CVT:: Saka
Posted at 22.Feb,2007 11:40  Comments 17 / Trackbacks 0
Ini aku ambil dari Utusan Malaysia
Bersama: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: Saya sekeluarga mengalami masalah besar. Ayah saya sebelum meninggal dunia lebih kurang empat bulan, sebelum dia sakit suka keluar rumah pada waktu malam. Selepas pukul 12 malam merayau di seluruh kampung.

Orang kampung takut kerana dia begitu garang ketika itu. Ketika sakit, selain makanan yang biasa, dia suka makan isi kelapa muda setiap malam.

Siang dia tidak bermaya, tetapi bertenaga dan liar pada waktu malam. Setelah meninggal dunia semua anaknya mengalami sakit badan seperti digigit-gigit lembaga hitam berwajah arwah ketika tidur.

Anak saya selalu kena pijak perut dan ditindih ketika tidur. Di rumah selalu ada bau busuk atau hanyir dan hilang dengan tiba-tiba. Anak lelaki saya selalu didatangi lembaga hitam berwajah arwah. Saya katakan kepada adik-beradik apa yang berlaku adalah saka, tetapi mereka semua marah kepada saya, dikata saya memperlekeh dan tidak menghormati arwah ayah, sedangkan orang kampung tahu arwah ayah adalah orang alim.

Saya sekarang berikhtiar hanya untuk menyelamatkan keluarga saya. Apa yang saya perlu tahu di sini, apakah sebenarnya saka itu? Adakah ia benar-benar wujud?

- Amir, Kajang, Selangor.

JAWAPAN: Membicarakan tentang saka adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya, daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.

Yang dimaksudkan dengan ``ilmu yang dipusakai'' itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari.

Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris ada kalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri, seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.

Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi, seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional.

Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya, yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.

Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya.

Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.

Keadaan seperti ini dikenali sebagai ``menurun'' di mana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia.

Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat, dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab-musabab berlaku seperti yang dijelaskan. Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.

Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.

Jin atau makhluk halus yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan manusia setelah tuan yang asal tadi meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan saka, yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya.

Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakan mewarisi ilmu pemiliknya, yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu, dia telah mewarisi saka tadi.

Penurunan ilmu saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri daripada keris, lembing, ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu geliga, akik dan sebagainya.

Objek-objek tersebut pada zahirnya merupakan benda yang dapat dipegang dan dirasa dengan tenaga atau dilihat oleh pancaindera. Objek tersebut hakikatnya adalah merupakan lambang, di mana di sebalik lembing atau batu geliga atau lain-lain objek tadi terdapat jin atau jin-jin berserta dengannya. Penurunan kaedah kedua ini biasanya berlaku setelah pewaris meninggal dunia di mana barang-barang tadi menjadi barang peninggalan si mati (pewaris).

Objek-objek ini, terutamanya keris pada kebiasaannya dilangiri dengan air limau nipis pada malam-malam tertentu, seperti malam Jumaat, sebulan sekali atau di malam Jumaat awal Muharam setiap tahun ketika bulan penuh dan diperasapkan dengan kemenyan.

Limau nipis merupakan satu bahan penting yang sering digunakan dalam pelbagai upacara amalan kebatinan termasuk perubatan Melayu tradisional, untuk memutus ubat, mandi perajan, mandi membuang sial badan dan sebagainya. Kaedah atau upacara melangiri senjata mungkin diketahui melalui pengajaran oleh pewaris ataupun melalui mimpi.

Apabila seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira sama ada pada asalnya pewaris itu reda atau tidak, lalu akhirnya tunduk menerima dan melakukan upacara atau syarat-syarat yang diajar secara langsung atau tidak langsung termasuk ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat dengan ``tuan'' barunya yang boleh ``diperintah'' melakukan sesuatu. Iaitu untuk tujuan rawatan seperti yang dijelaskan. Untuk membinasakan lawan atau orang lain dengan permintaan ``pelanggan'' yang datang menemuinya.

Dari sinilah lahirnya pelbagai jenis amalan kebatinan seperti ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu seri muka, ilmu pemisah iaitu untuk memisahkan antara suami isteri, ilmu pelalau iaitu ilmu menyebabkan seseorang itu, tidak kira lelaki atau perempuan tidak mendapat jodoh atau premis perniagaan yang tidak didatangi oleh pelanggan.

Termasuk dalam ilmu kebatinan ini ialah khidmat daripada pemilik saka yang boleh digunakan untuk menyakiti seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak normal atau bertindak seperti orang yang tidak waras, santau dan sebagainya.

Semua amalan ini termasuk dalam kategori ilmu sihir iaitu tindak-tanduk manusia yang melibatkan jin-jin atau yang dikenali sebagai makhluk-makhluk halus. Perlu dijelaskan bahawa amalan sihir adalah salah satu perbuatan dosa besar yang membinasakan.

Ilmu yang diwarisi melalui saka ada dua jenis. Jenis pertama adalah seperti yang dijelaskan di atas, yang ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat, seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, ilmu seri muka, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya.

Selain mencari barang hilang, saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain, seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma di zaman nabi s.a.w.

Selain boleh ``digunakan'' untuk tujuan yang dijelaskan, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga ``tuan'' saka tadi, malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri, yang dianggap sebagai ``tuan'' tadi, akan menyerang tuannya, terutama ketika telah uzur, sakit atau ketika tua.

Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila ``tuannya'' meninggal dunia dan tidak ada di kalangan keluarga yang ``bersedia'' untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini.

Keadaan akan menjadi reda apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhluk ini.

Anggapan ini ada kebenarannya, tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru, ia tetap menjadi masalah kepada manusia, terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh, agar mereka dapat masuk ke neraka bersamanya.

Jenis kedua ialah saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun-temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh warisnya.

Pada kebiasaannya, sakit yang berpunca daripada saka tidak kira sama ada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukkan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya, atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya.

Tidak mudah untuk memberi penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya, apabila sesuatu masalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk sebagai kena buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan sebagainya.

Hakikatnya masalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar, kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan, seperti luka, patah, keracunan, stres, depres dan sebagainya, akibat gangguan ataupun sihir.

Punca kedua ini sukar diakui oleh pengamal perubatan moden juga, berpunca daripada dua faktor yang dijelaskan yang berlaku serentak kepada mangsa.



Comments
saka

saka tu jahat

anirah  at 29.Jan,2008 14:15

kalau dlm mimpi ada orang tua selalu tolong kita, dia tu saka kita ke? Tapi tak pernah plak dia citer mcmana nak jaga dia. Dia pernah warning ada orang hantar santau, ada penunggu nak kacau. Lepas tu bgtau mcamana nak lepaskan. Ada la beberapa kali, tapi tak pernah plak die muncul time2 lain

rose  at 13.Feb,2008 13:36
Tak semestinya saka

kalau ada orang tolong beritahu melalui mimpi ada 2 kemungkinan.

1) Memang org tu wujud, cuma dia masuk dlm mimpi kita nak beritahu pasal itu ini.

2) Jin - tak kira le saka atau tidak. Melalui mimpi adalah cara yg mudah utk mereka sampai maklumat.

Selagi depa tak suruh buat benda pelik-pelik ikut aje. Depa (tak kira manusia dan jin) nak pahala juga.

kadang-kadang tanpa kita sedar, kita memang ada pendamping, sama ada melalui amalan, perbuatan atau keturunan. Depa ni tak kacau org yg di damping tu.

Rozaimy  at 13.Feb,2008 13:45
saka

salam.. arwah moyang aku pun ade gak bela.. tp klau tak silap aku die bela harimau putih.. tujuan nya untuk berubat. dulu arwah moyang suka gi kerja dalam hutan. untuk keselamatan diri & keluarga kata nya. aku penah tengok sendiri die bersilat dengan 'benda' tu tapi aku tak pasti ape haiwan nya sebab masa tu pun umur aku baru 4 tahun tapi aku boleh ingat lagi la sampai sekarang. pernah sekali keluarga aku hampir dicelaka orang tapi alhamdulillah arwah berusaha menghalau perkara jahat tu dengan mohon pertolongan dari Allah s.w.t, tawakal dan jagaan dari 'benda' tu... tapi yang ngerinya orang yang menghantar 'benda' tu mati dengan keadaan yang amat aib sekali.. kepala kebelakang, badan didepan, kaki satu arah belakang satu arah depan. memang ngeri lah... tak sanggup nak tengok.. tapi masa tu aku kan kecil lagi.. tengok jugak la sebab nak tau... lepas tu aku demam 3 hari sebab asik teringat keadaan orang tu..

latoya  at 16.Feb,2008 12:58
Saka Harimau..Auw....

Tujuan atok nenek kita bela saka ni pasal nak jaga anak cucu depa.

So kalau ada org kacau anak cucu depa ni, saka ni boleh tolong settlekan.

Malangnya bila atuk/moyang kita meninggal, depa tak inform apa nak buat. lama-lama saka ni bengang le....

kalau kena saka yg beriman ok le. kalau tidak akibatnya anak cucu le jadi mangsa.

Menurut cerita org lama, kalau saka jenis harimau ni memang kuat. Masalahnya bila pemilik tu mati, dan saka ni ada hak nak mohon kat Allah s.w.t utk mempergunakan roh simati ni.

"Ya Allah, semasa sipolan ni hidup, ia telah mempergunakan aku, izinkanlah aku mempergunakan sipolan sebagai tunggangan sehingga hari kiamat"

'''loong ranger''''.....

Rozaimy  at 18.Feb,2008 14:03
muke membe aku buruk macam saka

serius...
muke member aku buruk giler...
kalah muke saka...

tapi aku dengar cite ader saka yg lawa..
betol ker....?

hang jebat  at 13.Mar,2008 14:42
Rupa saka

Saka = jin,
kalau ikut hadis rasulullah, baginda ada kata (lebih kurang le) "kalau manusia boleh nampak jin. nescaya manusia tidak akan keluar rumah"

hodoh kot, pasal takut keluar rumah, apa yg kita nampak adalah apa yg depa nak tunjukkan. Depa nak menyamar macam wali, nampak le jin pakai serban baju hijau.

kalau dia nak goda, dia tukar jadi awek cun. he he he.

kalau nak menyakat, hang pa fikir sendiri le rupanya

rozaimy  at 14.Mar,2008 16:30
kepastian

sewaktu arwah nenek saya nak meninggal... baru kita org tau yg arwah ada pendamping dr nenek moyang.... rumah dan barang2 rumah arwah kuat... dlm rumah tu sendiri ada mcm2 rupa yg menunjukan diri.... yg kami semua tak kenal. sekejap ada rupa org tua berjanggut dan berpakaian spt. org alim... ada jugak tengkorak yg menjelirkan lidah yg panjang dr atas tengah atap rumah (sebelah dlm rumah) saya sendiri yg nampak.... ada jugak bunyi hentaman kuat kat belakang rumah.... dan bila kami semua pindah dr rumah tersebut, ramai jiran yg terdengar bunyi org basuh pinggan dlm rumah tu. ada jugak yg ternampak kelibat arwah tengah menyapu dikawasan yg arwah selalu rehat.... ada jugak yg ternampak kelibat yg mcm2... menurut ayah saya, semua tu dah lama dia alami. semenjak dia masih muda lagi.

arwah terdampar sakit agak lama. sukar utk pergi. masa tu jugak terpampang keluar satu wajah yg bermisai tebal yg garang dr wajah arwah. masa tu lah baru kami tau akan keadaan sebenar.....


arwah tak dpt pergi selagi tak dpt waris. alhamdulillah... semuanya dah selesai.....


masalahnya sedari hari kematian arwah sampai sekarang.... saya tetap termimpikan arwah. nampak dan dengar suara arwah dgn jelas. tapi lupa semuanya tika sedar. (9tahun dah)


dan, saya juga ada terasa barat dibahagian atas belakang badan tapi kini bertukar ke atas belakang leher.... dan tiap2 hari saya sakit kepala... tapi mcm bukan sakit... nak ckp pening pun mcm bukan pening..... pedih pening sakit berat.....hari2 mcm tu dan ditempat yg sama... bila saya minta seseorg tlg urutkan... tak kena pun pada tempatnya.... kadang2 bawak kedalm tidur malam... sekejap selepas bangun dr tidur pagi....


tidur saya memang susah... dan kerap terjaga... mimpikan arwah...

utk makluman... saya tiada disaat kematian arwah atas sebab2 yg tak dpt dielakkan.


saya jugak memang mudah terasa kalau2 ada sesuatu yg berkaitan dgn benda2 ghaib...


arwah amat tidak sukakan saya kerana pada arwah saya ni anak emas keluarga saya.


saya cuma bimbang kalau2 ada sesuatu yg mendampingi saya tanpa saya sedar.....


diri saya memang kacau bilau. denag mood yg tak menentu... cepat marah, murung... cepat melenting... seakan sama ngn arwah.....

nauzubillahiminzalik.........!!!

ayang  at 26.Mar,2008 14:57

sy bknnya da saka pn tp.........sa lh yg menyebabkn kwn sy d rasuk oleh saka sehgga smpai skang saka 2 x kuar lg dri bdn kwn sy 2....
mlah sy bleh merasakn gelombang mhkluk hlus nie...wlaupn sy x dpt melhat bnda 2 tp samar2 je la...
sy sgt b'slah dgn tndakkn sy ni....
sbenarnye sy bleh memggil saka @ mkhluk hlus ni secara tdk sengaja....
ppppppplllllllllllllzzzzzzzzzzz help me.....

a  at 04.Apr,2008 16:03
Panggil saka

Apa lagi, hang panggil saka tu, suruh jumpa Tuan Belagak. Habis cerita. he he he

Rozaimy  at 05.Apr,2008 20:30
kepastian

salam.. kepada sesiapa yg tahu akan perkara yg berlaku kepada saya ni plz r jwb.. saya sering nampak akan satu lembaga hitam di mana jua sya ada.. adakah ini dikatakan saka?? dia tidak mengganggu saya.. dia hanya mengikut saya ke mana saya pergi.. saya seolah2 sedang diperhatikan.. dari apa yg saya tahu.. arwah pak cik sya ada membela.. dan sya amat rapat dengannya.. adakah benda yg dibela arwah pak cik saya itu saka?? dan apakah kemungkinan saya pewaris yg sesuai?? ada apa2 cara untuk membuangnya?? saya juga sering nampak lembaga ini seolah2 berlari di luar gelanggang silat ketika saya bersilat?? dalam 3 mnggu yg lepas saya ada memagari rumah sya dgn cara tabur garam kasar sambil membaca ayat kursi.. selepas itu saya tidak nampak lagi dia di dalam rumah saya.. dia hanya menunggu saya di luar rumah.. hanya saya yang sering nampak benda itu.. sampai satu tahap saya takut untuk melakukan semua perkara/aktiviti saya seorang diri.. hampir sebulan saya tidak turun ke gelanggang.. hope ada yg sudi bantu saya...

confuse...  at 06.Apr,2008 15:51
Baru nak jadi Saka rasanya

Cuba amalkan ni,
bila nampak lembaga hitam tu.

Baca bismillah..........
Dengan izin Allah Muhammad, ayat kursi yang aku baca ini akan menghancurkan jin-jin yang menganggu ku.

lepas tu terus baca kursi, bayangkan jin tu terbakar.

Rozaimy  at 06.Apr,2008 18:28
saka

saka n ada yg islam n kafir jd kena hati2 setelah sy bc atikal d atas mmg blh d katakan benar tp tdk tepat sb blh d pertikaikan llg.bro keliru kamu jgn takut pgl dan jummpa dgn dia,tanya apa tujuan dia,kenapa dia tak blh msk dlm rmh lps bro buat pendinding,cari sy kalau perlukan bantuan.


zamarsarah  at 20.Apr,2008 19:51
Saka awat dok kaco hidup family akuuu

Saka mai memang kita tak sedaq.artikel kat atas tu sejibik terjadi lam family aku..aku pun turut kena.mula dr adk sepupu aku, abg aku la ni makngah aku lak..dugaan btul..aku bawa makngah aku atlast aku lak yg di kesan turut terkena..so Tok Raden soh kami sefamily mandi bunga buang SAKA.. n pas sembahyang magrib baca ayat Qursi 83x beserta surah yassin..

Susah Hati  at 17.Jun,2008 12:09
Dah settle ke?

so sekarang dah settle ke?

rozaimy  at 22.Jun,2008 21:45
saka

last wk bapak saya kata masa tidur, hidungnya tersumbat dan didatangi lembaga dan bersuara garau,ianya suara lelaki yg tua.

ingin tahu jika ini adalah saka keturunan keluarga kami. kerana beberapa tahun dulu, bapak,abang,kakak dan saya alami masalah gangguan "sihir" & tersampuk.

apa yg hairan ialah abg,kakak dan saya mula ada gangguan semula. abg sering hidung tersumbat tiba2 dan kakak mcm hilang semangat.mcm diri saya walaupun dah beruabat, selang beberapa hari, masalah berulang lagi. saya jugak perasan ada "black patch" di tembok kamar. bila saya duduk dikatil tengok tv, saya perasan "batch hitam" tu di belah kanan saya bila toleh kearah tembuk, hilang dan ulang semula.

bahagian tubuh saya yg berulang sakit di tengkok,belikat, punggung. mcm tegang dan bila jalan mcm tak stabil.

harap dpt jelaskan dan bantu.

ana  at 01.Jul,2008 11:03
Saka

email le nama depa kat aku di rozaimy@gmail.com

Rozaimy  at 02.Jul,2008 11:33
Trackbacks
Post a comment