My Life:: Hantu Hantu di Sekolah Anak Aku
Posted at 11.May,2009 11:13  Comments 0 / Trackbacks 0
Minggu lepas, masa anak bujang aku tanya aku

"Ayah, kat sekolah angah ada jin lagi tak?"

Aku terus jawap "mesti ada" aku tak scan pun, ye laaa heran bin ajaib le kalau sekolah tak ada jin.. he he he... cuma mengacau atau tidak ajele..

Aku tanya "Kenapa?"

"pagi tadi masa masuk kelas ada garam dan lada hitam kat lantai kelas, kita orang sapu le lantai, rupanya garam tu tak boleh sapu, kena tunggu 3 hari baru boleh sapu. Cikgu tak beritahu pun. Lepas sapu licin baru beritahu"

Rupanya ada cikgu nampak bayangan hitam kat sekolah tu...
Yg anak aku heran, dia tak pernah dengar pulak budak-budak kat sekolah nampak. Yg nampak cuma cikgu aje...

Anak aku tanya Jaga India sekolah tu, dia pun tak pernah nampak hantu atau jin kat sekolah tu. Macam mana tu..... jaga yg kerja round sekolah malam-malam pun tak pernah nampak.

Aku ingatlaaa, cikgu yg nampak tu mungkin terlebih tengok cerita Kaliwon kat TV kot. Tu yg otak dah set, normal kalau kadang-kadang nampak bayangan hitam, tak ada kena mengena dgn jin, itu cuma ada satu angle tertentu mata kita akan lihat macam ada bayangan hitam melintas. selalu mesti kat sudut perlihatan kat sebelah bahu kanan atau kiri. Kalau kita nampak macam imbasan hitam itu dari kiri atau kanan kita dan menghala kebelakang. tu mainan mata kita.

Aku tanya isteri aku, dia cikgu kat sekolah tu. Confirm memang ada perawat datang tabur garam dan lada hitam setiap kelas. Lepas tabur tu ada le lebih garam, maka cikgu berebut ambil (mesti nak tabur kat rumah depa le), depa tengok isteri aku tak ambil garam tu. Siap tanya Cikgu tak ambil ke? Isteri aku jawap tak nak le.

Aku cakap dgn bini aku, "ni sure depa ingat ibu tak percaya benda-benda macam ni"

Aku dok fikir le, kalau satu rumah dekat 5 kilo garam kasar digunakan, kalau kat Sekolah tu berapa kilo diperlukan???

di akhir perbualan, anak aku tanya lagi, betul ke ada jin kat sekolah dia. Aku kata memang ada, depa dok berkampung kat padang sekolah. Cikgu Silat angah pun tahu, tetapi dia orang tak kacau orang pun.

TETAPI paling best sekali anak aku dok heran, kenapa dia, murid-murid dan jaga tak pernah nampak pun lembaga hitam tu.......




Comments
Trackbacks
Post a comment