A.d.s

My Life:: Makan di Rebung Bangsar
Posted at 29.Jul,2009 13:10  Comments 0 / Trackbacks 0
Minggu lepas 16/9/09, aku berpeluang makan kat Rebung.

2 hari sebelum tarikh tersebut saya dpt jemputan makan kat sana. Jenuh fikir kat mana letaknya Restoran Rebung. Macam pernah nampak tetapi TERlupa kat mana kedainya.

Pada hari yg dijanjikan, baru le bertanya kat kawan. Rupanya kat Bangar Utama aje. Mula-mula depa nak pi naik 2 kereta, aku cakap kita jalan kaki aje le pasal susah nak parking area tu.

Mak aiiii, panasnya.. tu la pasal tak biasa berjalan masa tengahari. Nasib baik aku bawa jacket, so aku guna jacket sebagai payung. Kalau tidak sure berpeluh gila.

Bila sampai kat rebung, laaa kedai ni, aku selalu lalu depan kedai ni sebagai laluan alternatif sekiranya jalan maarof jem. Rupanya kat area situ ada parking seberang jalan, cuma RM 3 sehari aje. Cetttt....

Masakan ala-ala kampung, ada ikan bakar lagi pulak tu.
ABC pun ada. Makan selagi larat, Buffet lunch cuma RM35 aje, yg bermula dari jam 12 hingga 3 ptg.

Mula-mula aku balun ikan bakar dulu, pasal ramai dok beratur ambil nasi. Lepas habis ikan bakar aku balun nasi pulak, lauknya banyak, tetapi nama-nama lauk aku tak reti nak sebut, aku tahu makan aje. Lepas tu pekena laksa. Goreng pisang dan cucuk tepung pun ada. Lepas tu pekena ABC.....

Tengah dok pekena ABC, tiba-tiba keluar seseorg dari dapur, siap cakap tak nak tengok dapur ke? Macam ku kenal, mmmmmmmm... Laaaa Chef Ismail rupanya. Alah Chef Ismail yg selalu keluar TV tu, peramahnya sama macam kat TV. Rupanya kedai Rebung ni dia punya.

Macam-macam dia celoteh, siap suruh kita org buat satu kumpulan dan daftar utk belajar memasak dari dia, TETAPI hanya boleh start tahun depan sebab tahun ni aktiviti dia dah penuh.

Aku dtg jam 1 dan habis jam 2 ptg. Kira OK le, sehari sebelum tu aku makan kat Hotel Mediterian (entah betul ke ejaan aku tu) kat Bukit Bintang. Makan dari 12.30 sampai 2 petang. Itu pun banyak lagi kaunter/buffer aku tak rasa lagi..... he he he.. patutle gula dlm darah aku ni naik memanjang. Kalau dilayan semua jemputan makan, tiap-tiap minggu pasti ada jemputan makan kat Hotel. Masa makan memang sedap, lepas tu sakit tanggung sendiri le.

Alamat Restoran Rebung
4-2 Lorong Maarof,
Bangsar Park,
59000 Kuala Lumpur
Tel: 03-2283 2119 atau 03-2282 4476
www.rebung.com.my

Bufferts
Lunch RM 35 nett (12 to 3pm)
Hi Tea RM 25 nett (3 - 6 pm)
Dinner RM 43 nett (6 - 11 pm)


Comments
Trackbacks
Post a comment