Kaedah Akrine
(http://akrine.co.cc/forum/viewtopic.php?f=11&t=22)
Cara ni memang ekspres nak buang saka tapi tak semestinya 100% berkesan.
1) Buat decleration/ pengumuman berikut dengan suara yang jelas:
"Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa, kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan kamu jin-jin saka dan juga di antara kami dan khadam-khadam ilmu yang diwariskan kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu, maka kami layak membunuh kamu, dan jika begitu kamu akan mati. Pergilah kamu pulang ke alam kamu dan jika kamu tiada tempat untuk di tuju, pergilah ke penempatan Darul Islah. Di sana kedatangan kamu di alu-alukan. Pergilah kamu. Kami membuang kamu."
Kemudian buat isyarat mengambil sesuatu dari badan dan buang.
Kesan-kesan selepas membuat pengumuman ini ialah,
1) Jin saka akan keluar dan pergi ke Darul Islah. Atau
2) Mereka akan keluar dan pulang ke alam mereka atau tempat lain. Atau
3) Mereka akan keluar dan mencari waris yang lain untuk dihuni. Atau
4) Mereka masih lagi menghuni dan mengganggu pesakit.
Sekiranya keadaan 4 berlaku, dapatkan rawatan dari perawat Islam. Kebiasaannya rawatan akan jadi mudah selepas membuat pengumuman. InsyaAllah.
Kaedah Darul Saka http://darulsaka.blogspot.com/2009/10/saka-membuang-saka-diy-series.html
Membuang saka ni boleh sahaja dilakukan sendiri...yakni Do It Yourself.
Pesan Sifu DEN amalkan bacaan Doa Akasah r.a . Kaedahnya just baca dan pasang niat untuk membuang saka...Baca sekali sehari sudah memadai..Paling lama 6 bulan...saka will gone for good.
Doa Akasah r.a boleh juga untuk menghilangkan sihir yang sudah bertahun-tahun...Bacakan pada Air dan limau ( apa jenis pun takpa )...Mandi setiap hari 6 biji sekali mandi...Air di buat minum...Amalkan setiap hari bacaan tersebut..pada limau dan air..sehingga semua kesan2 sihir ..santau dsbnya berakhir...
Doa Akasah
Haruslah diingat...apabila kita mula membaca doa tersebut dengan pasrah..maka bertahanlah...pasti ada anggota2 tubuh kita yang kurang selesa/sakit dan sebagainya...maka teruskan sambil meminum air doa Akasah tersebut...teruskan sampai sirna semuanya..
Assalamalaikum
Saya sangat berminat bila membaca blog darulsaka dan pengalaman ilmu yang dicerita terus oleh Tok Belagak. Macamana saya boleh amalkan amalan-amalan mudah yang Tok Belagak turunkan sedangkan setahu saya ilmu-ilmu seumpama itu perlu diijazahkan. bagaimana saya nak dapatkan ijazah dan saya ni memang sedang mencari ilmu secara berijzaha seumpama ini. saya adalah anak jati Sarawak yang mengikut perkiraan saya amat susah mencari guru untuk mendapat ijazah dengan ilmu seumpama ini. pada pendapat tuan, boleh ke saya mendapat ilmu serta ijazah daripada tuan? bagaimana caranya?
Semoga Allah mudahkan urusan tuan. Terima kasih.
baca aje blog darul saka, lepas tu ambil le mana-mana amalan. memang ramai dari sabah dan sarawak belajar cara PJJ aje. jgn lupa email dia
Mr. Rozaimey, tok belagak rupa dia nak macam hang ka? Hang nampak comey, dia pun sama kut? Apapun, blog hangpa menarik! Teruskan!
Mr. Rozaimey, tok belagak rupa dia nak macam hang ka? Hang nampak comey, dia pun sama kut? Apapun, blog hangpa menarik! Teruskan!
Hehehe.. sbnrnya Abg Rozaimy lagi comel :-p
Blh ke kita baca doa akasah (yg maknanya shj- melayu) bukan bacaan arabnya?bg tujuan buang saka tu
so far aku belum pernah dgn org baca terjemahan akasah.
apa salahnya mencuba.
sebelum baca, cuba baca surah al-mulk ayat 14 sebanyak 13x, niat Allah tunjukkan rupa saka tu. Lepas tu ditidur mengiring kekanan.
kalau dah confirm ada saka, cuba baca doa akasah terjemahan.
lepas tu ulang balik baca almulk, niat tengok kalau ada lagi saka....
repeat sampai rasa tak ada...
assalamualaikum saya ada 6 org anak2
3 laki 3 perempuan
macamana nak berubat saka cara jauh untuk anak2 saya ni.? 115.135.105.244