tu.... biarle ianya terpaksa sampai pagi..

kekuatan volume, agak-agak laaaa......

pesanan dari Ustaz-ustaz Darul yg suka ruqyah ni,

"jgn pasang masa tengah memandu"

end of part 1







Comments

Tuan, apa penjelasan nya tidak boleh pasang ruqyah.mp3 tu masa memandu?

-ingin tahu.

wujiman  at 22.Aug,2009 13:02
Ruqyah dlm kereta

kalau dlm badan kita tak ada jin ok le, aku pun kadang-kadang pasang ruqyah masa memandu.

Ustaz-ustaz melarang mendengar ruqyah masa memandu takut ada jin dlm badan kita, di buatnya jin tu mengamuk, tak ke haru biru.

Kalau kita tak ada jin dlm badan, tetapi member sebelah ada, tiba-tiba dia mengamuk, macam mana?

rozaimy  at 22.Aug,2009 18:35
Terima kasih..

Syukur kepada Allah menggerakkan saudara Rozaimy untuk tulis entri pasal First Aid ni, saya dah cuba.., cuma nak share, setelah beberapa hari ada gangguan pada pesakit, maka hari tu saya siap beli pemain CD cap Philips, pasang ruqyah dalam pukul 6 petang sebelum waktu gangguan tiba seperti disyorkan di atas. Cuma saya perasan pesakit yang baring selalu jeling2 kat saya. Nampaknya OK.. Lepas buka puasa, nak balik rumah sorang2 dalam pukul 8..jarak dalam 20+km.. Lepas baca doa mula perjalanan, saya nak baca tasbih Nabi Yunus sepanjang perjalanan tapi lupa, puas saya cuba nak ingat.. tapi tak boleh... cuma ingat sikit hujung tasbih jer..sedangkan biasa baca tasbih ni. Cemas juga sikit..Dekat nak sampai pintu gerbang keluar kg, saya berdoa semoga Allah bagi saya ingat kembali... baru ingat..baca sampai rumah, sebelum masuk rumah baca 3 kul.. . Kesimpulannya, apa2 yang tuan share kat sini, bergunalah kepada saya/pembaca yang cetek ilmu ni...

Rie  at 10.Sep,2009 09:07
Trackbacks
Post a comment