A.d.s

My Life:: Servis Iswara RON 130
Posted at 13.Dec,2009 14:42  Comments 0 / Trackbacks 0
Kalau Tok Belagak dia kata dia guna Iswara GT (gas turbo) aku pulak guna Iswara RON 130. Mana class guna RON 95 atau RON 97.

Dua minggu lepas Tok Belagak pinjam kereta aku pasal dia nak pi Alor Star. Pomen kat bawa pusat rawatan one darul saka kata Klas plate dah habis. Aku test OK aje. So aku bawa le kereta Tok Belagak kat Mekanik di Rawang. Test gear 1, 2 dan 3 masih boleh jalan lagi. So confirm class OK lagi tetapi biasa le keras sikit klas tu pasal dah lama. Kalau tukar cable klas sure smooth sikit (aku rasa le, aku ni Tok Moh Hantu bukan Tok Moh Kereta).

Break Pad depan memang dah tinggal nipis, so tukar dan bearing belakang kanan pun bunyi. Kos tukar dan upah dlm RM 180. Masa pergi kedai tadi, aku terasa tak power langsung ISWARA GT Tok Belagak, on the way balik aku tukar dari guna RON 130 ke RON 95, baru pickup. So sapa kata RON97 lagi pickup dari RON 95. Sebab extra 2 RON kereta lebih pickup kalau pakai RON97. Habis tu kenapa bila pakai RON 130, lebih 33 RON dari RON97 tak pickup pun. Yg penting bukan RON, yg penting adalah bahan tambahan (additive) kat minyak tu. Sapa pernah cuba isi RON95 kat shell masa mula-mula dilancarkan. Terus kereta hilang pickup, kalau tukar RON 95 kat Petronas, terus ada pickup balik. Baru-baru ni aje Shell tukar additive yg baru. Power atau tidak, aku tak tahu le sebab aku cuma guna RON 130. Mana standard guna RON 95 atau RON 97. Nazaria dan Kancil aku aje yg guna RON 95, tak ada beza pun, sebab spec kereta utk guna RON 88.

Kereta ISWARA aku, guna RON 130 atau RON 95 sama aje pickupnya, sebab aku ada pasang TAP. TAP ini berfungsi utk tukar cara campuran bahan api dan api dari spark plug. Kalau tak silap aku le, kalau guna RON 130, api dipercikkan dulu, baru bahan RON 130 masuk kat tempat pembakaran. Kalau semasa guna RON95 atau RON97, percikan api dan minyak masuk serentak. Itulah rahsianya. So confirm le, jumlah RON tidak mempengaruhi pickup kereta. Tetapi kalau spec kereta kata kena pakai RON 97 dan korang guna RON 95, memang le banyak bunyi ketuk atau meletup kat engin.

Maka sapa guna kereta lama, sila pastikan timing anda betul dan guna minyak dari stesen petronas. Jangan buang duit guna RON 97. Kadang-kadang pickup atau tidak semua perasan aje.

Macam dlm Cakera keras (Hard disk), lepas jalankan Defragment (susun balik fail dlm Hard disk supaya tersusun rapi), prestasi hard disk atau komputer akan meningkat. he he he, semua tu tipu aje... tetapi itula yg aku ajar selama 10 tahun kat peserta kursus komputer. Aku suruh depa cakap kat pengguna, lepas defragment prestasi komputer akan meningkat, dan pengguna akan rasa peningkatannya, pada hal tak ada perubahan. Tetapi pasal yg kata tu 'pakar komputer' maka pengguna 100% percaya. Maka jadile.... (laju pada fikiran pengguna). Masa kursus aku akan ajarkan guna gambar rajah macam mana defragment tu berfungsi dan dpt meningkatkan prestasi komputer. Terangkan kat pengguna macam tu, sure depa terpengaruh mengatakan lepas defragment PC akan lebih laju. Ini bukan BOHONG, cuma tidak BERCAKAP BENAR kat pengguna aje.

Itu belum lagi konsep kun faya kun utk lajukan PC. Apa korang ingat Tok Belagak aje ajar 7 kun. Aku pun ada ajar. Bezanya belajar 7 kun dari Tok Belagak FREE aje, belajar 'Kun faya kun' dari aku, aku charge RM1500 seorg utk kursus komputer selama 5 hari. Akukan bomoh mata duitan.

Apa la aku mengarut, nanti tak pasal-pasal ada org kata aku syirik atau buat kerja bidaah pasal ada konsep 'kun faya kun' dlm kursus komputer. Tak nak belajar, terus jatuh hukum.



sambung nanti..

nak ambil karipap kat Tun Teja (ala, karipap yg jadi sebutan ramai semasa sesi makan kat rumah tok belagak selepas majlis gotong royong hari tu.

Sambung balik,

semalam 12/12/2009, pergi kedai spare part beli barang utk tujuan servis kereta

1) Minyak hitam mineral paling murah ( ye la mileage kereta aku dah sampai 380220KM, kalau guna minyak mahal sure laju aje keluar minyak dari engin)
2) oil filter paling murah
3) air filter = RM10 last sekali tukar bulan March
4) spark plug NGK = RM 17 (NGV spec) last sekali tukar mungkin bulan March.
5) Getah spring 2 inci, hari tu aku dah tukar kepada 1 1/2 inci, tak cukup tinggi. nampak mendak kereta. Lepas tu 2 inci baru nampak ok.

Semuanya ngam ngam RM100.

Lepas tu terus pi kedai yg sama servis break kereta tok belagak. Aku sampai kat bengkel tu tak ada kereta pun. Terus masuk. Alamak mana budak yg selalu buat kereta aku ni? Yg ada cuma seorg yg agak berumur, dia ni slow sikit. Tak apa lah, just nak servis aje.

Buka bonet kereta aku terkial-kial, terpaksa le aku tolong bukakan bonet. Bila dah buka aku kasi le tempat tahan bonet kat dia, dia dok tertengok-tengok kat mana nak letak. Last sekali aku yg tolong letakkan tongkatkan bonet. Dia jek kereta, masuk bawah kereta dah start buka skru kat bawah engine. Aku heran juga pasal apa dia buka skru kat bawah gear box auto. Mungkin aku salah pandang kot, dia keluar semula bawa satu lagi tong tahan bahan minyak buangan. Aku tanya untuk apa tu, dia kata, tadi salah buka skru, minyak gear nanti dia masuk balik. Kan betul....... minyak gear aku tak beli pulak tu. Last sekali tukar minyak gear masa aku tukar gear box aku dulu pada 13 April. 3 bulan aku jalan dlm 6 ribu, so dalam 8 bulan paling tinggi pun aku baru jalan 16 ribu + 1 ribu pi Alor Star, baru 17 ribu. Ada lagi 3 ribu utk sampai 20 ribu. Ingat next service baru nak tukar.

Aku cakap kat dia tak payah le masukkan balik minyak gear tu, tukar yg baru, tak perlu tukar filternya. Sebotol ATF III adalah RM 23, kena pakai 2.5 liter, so kena beli 3 botol le. Tak ada ke org buat 0.5 liter punya botol.

Buka skru engin, dia kata skru loose sikit, memang pun. Tukar RM 8. Upah RM35 (yg leceh tukar cover plastik spring belakang).

So total habis RM 212.00.

Lepas tu pergi kedai assesori kereta. HIT AUDIO, tempat pasang alarm kereta. Alarm kereta mati semasa alternator kereta rosak buat kali kedua masa Tok Belagak kat Alor Star. Waranti dah lama habis, lebih setahun. Dia kata confirm rosak bukan fius sebab lampu atas kereta. Nak tukar alarm baru yg ada sensor vibration siap upah RM150.00. Nak buat apa sensor tu, menyusahkan hidup aje. Dah la kat Taman aku ni org main mercun tak ikut perayaan. Nanti macam jiran depan rumah aku, bila bunyi mercun kuat sikit, alarm dah berbunyi. Bila mercun meletup di hujung taman, kereta sebelah sana pulak berbunyi. So tak jadi nak tukar la..
Tanya harga utk alat lock pintu, harga RM75, aku lupa pulak nak tanya siap pasang ke? Pasal kalau beli kat kedai sparepart cuma RM45 aje, cuma masa aku tanya tadi, tak ada stok.

Lepas settle semua, aku balik rumah dan lepas tu hantar 2 orang anak saudara aku buka TARA clamp, anak tok belagak dah buka hari Jumaat. Sebelah klinik tu kedai assesori, dia nak RM160 utk tukar alarm aku. Lepas tu tak ada vibratation sensor pun.

Aku kena cari 2 org utk buang saka baru boleh pasang alarm baru. he he he. Bisnis hantu manyak utong ooooo.


Rekod isi RON 130 hari Sabtu tu RM8.43 utk 192KM. First time cecah 190KM

Sabtu malam jumaat tu aku pi rumah Tok Belagak hantar DVD Urut (seminar suami perkasa dan perawat cemerlang). Hajat hati nak jumpa xpert, dia kata nak mai lepas mahgrib, sampai ke sudah tak mai. Yg ada geng DBKL, TA, Ustaz Asraf, Najib dan ramai lagi le, penuh gila sampai tak ada tempat duduk, nasib baik geng DBKL memang suka berdiri, so depa berdiri le. Pukul 10 mlm aku pun chow pasal nak ambil mak kat Al Jendrami, lepas tu balik semula ke Rawang dekat jam 12.00 mlm. Mileage malam tu aje 192KM. Aku rasa boleh cecah 200KM kalau aku teruskan.







Comments
Trackbacks
Post a comment