A.d.s

My Life:: Status HALAL kedai yg kita pi makan
Posted at 06.Jul,2009 14:40  Comments 10 / Trackbacks 0
Ini aku dpt email.
Hari tu aku dpt email dari malaun mana entah kata,
the chicken rice shop tak pernah dpt status HALAL,
rupanya chicken rice shop dpt status HALAL.
Tanggung dosa le mamat tu. Pergi
website di bawah.
http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=8731&a=U

Moral of the story, check sendiri, atau mengadu kat
JAKIM dan tunggu respond mereka. Jgn suka-suka forward email yg tak tahu kesahihannya.


--------------------------------------------------

ini contoh himpunan jawapan JAKIM.


http://e-halal.hdcglobal.com/

Logo Halal selain dikeluarkan oleh Jakim/HDC atau Halal negeri sahaja diiktiraf dan sah, yang lain tidak diiktiraf sah akan kehalalannya.. ianya samada dibuat untuk keuntungan,menipu dsbnya.

Takrifan Halal: http://e-halal.hdcglobal.com/corporate.php?ID=109&parent_id=91

Pork Free = Tak Halal
Majoriti pemilik premis makanan, bukan Islam. Syarat Restoran/Premis Makan Halal buka kerna pekerja Islam bekerja di restoran/ food court itu, pekerja bertudung(ada yg masa berkerja sahaja bertudung). elok sebelum kita membeli tanya, siapa pemiliknya, ada sijil halal ke tak?
(Dave's Deli, Dome, Johnny's Restaurant, Uncle Lim's dan banyak lagi tidak pernah memohon untuk disemak barang makan/minum, sembelihan ayam/daging, bahan mereka halal.. mengapa kita masih menyokong mereka yang tidak prihatin terhadap kita?)


Senarai terkini syarikat yang telah mendapat pengesahan sijil halal daripada HDC.
http://e-halal.hdcglobal.com/maklumat_persijilan.php

Manhattan Fish Market (pemilik bukan Islam)
http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=9452&a=U

Aduan :
Assalamualaikum, adakah premis restoran The Manhattan Fish Market. Contohnya di Alamanda Putrajaya, Ikano Power centre, Sogo dan Centre Point mendapat Logo Halal from HDC atau JAKIM.
Tarikh Aduan : 14/04/2009 - 01:28:47

Jawapan :
Waalaikumsalam, Restoran tersebut tiada didalam rekod JAKIM/HDC. Sekian. Terima Kasih
(Bagaimana dgn London Fish Tale yg juga dimiliki oleh tuanpunya Manhattan?hmm...)
-------------------------------------------------------------------------------------

Halal Islamic Council South East Asia (kalau tak sah, mengapa Jakim tidak mengambil tindakan, membiarkan sahaja Islamic Council dan lain-lain bermaharajalela sesuka hati menjual sijil Halal?)

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=9333&a=U

Aduan : Asalamu'alaykum,

Saya ingin bertanya samada logo halal tu hanya di keluarkan oleh pihak HDC sahaja atau sebaliknya. Ini adalah kerana kebanyakkan premis restoran di sekitar Kelana Jaya, Petaling Jaya mempamirkan logo halal "South east asia Islamic Council" yang beralamat di Taman Tun Dr Ismail, KL.
Ini mendatangkan banyak kemusykilan tentang kesahihan sijil halal yang dipamerkan.
Wasalam.
Tarikh Aduan : 23/03/2009 - 06:18:30

Jawapan :
Waalaikumsalam.. Terima Kasih kerana bertanya. Logo halal yang diiktiraf oleh pihak kerajaan hanyalah yang dikeluarkan oleh HDC & Jab Agama Islam negeri.Selain daripada itu tidak diiktiraf oleh kerajaan sama sekali.

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=5865&a=U

Aduan : Adakah sah halal - kedai2/produk2 yang mempunya logo halal south east asia.
Tarikh Aduan : 20/07/2007 - 13:12:21

Jawapan : Salam, Badan Islam tersebut tidak diiktiraf JAKIM. Terima kasih.


http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=6066&a=U

Aduan : Tuan,

Saya ada sedikit kemusykilan yang ingin diajukan kepada pihak tuan. Minggu lepas saya ke sebuah shopping kompleks (The Summit, Subang Jaya). Saya lihat ada beberapa kedai makan yang mempamerkan Logo HALAL daripada South East Asia Council...kedai makan seperti Mr. Teppanyaki, Station Kopitiam dan beberapa kedai lagi. Soalan saya, adakah Logo Halal dari SEA ini diiktirafkan di Malaysia?

Seperkara lagi, saya melihat ada 2 kedai makan yang mempamerkan Logo Halal tetapi tiada pengesahan kod & juga tanda JAKIM. Yang tertera di antara logo tersebut adalah Makanan Halal! Tanda tersebut begitu mengelirukan umat Islam.

Saya berharap pihak Jakim dapat membuat pemantauan ke atas kedai2 makan yang meletakkan tanda halal sewenang2nya untuk keuntungan pihak2 yang tertentu.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar
Hanis Abdul Halim

Tarikh Aduan : 27/08/2007 - 16:45:07

Jawapan :
Assalamualaikum... Berkenaan dengan pertanyaan saudari itu tentang premis yang menggunakan logo halal dari SEA itu, adalah perlu difahami oleh semua pengguna di Malaysia ini bahawa hanya JAKIM dan JAIN yang boleh mengeluarkan pengesahan halal ke atas premis-premis atau kilang yang berada di Malaysia. Logo halal selain dari JAKIM dan JAIN memang tidak diterima pakai dalam pengesahan halal. Bagaimanapun permohonan pengesahan halal adalah sesuatu yang sukarela dan bukan diwajibkan ke atas premis. Mereka berhak untuk menggunakan perbahasaan halal seperti 'di tanggung halal', 'no pork serve', 'tulisan halal jawi dalam bulatan' dan sebagainya di premis mereka selagi mana produk mereka tidak mengandungi bahan-bahan yang diharamkan oleh syarak. Dari segi perundangan, memang tidak menjadi kesalahan untuk mereka mengguna pakai perbahasaan halal itu, tetapi jika mereka menggunakan bahan-bahan yang haram sedangkan dalam masa yang sama mereka mempamerkan perbahasaan halal, tindakan boleh di ambil ke atas premis tersebut. Sebagai pengguna islam, kita mempunyai pilihan dan pilihlah produk, premis dan sebagainya yang diyakini suci. Dan langkah yang paling bijak ialah dengan memilih produk atau premis yang ada logo halal Malaysia(JAKIM). Sekian, harap maklum.

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=3459&a=U

Aduan : Salaam,

1. senarai aduan yang disediakan dlm website jakim tiada jawapan dr pihak jakim sendiri. patutkah kami percaya?

2. apa beza status halal yang di keluarkan jakim dan logo halal yang di keluarkan oleh 'islamic comitte of south east asia' yang berpusat di ttdi, kl di bawah bahtera lagenda?

sekian
Tarikh Aduan : 16/07/2006 - 15:18:10

Jawapan :
Saudara, 1. Kami akan menjawab semua soalan yang dikemukakan, namun tidak semestinya setiap jawapan akan disiarkan di laman web. 2. Pengesahan halal daripada badan pensijilan tersebut adalah tidak diiktiraf di Malaysia, kerana di negara ini pensijilan halal hanya dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN sahaja. s.a


Old Town White Coffee (pemilik bukan Islam,ayam/dagin & bahan dipersoalkan)

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=8741&a=U

Aduan : Saya ingin bertanya tentang sijil halal bagi WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam. Adakah premis ini mendapat sijil pengesahan halal bagi semua produck dan bagi semua outlet?
Tarikh Aduan : 12/12/2008 - 17:32:23

Jawapan :
Assalamualaikum.. Old Town White Coffee memiliki sijil halal daripada Jab Agama Islam Perak hanya untuk produk coffee 3 in 1 dan pelbgai variasi coffee & tea segera. Sementara bagi premis makanan / restoran, TIADA rekod syarikat ini memiliki sijil halal daripada HDC, Jab Agama Islam negeri atau Badan Islam yang diiktiraf.


http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=7433&a=U

Aduan : Diminta pihak Jakim dapat mengesahkan status kehalalan produk Old Town White Coffee 3 in 1 Classic (no. kod bar # 9555076303001) dan Old Town White Milk Tea 3 in 1 (no. kod bar # 9555076303018) yang dikilangkan oleh White Cafe Sdn. Bhd. dan beralamat di No. 1, Persiaran Tasek Timur 6, Taman Medan Bercham, 31400, Ipoh, Perak. Saya inginkan kepastian. Sekian dan terima kasih.
Tarikh Aduan : 27/04/2008 - 13:44:51

Jawapan : Salam, Syarikat tersebut bukanlah pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah. Oleh itu, syarikat tersebut tidak boleh menggunakan logo halal JAKIM. Namun tidak dapat dipastikan sekiranya syarikat tersebut ada mendaftar halal dengan Jabatan Agama Negeri dan menggunakan logo halal Jabatan Agama Negeri. Terima kasih


http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=7427&a=U

Aduan : Assalam... ini kali ke2 saya membuat aduan berkenaa product Old Town white coffee yg di kilangkan oleh White Cafe Sdn Bhd. Saya telah menyemak di Halal Jakim untuk produk ini tp tidak terdapat pengesahan halal sedangkan di bungkusan minuman tersebut ada terdapat logo halal.
sila pihak jakim sahkan. sekian wassalam.
Tarikh Aduan : 25/04/2008 - 17:37:11

Jawapan : Salam, Syarikat tersebut merupakan pemegang sijil pengesahan halal Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Harap maklum


Chicken Rice Shop (pemilik bukan Islam)

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=8731&a=U

Aduan : Assalammualaikum...saya ingin tanya kepada pihak jakim...kedai CHICKEN RICE SHOP adakah halal untuk umat islam makan makanan di kedai itu?
Tarikh Aduan : 12/12/2008 - 01:28:11

Jawapan : Assalamualaikum.. The Chicken Rice Shop (TCRS) mendapat pengesahan halal Malaysia.Kesemua outlet dan dapur utama telah mendapat pengesahan halal. Syarikat ini dedikasi di dalam mematuhi prosedur pensijilan halal Malaysia. Sekian, terima kasih


JC Donut & Big Apple Donut (pemilik bukan Islam, bahan dipersoalkan)

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=9519&a=U

Aduan : adakah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co?
Tarikh Aduan : 27/04/2009 - 00:53:42

Jawapan : Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih


http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=7025&a=U

Aduan : Assalamualaikum. Saya ingin bertanya status HALAL pruduk J.CO Donuts yang terdapat di PAVILLION K.Lumpur

Tiada logo HALAL atau status NON-HALAL. Ramai orang Islam pergi beli.
Tarikh Aduan : 19/02/2008 - 14:22:00

Jawapan : Wassalam, JAKIM tidak dapat memastikan statusnya kerana premis tersebut bukan pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah dan tiada rekod di dalam sistem JAKIM. Pengguna digalakkan menggunakan produk yang mempunyai pengesahan halal JAKIM kerana JAKIM sentiasa memantau dan memeriksa syarikat pengeluar tersebut dari masa ke semasa. Terima kasih.


Lot100 gummy, Cocopie, London Choco Roll

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=7432&a=U

Aduan : Harap dapat periksa kembali sijil halal yang dikeluarkan kepada syarikat cocoaland yang mengeluarkan lot100 gummy yang dijual berleluasa dengan harga yang murah. kandungannya meragukan kerana mengandungi GELATIN yang ditulis HALAL. harap dapat perhatian.
Tarikh Aduan : 27/04/2008 - 11:48:48

Jawapan : Salam, Hasil pemeriksaan kami, kami dapati gelatine yang digunakan adalah dari Halagel yang mendapat pengesahan halal dari JAKIM. Namun jika terdapat aduan lengkap yang menyatakan syarikat tersebut ada menggunakan sumber gelatine selain yang diisytiharkan, pihak JAKIM akan mengambil tindakan.Terima kasih.

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=7380&a=U

Aduan : Asalamualaikum,
Saya telah terbeli Coklat MUM's BAKE - COCOPIE

Kandungannya tercatit Gelatine Bovine Source. Maknanya punca dari lembu. Macamana JAKIM boleh berikan sijil halal? Tertera di pembalut dan kotak loga halal Malaysia

Barcode: 9 556296 300993
Dibuat oleh:
CCOCOALAND INDUSTRY SDN BHD (203954-X), LOT 5, RAWANG, SELANGOR,MALAYSIA, 480000,RAWANG SELANGOR MALAYSIA
TEL 0360913131 FAX 03 60915131

Harap dapat siasat dan ambil tindakan segera. Terima kasih.
Tarikh Aduan : 19/04/2008 - 15:51:34

Jawapan : Salam, Gelatine yang digunakan oleh syarikat tersebut adalah halal kerana ia diperolehi dari Halagel yang sememangnya disahkan halal. Sumber gelatine tidak semestinya haram kerana dari sumber bovine yang telah disahkan sembelihannya mengikut syarak adalah halal dimakan.Syarikat tersebut juga menjalani pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan syarikat tersebut mematuhi prosedur pensijilan halal.Terima kasih.

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=8822&a=U

Aduan : Snek kanak-kanak kek cokelat London Choco Roll di bawah syarikat LONBISCO pembungkus berwarna ungu mengandungi Emulsifier kod E471 yg saya difahamkan mengandungi lemak babi.

Namun, produk ini mengandungi logo halal & sedang rancak diiklankan di televisyen.

Mohon pihak anda untuk menyiasat tentang perkara ini & sekiranya tidak halal untuk dimakan oleh umat Islam, tolong wartakan segera agar kandungan haram tersebut tidak menjadi darah daging Muslim.

Sekiranya pemahaman saya tentang E471 tersebut salah, usah diperbesarkan hal ini & maklumkan saya melalui emel di atas.

Sekian, terima kasih di atas kerjasama anda.
Tarikh Aduan : 19/12/2008 - 15:55:47

Jawapan : Assalamualaikum LONDON BISCUITS BERHAD adalah pemegang sijil halal HDC, tempoh sah sijil sehinggga 15/07/2009 E471 tidak semestinya mengandungi lemak khinzir. Ia adalah kod pengemulsi bagi Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate (Mono- and diglycerides of fatty acids) . Bahan ini boleh dihasilkan daripada tumbuhan (sawit) dan haiwan. Jika produk tersebut telah mendapat pengesahan halal, sudah pasti E471 tersebut dihasilkan daripada sumber yang halal. Terima kasih.


Produk Ayam AA

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=8998&a=U

Aduan : Saya ada mendapat email menyatakan produk Ayam AA ditarik balik status halal. Adakah dakwaan itu benar dan saya minta kekeliruan ini dihebahkan kerana satakat ini saya tidak dapat mencari laporan yang official mengenainya. Saya cuba cari di direktori tetapi tiada yang berkaitan produk Ayam AA.
Tarikh Aduan : 14/01/2009 - 00:43:53

Jawapan : Produk Ayam AA telah ditarik sijil halal oleh Jab Agama Islam Negeri Perak. Pihak Jakim/HDC tidak mengeluarkan sijil halal untuk syarikat tersebut.Jab Agama Islam yang mengeluarkan sijil halal untuk syarikat Ayam AA. Terima kasih


Keju Chesdale

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=7090&a=U

Aduan : Assalamu'alaykum...........boleh saya pastikan chesdale da keluaran new zealand yang menggunakan bahan rennet adalah halal atau tidak kerana sudah tersebar mengatakan bahan ini yang digunakan untuk membekukan cheese adalah menggunakan bahan dari bahagian khinzir............
Tarikh Aduan : 03/03/2008 - 14:54:47

Jawapan : Wassalam, Jenama keju yang tuan nyatakan telah mendapat pengesahan halal dari Badan Islam luar negara yang diiktiraf JAKIM. Malaysia tiada pengeluar keju.JAKIM hanya memberi pengesahan halal terhadap produk tempatan bagi melancarkan proses pemeriksaan dan pemantauan. Namun bagi produk luar negara, terdapat beberapa Badan Islam luar negara yang diiktiraf. Untuk mengetahui senarai Badan Islam tersebut, sila lawati laman web halal JAKIM. Terima kasih.

Sushi King
http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=6616&a=U

Aduan : saya adalah pelanggan tetap di restoren jepun Sushi King sdn bhd. saya kerap bertandang ke tempat tersebut hampir setiap hujung minggu. baru-baru ini saya mendapat kejutan dari pekerja premis tersebut yang beragama islam memaklumkan kepada saya yang terdapat makanan di premis tersebut adalah tidak halal kerana mengandungi sejenis arak iaitu mirin. selain itu, status bahan mentah seperti ayam dan daging juga diragui kehalalannya kerana paket membungkus dari pengilang tidak tertera logo halal dari jakim. dan juga produk beasaskan ikan , ikan sebelah dan belut juga idkhuatiri tidak halal kerana produk tersebut ialah produk siap dari kilang. mendengarkan berita ini saya merasa sungguh terkejut, dan bila diperhatikan tiada sebarang logo halal ditampal di tempat tersebut. terdetik dalam hati saya bagaimanakah sekiranya makanan ini tidak halal. bagaimana dengan beribu orang islam yang menjadi pelanggan seperti saya ini. kebetulan pada masa itu terdapat satu keluarga yang berpakaian berserban berjubah dan berpurdah turut menjadi pelanggan. saya mohon agar perkara ini dapat disiasat oleh pihak tuan bagi membebaskan umat islam dari perkara haram ini.
Tarikh Aduan : 01/11/2007 - 11:17:51

Jawapan : Untuk pengetahuan tuan, syarikat tersebut tidak/belum mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM sehingga Januari 2008. Tuan boleh lawati laman web JAKIM www.halal.gov.my untuk mendapatkan status pengeluar makanan halal di Malaysia serta badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM. Syarikat atau premis yang mempunyai sijil pengesahan halal JAKIM dimestikan mempamerkan sijil asal dan logo halal JAKIM di premis mereka bagi memudahkan pengguna dan pihak lain. Terima kasih di atas aduan pihak tuan. Harap maklum.


Comments

assalamualaikum .tuan, adakah cheese philadilpia dan cheese produk new zealand halal?

fazriz  at 09.Jul,2009 20:57
Halal or Haram

kena tanya Jakim tu....
memang ada tanda halal dari badan agama negara tersebut cuma nak pasti lagi, kena tanya Jakim,

tetapi kalau aku scan, HALAL le.... sebab aku selalu bersangka baik....

rozaimy  at 10.Jul,2009 15:56
Cheese halal

Askm, maaf Tuan, nak betulkan kenyataan Jakim yang Malaysia takde pengeluar keju tu jer. Malaysia sebenarnya dah ada pengeluar keju Islam/Bumiputra brand Tja Cheese keluaran syarikat Dqisra. Saya makan masa pergi melawat gerai Muktamar Pas 2009 kat Stadium ShaAlam. Staf diaorang bagitau lambat promosi sbb sementara tunggu kelulusan Jakim. Tapi bila makan tu memang rasa sedap dan tak rasa was-was.

Pendy  at 01.Sep,2009 10:24
Product Kellogg's halal atau x?

Askm, sy nak tanya,product kellogg's hallal atau tidak..
sy musykil dgn tnda halal yang ada di kotak produk kellogg's. 118.101.77.217

muhammad izzat  at 18.Oct,2010 21:32

salam nak tanya adakah restauran shogun di sunway pyramid mempunyai sijil halal?
harap dapat informasi dgn seberapa segera. 113.210.47.202

Azdhar Mizan  at 16.Mar,2011 20:34
Shogun?

Kalau tak ada tanda halal dari Jakim kat kedai jenis macam ni, elakkan makan. Mesti ada sebab tak ada tanda halal walaupun depa tak hidang babi.

Aku pernah dengar ceramah pegawai jakim yg terlibat dlm kerja penyiasatan halal ni. Depa check sampai ke sumber makanan tu. Contoh kalau barang/bahan mai dari Austraria, depa akan pi sampai ke situ.

http://en-gb.facebook.com/topic.php?uid=304754795394&topic=33120&start=0&hash=cbf58d450cb5917df36baddf2cc65c14
60.54.11.113

rozaimy  at 18.Mar,2011 07:24
johnny's restaurants

As salam. saya ingin kepasatian berkenaan status johnny's restaurants. Adakah restoran tu halal? 175.141.179.54

ana  at 18.Oct,2011 13:13
Restarant Dave's Deli Subang Parade

Adakah restaurant ini halal?Sy ragu ragu dengan logo Halal yang di pamerkan? 110.159.185.181

Abdul aziz mohd awal  at 04.Feb,2012 16:15
Kedai minum share tea

Nk tahu status halal kedai jual air tea dari taipei.. 175.137.78.102

conan  at 01.Jul,2012 15:01
adakah caslo junior halal

Saya ingin tahu restoran carlo junior halal ke tidak 113.210.133.122

zakiah zainudin  at 06.Jan,2014 01:57
Trackbacks
Post a comment