A.d.s

CVT:: Ini yg aku malas nak merawat
Posted at 14.Oct,2009 11:02  Comments 6 / Trackbacks 0
Malam Tadi Tengah aku dok ronda-ronda dlm Tesco Selayang (terpaksa pi Tesco Selayang pasal Tesco kat Rawang tak siap lagi) dpt SMS dari kawan sebab ada satu awek sudah meracau.

Ni yg payah ni, aku kat tempat awam ni, tetapi org dah minta tolong so kena le tolong apa yg mampu. So aku buat le apa-apa yg patut, selalunya aku cuma baca surah izaja, kursi dan zikir Allah Allah aje. Isteri aku masa tu kat tingkat atas, aku dok tunggu giliran nak membayar. Tengah dok tolong tengok anak dan isteri dok masukkan barang dlm beg plastik, aku scan lagi. Ada lagi jin tu.... mmmmmm...

Lepas aku bayar RM559.19 guna bantuan 'bapa tiri', bini kata dada dia sakit. Haiya.. ini yg aku malas nak mengubat orang ni. Aku baca bismillah, niat jin tu jadi kecil macam semut, tarik dan buang. Tanya bini, ok ke? Dia kata OK.

Masa tengah memandu, bini aku cakap, tok moh nak serang aku tetapi tak boleh, so tu yg dia serang isteri aku. Alamak isteri aku tahu la pulak, aku saja tak nak beritahu. Ini yg payah isteri pun boleh scan. Aku tanya kat rumah ada limau tak, Isteri aku cakap tak ada , tak apa nanti singgah kat kedai aceh.

Sampai rumah, lepas habis tengok cerita kat TV pasal "Kuih Semprit Tak bergula", aku naik atas cari jarum, aiseyman cuma ada 5 jarum aje.

So aku kasi kat Tok Moh 3 jarum dan Pengupah 2 jarum.
Aku niat, kesakitan kena cucuk dgn jarum hanya akan hilang bila mereka bertaubat.

Lepas tu aku sambung balik ubat patient aku yg gila kat Sabah. Aku tak pernah rawat org gila lagi. Teorinya tahu le, praktikal tak pernah buat. Selalunya aku tolak kes macam ni pasal ada tali mai dari langit. Itu petunjuk patient tu memang jenis jahat sebelum dia jadi gila. Kiranya balasan Allah le tu. Nak cerita pasal merawat panjang la pulak.

Tak lama lepas tu, Isteri aku masuk bilik, aku pun beritahu le jarum tak cukup. Isteri aku cakap dah lama
aku tak balas, aku cakap so far aku cuma 2 kali aje balas sihir ni, itu pun pasal Tok Moh sihirkan budak kecil.
Kalau yg kena sihir tu org dewasa, aku cuma tolong buangkan sihir, lepas tu pandai-pandai le org yg kena
sihir tu tingkatkan amalan dan kalau nak balas, sendiri balas. Tak kuasa aku nak masuk campur kes sihir ni.

Aku ni jenis tak suka bergaduh, tetapi pasal Tok Moh kacau isteri aku, so no mercy maaa. Don't play play...



Comments

teruk juga ni jadi perawat....kalau nak jadi perawat mesti bujang lah...heh..he...

kalau yg beristeri 4 mcm mana le....pulak....

salahuddin  at 14.Oct,2009 15:30

Asalamualaikom...macamana kita nak dapat kebolehan scan macam cctv ni..macam tok belagak boleh nampak dengan jelas...

rosli  at 14.Oct,2009 15:52

salam,ako pun rasa p jumpa laa tok blagak nie..abag rozaimy leh bg info tak sebelum 25/10 /2009

auto30  at 16.Oct,2009 12:14
email tok belagak

darulsaka@gmail.com
atau layari
www.darulsaka.com

rozaimy  at 16.Oct,2009 15:06
rozaimy

yg gambar bawah tu ke rozaimy?

athstrom  at 28.Oct,2009 00:02
Gambar aku dan keluarga

aku belah kanan sekali

rozaimy  at 28.Oct,2009 15:31
Trackbacks
Post a comment