A.d.s

CVT:: Wafaq & Ruqyah HARAM?
Posted at 09.Aug,2009 18:36  Comments 17 / Trackbacks 0
Hari tak ada kerja, aku surf le Internet, terjumpa le satu laman web darul ilaj (kat johor pusatnya). Ditubuhkan oleh Ustaz Prof. Dr. Jumadi Mustar. Hang pa boleh baca sendiri le. Macam-macam rawatan beliau buat, termasuk sakit berkaitan jin. So depa guna Ruqyah le, sudah jadi standard kebangsaan utk halau jin. Kalau tak guna Ruqyah perawat tu dipanggil Tok Bomoh.

Ada satu kisah sebelum perang badar, ada seorang lelaki dari kaum Al Khazraj mengatakan WAFAQ dan RUQYAH adalah HARAM....

Alamak..... hadis diriwayatkan oleh muslim... hadis sohih ni........

nanti sat, lain kali bila baca hadis kena sampai habis... he he he


Abdullah Hannafi bin Abdul Yazid Al Harqani dari Hudzaifah Al Adawy dari Yahya bin Malik menceritakan, bahawa ada seorang lelaki dari kaum Al Khazraj sebelum perang Badar, mengatakan kepada kawannya dan didengar oleh Rasullullah SAW...Lelaki itu mengatakan: ;' AZHIIMAH (AWFAQ ATAU WAFAQ) DAN RUQYAH ITU ADALAH HARAM HUKUMNYA
Nabi SAW bersabda kepadanya....'APAKAH ENGKAU TELAH MENERIMA WAHYU ALLAH SEBELUM AKU, MENGENAI HAL ITU?"...dan lelaki itu pun berlalu pergi dengan perassan malu atas ucapan sindiran Rasullullah SAW...dan dari semenjak itu, dirinya tidak penah terlihat lagi sampai perang badar selesai...(HR MUSLIM).

Selanjutnya baca dari forum harmoni (aku copy and paste) http://www.harmonisers.net/forum/forum_posts.asp?TID=11213&PN=2


Ibnu Abbas ra menceritakan kepada Abdu Manaf Al Makhzummy bin Abi Al Arqam, bahawa ketika Rasulullah SAW melihat seorang lelaki dari kaum anshar tengah mengikat sesuatu pada kepala orang yang terkena penyakit gila.. lalu beliau bersabda...."Apa yang kamu ikatkan dikepala orang itu....
Jawab lelaki itu " Ya Rasulullah, ku ikatkan dia dengan azhiimah (awfaq atau wafaq)..
Rasullullah SAW..." Tidak mengapa, jika mendatangkan manfaat para orang itu" (HR Ibnu Abbas)

Abdullah bin Makrumah bin Abdul Uza meriwayatkan kepada Abu Haqqah bin Makhsy dari Abu Mukhsyim Al Wahat, bahawa Rasullullah SAW sedang berada diatas unta bersama Ali Ra , lalu berjalan seorang lelaki dari kaum al muhajirin, lalu beliau bersabda kepada lelaki itu..."Apa yang ada pada lehermu itu..?"
Jawab lelaki itu..."Azhiimah (awfaq atau wafaq) yang saya buat sendiri ya rasullullah...!
...setelah orang itu berlalu, Ali bertanya.."Yaa Rasullullah, tidakkan engkau melarangnya...? Sabda Rasul SAW....'TIDAK MENGAPA...KERANA AZHIIMAH (AWFAQ ATAU WAFAQ) ITU BERISIKAN KALAMULLAH..."



Comments
kaji dulu sebelum sebarkan

dan saya ingin sangat2 tahu saudara belajar ilmu alquran, hadiht n tentang ruqyah dgn guru mana?

rozaimy  at 14.Jul,2010 20:06
ada silap ke?

kalau ada kesilapan sila beritahu..

pasal tajuk tu jangan lupa ada tanda ?

dlm tajuk tu ada aku tulis ambil dari forum.

rozaimy  at 14.Jul,2010 22:38

memang ada silap, silap yg mampu mengaibkan tuan, satu2 nya kumpulan yang mengatakan ruqyah syarie haram adalah "wahabi" yg dah dimaklumkan oleh jabatan agama islam mereka adalah sesat, dan yg mere-reka bhawa ruqyah itu haram, tuan boleh kaji sendiri, atau bertanya terus pda jabatan agama islam malaysia, sila rujuk, dalam bidang agama kita xboleh nak copy paste. bhaya!.. sya xmahu dgn adanya nukilan tuan seperti ini akan mejerumuskan tuan ke neraka, jika ia mengubah aqidah org lain tentang sesuatu yg rasulullah lakukan dan ia mengatakan itu haram maka kita bimbang tuan org yg menjadi punca penyebaran. untuk makluman, ruqyah ada dua pertama "ruqyah syariie" satu lgi "ruqyah berupa jampi mentera".. dan bila saya perhatikan nukilan tuan, tuan mengatakan ustaz prof jumadi mustar mengamalkan amalan perubatan haram.. sya xmahu dgn nukilan tuan ini tuan mendapat dosa menyebarkan fitnah, antara dosa besar yg berat.. untuk pengetahuan, kaedah ustaz prof dr.jumadi adalah sama seperti darusyifa' yg diasaskan oleh ustaz haron din, sama dengan rawatan dari ustaz suhaimi dari darullruqyah, dan sama seperti darul ilaj.

rozaimy  at 15.Jul,2010 08:24

tapi wafaq itu memang haram, sb ia bercampur aduk dgn kalimah allah dan juga tulisan mentera kuno yg sukar difahami, syiriknya wafaq ini kerana menggabungkan dua unsur kuasa iaitu kuasa allah dan makhluk.. sedangkan kita wajib percaya tiada kuasa lain yg boleh melawan kekuasaan allah, kemudian wafaq juga sama seperti mempermainkan ayat alquran, kenapa? kerana didalam wafaq ada tertulis ayat suci alquran dan juga kalimah allah dan rasul, lalu si pemakai melatakkan wafak biasanya dlm beg duit di punggungnya.. betapa hina perlakuan itu, kita memang tahu alquran huwa syifa' bermaksud alquran itu penyembuh itu kata allah, bukan kata dari saya, alquran adalah kalamullah yg agung, jadi apabila ia adalah kalam yg mulia kenapa digantung2, disimpan2? lebih baik dibaca dari di gantung.. betul x? fikir2 kan.. dalam bidang ini sya belum jumpa lgi hadiht yg tuan katakan sohih itu mengatakan nabi mengizinkan azimat , kerana wafaq juga adalah azimat, sdangkan kita beragama islam, allah itu maha pelindung, di awal bacaan alquran pun kita mulakan dgn ta'awuz "a'uzubillahimanasyaitonirrojim" kita minta allah melindungi bukan minta azmiat lindungi kita..

rozaimy  at 15.Jul,2010 08:44

nasihat saya jika tuan mahu mengeluarkan suatu permasalahan agama seeloknya biarlah rujuk terlebih dahulu, jangan di copy paste, biarkan yg menyatakan haram dgn fahaman mereka, kita sebagai saudara seagama tidak mahu saudara lain ikut tersesat" na'uzubillah" minta allah jauhkan... dan saya tidak mahu tuan menjadi media penyampai perkara yg salah walaupun tuan tidak barsalah kerana tidak bersama mereka, tapi bagi saya tuan bersalah kerana menyeberkan nukilan tuan tersebut, saya harap tuan dapatlah memadam laman tuduhan haram itu, kerana ruqyah itu tidaklah haram, tetapi jika tuan mahu menyatakan wafaq itu haram, saya disini benar2 menyokong.. apa yg saya sampaikan adalah apa yg saya belajar, bukan copy paste, dan apa yg saya katakan dalah dari kata2 ulama' cuma saya belum bahas sahaja, jadi segala yg baik datang nya dari allah, dan yg kurang itu adalah dari kelemahan saya sebagai hambanya, manusia itu istimewa walapun ia tidak sempurna.. dgn ini sya ingin memohon maaf jika kata2 saya membuatkan tuan berasa tidak puas hati dan tersinggung. saya memohon maaf..

rozaimy  at 15.Jul,2010 09:04
ape da..

sy rasa saudara rozaimy tiruan ni dah slh fhm. owner blog kan letak tanda `?' tu.. dia letak bukan dia mengharamkan. ada beza tu. utk perbincangan le tu.. apa daaa..

awk yg kate owner blog ni ke neraka, ha tu cmne?? kate blaja tinggi, tp jatuhkan hukum kate org ke neraka..hati2..nti berbalik pd kt plak tuduhan tu.

ustaz2 kt kat msia hanya nmpk corak perubatan dari rasulullah dari segi rukyah shj....dari segi lain x nmpk cthnye pakai petua je x perlu rukyah2 or jampi2...yg menyembuhkan sape skang ni? ayat ke allah? sedangkan cara perubatan adalah meluas selagi tidak melanggar syarak dan akidah kt. ada org2 yg hebat kat luar sane kibas pakai serban je jin dah kuar. bc bismilah je.. x rukyah sampai berjam-jam pon.. nk rukyah itu bagus le alhamdulillah, tp ramai tersilap bhw percaya ayat al-quran itu utk hancurkan jin dan binasakan mereka sedangkan ayat quran diturunkan sebagai rahmat sekelian makhluk. tiada 1 pon ayat yg memberi binasa melainkan kekuatan Allah jua dan pergantungan harapan kt pdNYA.

awk kate belajar tinggi dan berguru, patot jgn slh fhm maksud org, dan jgn cepat melatah.. serta jgn cepat menghukum, takot berbalik pd kt.

diamond  at 15.Jul,2010 10:05
Kena baca dgn hati terbuka

saudara baca dgn hati sudah menghukum.

saudara tak baca habis pun.. itu sebab saya bubuh tanda ?.

pendekkan cerita. Wafaq dan Ruqyah tak haram....

tak semua ulamak mengharamkan Wafaq.

cuba baca dgn hati terbuka.
aku tak kata pun Ustaz Prof. Dr. Jumadi Mustar tu sesat. Sebab kalau ruqyah tu sesat, maka aku pun sesat le...

Isu ni timbul pasal ada perawat dari Johor tulis dlm blog kat ruqyah ni sesat.

sila baca betul wahai saudara rozaimy yg menyamar..

lagi satu tak usah le guna nama saya....

dan aku tak kecil hati pun.

aku nak cakap sikit. hang jgn marah ye.

kalau first impression kita pada seseorg sama ada segi perwatakan dan tulisan mereka adalah negatif. maka something is wrong with kita punya hati.

rozaimy  at 15.Jul,2010 13:42
Penadol haram?

tu lihat tanda ?, so itu bukan menghukum, itu tanda persoalan.

Penadol by default tak haram, tetapi kalau kita yakin penadol yg menyembuhkan maka haram le.

macam kita ruqyah juga, ruqyah tak haram, tetapi kalau kita yakin dgn ruqyah jin boleh mati, salah konsep. sebab ayat Al-Quran langsung tak berkuasa untuk menghalau jin. Yg berkuasa hanya Allah shj. Kita baca Al-Quran hanya sebagai usaha.

macam kita makan, kita kenyang. bukan sebab kita makan kita kenyang tetapi dgn usaha makan, Allah menjadi hukum makan tu by default kita kenyang. Semuanya atas izin Allah pulak...

tetapi janganlah pulak bila berzina, ni Allah izinkan, sebab tu aku boleh berzina.. kalau Allah tak izinkan aku berzina, tak naik batang ni. memang ada ajaran macam ni.

rozaimy  at 15.Jul,2010 14:01
assalamualaikum....

=) saudara kata saudara tidak berkecil hati, tapi jelas ternyata tuan rasa perasaan tidak puas hati, betul x? begini saudara.. setiap manusia pasti akan melakukan dosa, kesalahan, kesilapan, kemungkaran dan berbagai lgi yg allah murkai, sya mengaku "sekarang" dengan ini saya salah, dan sya kini dah pun melihat tanda soal tersebut, tetapi semasa saya buat huraian tersebut, sya xde nampak pun tanda soal tersebut, demi allah sya xnampak, bukan xbaca habis tpi tnde tu tiada,, mungkin saudara baru isi atau mungkin saya yg silap n terlepas pandang.. hanya diri sendiri yang tahu...=) tapi jgn risau, soal jwb haram atau tidak telah pun terjawab, wlpun mungkin belum selesai tentang perbahasannya yg lebih mendalam.. betul? ape yg saya telah huraikan itu sebagai ilmu, yg saya sudi kongsikan... jka saudara mahu lagi, saudara boleh kaji sendiri dgn berguru ok.. ape2 pun saya minta maaf lah jika saya yg tesilap dan buat saudara terasa hati n tersingung dan jika saudara yg salah pun saya telah maafkan, bukankah amalan bermaafan itu yg telah diajarkan kita dari nabi muhammad.... skali lgi sya mohon maaf.

rozaimy  at 16.Jul,2010 19:13
? lama dah ada

? Tu dari dulu dah ada. Kalau tak ada pun tak ada isu pasal hadis yg saya paparkan pun kata ruqyah tak haram. Unless u terbaca lain dari lain.

Darul yg diasas oleh org fahaman wahabi pun guna ruqyah. Cuba check balik kajian anda. Depa cuma tak guna doa syifa sebab mereka kata doa syifa tu bidaah tetapi penggunaan ruqyah confirm depa kata ok.

Bab wafaq, bab tu tak perlu perbincangan. Sebab benda dlm grey area. Sebab tu ada perbezaan pendapat ulama. Pendpt peribadi saya yg bernama rozaimy yg sesebenar rozaimy, harus atau haram wafaq bergantung kpd iqtikad org yg guna sama mcm kes makan penadol.

Namun kat pro ds, wafaq tidak digunakan kerana mulut dgn mudah kata 'wafaq ni sebagai usaha shj' tetapi bila terlupa bawa wafaq kita dah panik. So confirm mulut cakap lain hati kata lain. So nak selamat tak payah pakai wafaq. Namun aku tak sesekali kata wafaq haram sebab bukan tugas aku menghukum.

Lagi satu, dlm memperjuangan kebenaran, saudara perlu berani bertanggungjawap dgn apa yg kita tulis. Sebab itu dlm blog ni, saya guna nama betul.

Perbuatan saudara guna nama saya dlm posting menunjukkan sikap tidak bertanggungjawap. Saya ada kawan mcm saudara, sering bertakbir dan mengatakan tentang jihad. Bila mai samseng batu caves semua pakat lari dlm kawasan pagar. Entah mana hilang jihadnya. Aku kata "hang pa al quran kat mulut aje, baru diuji sikit, habis semangat jihad". Alih alih aku keseorgan menghadapi mereka. Tak jadi apa apa pun. Samseng pun kejut tengok aku seorg berani lawan mereka.

So saudara dari golongan mana? Selagi saudara menggunakan nama saya dlm posting di blok ni, saudara sendiri tahu saudara dari golongan mana.

Kita tidak mahu menang sorak sebab org islam ramai, pandai berhujah namun apa yg disampaikan tidak selari dgn tindakan kita. Pendek kata islam yg tidak berkualiti

Rozaimy  at 17.Jul,2010 11:44

aduyai, kenape khalifah masih berkehendak pada benda2 sebegini? mati pun tinggal semua. mari la pakat2 tuntut akhirat plak. jangan la duk ikut ape orang ajar dan sebar. kalau la orang kencing kita, sampai mati la hancing kalau kita tak selidik. 115.134.26.176

mahmuda  at 22.Oct,2010 23:40

ilmu Allah tu luas.. jgn cepat menghukum sesuatu ilmu itu..=) 113.210.225.42

dayat  at 10.Oct,2011 18:36

Assalammualaikum saudara muslimin sekalian. Saya hanya meminta kita semua berfikir sejenak. Kita tidak takut apa-apa sekali pun kecuali Allah SWT. Sekiranya kita tidak takut kepada Allah SWT, maka Allah SWT akan membuat kita lagi takut terhadap ciptaannya yang kita khuatiri.
Maka sekiranya orang bertanya kepada saya apa itu syirik, saya hanya menjawab," Sekiranya apa yang kita mengusahakan berdasarkan berkat doa, wirid dan zikir kepada Allah SWT, itu adalah yang terbaik. Sekiranya kita menyimpan atau membuat sesuatu azimat yang berbentuk dari ayat al-quran walaupun dengan niat "nawaitu" sekali pun, ia boleh membawa kepada syirik. Kerana hati itu telah bertawakal pada azimat tersebut dan tidak pada nescaya kekuasaan Allah SWT yang mengizinkan kehendak doa atau niat kita". 121.7.87.36, 220.255.2.112

Muhamad Fadhli Bin Jaffar  at 04.Feb,2012 00:53

tuan.takut syirik belajar tauhid tuan 203.82.92.122, 141.0.8.37

amir  at 16.Mar,2012 12:29
amir?

saudara Amir, sila jelaskan. sebelum tu kena baca betul betul. ada seorang menyamar guna nama saya tu.

rozaimy tu berlakon aje baik. kalau dia seorg islam yg baik. tak kan post guna saya.

lepas tu menghukum tetapi aku pasti dia tak baca habis.

so harap saudara amir sila jelaskan apa maksud tuan "takut syirik belajar tauhid tuan" 60.53.136.24

rozaimy  at 17.Mar,2012 07:59
Assalamualaikum...

Maaf kalau boleh berkongsi :"yg menyembuhkan sape skang ni? ayat ke allah?" berhati hati lah saudara dari i'tiqad bahawa kalamullah itu makhluk. sebab ayat yang saudara maksudkan itu ialah ayat Allah yakni Kalamullah dan sepakat ulama sunnah wal jamaah bahawa kalamullah itu Qadim bukannya makhluk. 113.210.98.116

mohd azlan  at 17.Apr,2012 09:05
Ayat Al-Quran tak berkuasa

pegangan saya ayat AL-Quran tidak berkuasa.

harap faham. 175.145.76.98

rozaimy  at 17.Apr,2012 20:00
Trackbacks
Post a comment