A.d.s

CVT:: Rawatan Membuang Saka DIY
Posted at 24.Nov,2009 11:51  Comments 18 / Trackbacks 0
Kebanyakkan dari kita ada saka tetapi berat nak hulur RM130 utk buang saka dari jauh so aku kasi 2 kaedah utk buang saka kaedah DIY (DO IT Yourself), org melayu kata 'buat sendiri'. Ada satu kaedah pemutus saka aku tak boleh nak paparkan pasal tak dpt izin dari guru.

Kaedah Akrine
(http://akrine.co.cc/forum/viewtopic.php?f=11&t=22)

Cara ni memang ekspres nak buang saka tapi tak semestinya 100% berkesan.

1) Buat decleration/ pengumuman berikut dengan suara yang jelas:

"Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa, kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan kamu jin-jin saka dan juga di antara kami dan khadam-khadam ilmu yang diwariskan kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu, maka kami layak membunuh kamu, dan jika begitu kamu akan mati. Pergilah kamu pulang ke alam kamu dan jika kamu tiada tempat untuk di tuju, pergilah ke penempatan Darul Islah. Di sana kedatangan kamu di alu-alukan. Pergilah kamu. Kami membuang kamu."

Kemudian buat isyarat mengambil sesuatu dari badan dan buang.

Kesan-kesan selepas membuat pengumuman ini ialah,

1) Jin saka akan keluar dan pergi ke Darul Islah. Atau
2) Mereka akan keluar dan pulang ke alam mereka atau tempat lain. Atau
3) Mereka akan keluar dan mencari waris yang lain untuk dihuni. Atau
4) Mereka masih lagi menghuni dan mengganggu pesakit.

Sekiranya keadaan 4 berlaku, dapatkan rawatan dari perawat Islam. Kebiasaannya rawatan akan jadi mudah selepas membuat pengumuman. InsyaAllah.

Kaedah Darul Saka http://darulsaka.blogspot.com/2009/10/saka-membuang-saka-diy-series.html

Membuang saka ni boleh sahaja dilakukan sendiri...yakni Do It Yourself.
Pesan Sifu DEN amalkan bacaan Doa Akasah r.a . Kaedahnya just baca dan pasang niat untuk membuang saka...Baca sekali sehari sudah memadai..Paling lama 6 bulan...saka will gone for good.

Doa Akasah r.a boleh juga untuk menghilangkan sihir yang sudah bertahun-tahun...Bacakan pada Air dan limau ( apa jenis pun takpa )...Mandi setiap hari 6 biji sekali mandi...Air di buat minum...Amalkan setiap hari bacaan tersebut..pada limau dan air..sehingga semua kesan2 sihir ..santau dsbnya berakhir...


Doa Akasah


Haruslah diingat...apabila kita mula membaca doa tersebut dengan pasrah..maka bertahanlah...pasti ada anggota2 tubuh kita yang kurang selesa/sakit dan sebagainya...maka teruskan sambil meminum air doa Akasah tersebut...teruskan sampai sirna semuanya..


Comments

Assalamalaikum

Saya sangat berminat bila membaca blog darulsaka dan pengalaman ilmu yang dicerita terus oleh Tok Belagak. Macamana saya boleh amalkan amalan-amalan mudah yang Tok Belagak turunkan sedangkan setahu saya ilmu-ilmu seumpama itu perlu diijazahkan. bagaimana saya nak dapatkan ijazah dan saya ni memang sedang mencari ilmu secara berijzaha seumpama ini. saya adalah anak jati Sarawak yang mengikut perkiraan saya amat susah mencari guru untuk mendapat ijazah dengan ilmu seumpama ini. pada pendapat tuan, boleh ke saya mendapat ilmu serta ijazah daripada tuan? bagaimana caranya?

Semoga Allah mudahkan urusan tuan. Terima kasih.

ahmad  at 28.Nov,2009 15:42
Pi blog darul saka

baca aje blog darul saka, lepas tu ambil le mana-mana amalan. memang ramai dari sabah dan sarawak belajar cara PJJ aje. jgn lupa email dia

rozaimy  at 01.Dec,2009 10:32
Salam

Mr. Rozaimey, tok belagak rupa dia nak macam hang ka? Hang nampak comey, dia pun sama kut? Apapun, blog hangpa menarik! Teruskan!

Drsam  at 14.Dec,2009 11:47
Salam

Mr. Rozaimey, tok belagak rupa dia nak macam hang ka? Hang nampak comey, dia pun sama kut? Apapun, blog hangpa menarik! Teruskan!

Drsam  at 14.Dec,2009 11:48
Comel

Hehehe.. sbnrnya Abg Rozaimy lagi comel :-p

Raja Melewar  at 15.Dec,2009 17:08
bacaan doa akasah

Blh ke kita baca doa akasah (yg maknanya shj- melayu) bukan bacaan arabnya?bg tujuan buang saka tu

annie  at 28.Dec,2009 09:57
cuba le

so far aku belum pernah dgn org baca terjemahan akasah.

apa salahnya mencuba.

sebelum baca, cuba baca surah al-mulk ayat 14 sebanyak 13x, niat Allah tunjukkan rupa saka tu. Lepas tu ditidur mengiring kekanan.

kalau dah confirm ada saka, cuba baca doa akasah terjemahan.

lepas tu ulang balik baca almulk, niat tengok kalau ada lagi saka....

repeat sampai rasa tak ada...

rozaimy  at 31.Dec,2009 15:52

assalamualaikum saya ada 6 org anak2
3 laki 3 perempuan
macamana nak berubat saka cara jauh untuk anak2 saya ni.? 115.135.105.244

mak ngah  at 29.Aug,2010 08:24
tolong

Salam..saya berumur 19 tahun dan saya baru sahaja mengetahui saya mempunyai saka jenis bertanduk yang mungkin diwarisi daripada datuk saya. Datuk saya meninggal setahun yang lalu. Sata mendapat tahu bahawa saka saya ini jenis yg kuat kerana dia bertanduk. tolong saya.. 210.48.147.2

Diyana  at 11.Oct,2010 15:09
dah nama pun jin

kalau dah nama jin, so ada le tanduk....

lepas solat isyak, hang cakap kuat sikit.. ikut skrip ni.

"kalau hang betul-betul hebat, zahirkan 1KG jongkong emas atau zahirkan RM1 juta yang sah diperlakukan di Malaysia, aku kasi tempoh 1 bulan, kalau tak mampu, dengan ini putus hubungan kita"

192.168.200.48

rozaimy  at 11.Oct,2010 16:12
tiada kesudahan

setahu saya saka tidak boleh dibuang tapi hanya dijarakan. Ramai yang saya jumpa kata dah dibuang tapi masih ada. Ada yang jumpa orang yang ternama dalam perubatan ini tapitak juga sembuh. Bagi saya tiada yang dapat membuangnya. Jika kita dah berubat dan membuangnya hanya satu yang dapat menghalangnya datang kembali adalah dengan amalan sendiri dan rajin minum air dari yassin atau air yang telah dibaca dengan ayat suci al-quran 121.120.77.160

jamal  at 03.May,2011 00:31
boleh buang atau pindah saka

memang ada orang boleh buang atau pindah atau masuk pusat pemulihan (penjara).

kalau kaedah saya, hanya doa pemutus saka aje.

Kaedah tok belagak, dia hantar ke pusat pemulihan.

So ada kaedah petua seperti suruh saka tu tunggu telur menetas. Ye la, dia kena ikut arahan tuannya.

So dalam dunia ni, macam-macam ilmu ada. Cuma kita dah berjumpa atau tidak aje orang yang pandai ni.

Lagi satu, kita tidak semestinya hanya mempunyai 1 saka.

Mendekatkan diri kita dengan Allah adalah cara terbaik. 192.168.200.101

rozaimy  at 03.May,2011 08:51

Cerita mengenai mendapat upah dalam penyembuhan dengan menggunakan Al-Qur'an, dari sebuah hadits:

"Suatu ketika para sahabat Nabi datang pada suatu perkampungan, dimana salah seorang penduduknya ada yang sedang sakit terkena gigitan ular berbisa. Maka salah seorang sahabat Nabi kemudian mengobatinya dengan membacakannya Al-Fatihah. Dan sebagai upahnya dia menerima 30 ekor kambing.

Sahabat yang mengobati bernama Abu Sa'id al-Kurdi. Ketika ia membawa kambing-kambing itu, para sahabat yang lainnya tidak menyukainya. "Engkau mengambil upah dari membaca kitab Allah," kata mereka. Ketika sampai di Madinah, mereka melaporkan kepada Rosulullah. Beliau bersabda, "Tidakkah engkau mengetahui bahwa Al-Fatihah itu obat? Bagikan dan berikan sebagian untukku".

Berdasarkan pada hadits tersebut diperbolehkan untuk menerima upah atas apa yang telah dilakukan, buktinya Rosulullah tidak melarang Abu Sa'id, bahkan meminta bagian. Tentu saja dalam batas kewajaran dan keikhlasan dari yang memberikan. 60.48.176.103

HJH MURSITI  at 18.May,2011 10:53
miss

sy baru sja thu yg sy ada bdrah kacukan suluk yg mn bangsa suluk ne ceritanya mmg ada saka dr keturunan....dlm bisnes sy maju tp xtau pergi mana larinya duit sy...sy sering di ganggu oleh makhluk seakan manusia tp saiznya xmcm manusia, cuma dia xda wajah, hitam sekujur bdn,tinggi, besar dan botak...adakah benar sy punya saka?perlukah sy percaya?
203.82.95.118

camey  at 01.Aug,2011 21:42

sepupu saya telah dimasuki dengan 42 jin dan anak nya 41 jin, pabila mereka berjalan bersama, ramai orang memandang mereka seperti makhluk halus, apa yang perlu dilakukan untuk membuang jin itu dari tubuh mereka menggunakan cara2 islam 124.13.93.198

kee hazryn  at 21.Nov,2011 12:36
Tolong~

Salam, saya mungkin ada saka, i have ability of :

Mengesan kehadiran gangguan makhluk halus dalam badan pesakit

Keturunan saya adalah keturunan bidan (perubatan) kadang-kadang dalam mimpi akan datang seorang tua yang akan memberikan ayat2 perubatan tradisional kepada saya.

permasalahanya... adakah saka ada 2 jenis, yang baik dan juga sebaliknya... adakah saka memng perlu dibuang??

saya pernah diubati dengan ruqyah.. tetapi tiada kesannya... jika saya baca ayat memutuskan perjanjian (seperti diatas) iakan meyebabkan diri saya mengigil2.. 175.138.129.55

lynn  at 01.Feb,2012 08:18
Harap Bantuan dan Pendapat

Saya telah menghadapi berbagai gangguan sejak 2007. Mcm2 jenis perubatan telah dicuba. Masalah ini telah berlanjutan sehingga kini. Dan kini masalah semakin besar. Harap dapat beri bantuan kerana ia melibatkan keluarga ibu bapa dan adik beradik saya dan harta benda rumah bnyk yg telah musnah. Klu diceritakan disini tau brp panjang yg nk ditulis. Harap dpt hbungi scpat mungkin. melalui email. 115.164.129.190

M Yus  at 30.Sep,2012 05:46
Ingin Bantuan

Tak tau cmna nak mula.tapi memang mengenai saka ataupun orang suruhan yang berdamping dengan suami saya...
Btul yang di katakan oleh pengunjung sebelum ni..kalu ndak tulis kt sini xtau brapa pages nak kena post...so hubungi saya melalui email or klu ada YM add sya melalui email add..assalamualaikum.. 60.48.31.219

Dari Sabah  at 19.Dec,2012 16:18
Trackbacks
Post a comment