A.d.s

CVT:: Minyak pengasih aka penyeri
Posted at 12.Jan,2010 12:30  Comments 4 / Trackbacks 0
Ramai sungguh org putus cinta, dulu sayang, sekarang benci. Cuma tok moh aka ustaz, confirm kena ilmu pemisah. Sekarang ni kita dah tak kenal mana satu ustaz dan mana satu bomoh, sama aje, dua-dua pakai kopiah. Dua-dua baca Al-Quran, dua-dua pindah zikir???.
Cuma kaedah pindah zikir berbeza la. he he he

Metro semalam 11/1/2010
Bencana mandi limau
AMPANG: Pindah zikir melalui alat kelamin. Itulah rawatan pelik cuba dilakukan seorang bomoh kepada seorang wanita yang didakwa kononnya terkena santau ketika pesakit terbabit mahu mengurut kaki dan badannya di sebuah spa di Taman Melawati di sini

Baru ni ada org jumpa aku, tanya tok belagak ada ilmu pengasih ke? Aku jawap "ada". Dia kata boleh le dia dptkan awek dia balik...

eeeee, ni pengasih apa ni? Aku salah faham ni.
Aku cakap pasal supaya org kasih melihat kita, bukan
nak dptkan semula kasih yg dah hilang. Kata nama yang sama 'kasih' tetapi kaedah ilmuan yg berbeza.

Yang aku maksudkan adalah gunakan minyak wangi, di doakan, bila kita pakai, nanti org senang tengok kita. Ada jin ke? Mana ada jin. Malah aku pernah minta satu bomoh (ni confirm bomoh) buat minyak. Dia buka tudung dan letak satu daun. Lupala pulak nama daunnya, daun ni famous, sebab kalau ambil dari Tok Moh komersial sure depa charge lebih dari RM250.00.
Aku dpt free aje, ye la bomoh sama bomoh tak kan nak charge kot. Aku ambil dan tanam botol minyak dlm tanah selama 7 hari. Kena tapakan. Yela, nama pun kaedah bomoh. Lepas 7 hari, aku scan, tak ada apa-apa pun mai. Aku pakai, calit kat cuping telinga. Ada perbezaan? ENTAH. Aku tak pakai minyak wangi pun memang dah manis. Betul tak.. he he he.

Aku suruh member aku ambil minyak kat bomoh tu, buat seperti SOP yg bomoh suruh buat tu. Mmmmm aku scan tak ada jin juga. So tak semua minyak pengasih atau penyeri ni ada jin. Memang ada minyak pengasih atau penyeri ada jin. Ada satu produk komersial, tak boleh nak sebut kat sini, nanti sure aku kena saman. Kalau kita org ISLAM tengok memang manis, tetapi kalau org cina yg makan babi tengok, depa nampak muka pemakainya hitam tetapi kalau org cina tak makan babi tengok nampak lawa juga.

Tengok tu, aku melalut lagi. Semenjak dua menjak ni, aku banyak melalut pulak. Krisis umur 40 tahun ke atau sebab amalan?? Habis semua memori lama dok flashback. He he he, tersengih aku bila melihat diri aku sendiri dari kaca mata sendiri.

Kita kembali pasal mamat tu tadi, kononnya mak we dia kena sihir pemisah sebab itu tak suka kat dia lagi. Hello! Hello! Hello! Tak semestinya awek yg sayang kita dulu, sekarang ni benci sebab kena sihir. Mungkin badan kita berbau, perangai kita haprak atau kita ni miskin bebenor. Biasala orang berubah hati, orang dah kahwin pun boleh beralih arah (Cinta Beralih Arah), inikan pulak baru couple. Awek tu mesti pilih the best of the best utk jadi calon suami dia. Macam kita le juga, awek biar ramai, Isteri biar empat. Ewaaa EMPAT tu? Satu pun belum sangkut nak cerita pasal empat. Memang le hadis nabi pasal kahwin bermula dari 4 isteri TETAPI dalam hadis tu juga ada kata, kalau takut tidak berlaku adil, kahwin satu aje. Ada ke patut bini tua kasi RM50 utk sara 4 anak. Tak ada akal punya orang. Itu cerita lain.

So mamat ni masih gagal mendapatkan bekas awek dia. Habis semua tok moh dan ustaz dia jumpa hanya kerana nak dptkan semula hak dia yg dirampas oleh orang lain. HAK DIA? Bila masa pulak jadi hak dia. Kalau dah kahwin boleh le kata hak dia. Patutnya tanya sendiri kat awek tu apa kekurangan kita. Kita baiki dan cari awek lain yg lebih baik.

Saya nak awek tu juga!

Payah ni.....

Cuba fikir. Kalau kita gunakan minyak pengasih kat awek tu, dia suka balik dan bernikah terus (lambat nanti kena rembat pulak nanti). Kita bahagia, anak pun dah ada, selepas 10 tahun tiba-tiba isteri membenci kita tanpa sebab yg berasas. Kita memang tidak melakukan sebarang kecurangan (kecuali kenyit-kenyit mata kat awek tu ada le, nama pun lelaki tak kan nak kenyit mata kat balak pulak).

Lagi sekali kita menderita, 10 tahun mencurah kasih sayang berakhir dgn kebencian isteri terhadap kita. Dia pun tak tahu sebab apa dia benci sangat kat kita.

Apa yg berlaku? Ilmu pengasih tu dah expired, rupanya selama ni, kasih sayang yg ditunjukkan oleh isteri terhadap kita adalah di bawah pengaruh ilmu yg kita guna. Tak kan nak gunakan ilmu pengasih lagi kat isteri, kita makin tua, kubur dok memanggil tu.

Moral of the story:
Jgn le guna ilmu pengasih, minyak dagu, cenuai dan benda yg seerti dgnnya untuk mendapatkan awek.

Biar susah dulu dan senang kemudian.




Comments
Serabut xbertempat...

Aku xtaw laa nk ckp mcm mna.. Aku ada laa sorang awek tpi dh 3bulan clach.. Elok2 bahagia dgn aku blh dia p lari dkt org kelantan yg lebih muda n xdak keja.. Padahai dia pun sama utara dgn aku n sama2 dh keja.. Dia nurse, aku asst manager ja tpi kira dh keja laa jgk walaupn bukan seorg big bos..Dia seorg yg taat pada agama dan keluarga.. Tpi lepas clach dgn aku dia mula liaq.. Keluaq free hair n melawan mak ayah... Kes paling berat 2perkara yg aku xsangka dia blh buat.. 1 dia bagi gambar merapu dkt laki tuu, aku dpt taw dari kawan dia yg curi bkak send item dia.. 2' akak n adik dia kna tibai pasai tegur dia bergayut berjam2 dgn jantan tuu sampai xnak masak n abaikan t'jawab... Keadaan tuu sampai pak dia kna pegang baca yasin dkt dia utk tenangkn dia.. Apa yg mengejutkan, dia mengaku dgn diri dia yg dia sanggup apa saja utk laki kelantan tu.. Laki tu penah ckp "aku akan buat apa saja utk dapatkan dia, BARANG SEDAP SAPE NK LEPAS BRO"..... Korang tgok laa permainan apa yg mamat nie pakai... Nk buat xtaw pn susah, nk tolong pun susah.... Mcm mna tuu....... 175.141.144.31

Aizad Tahar  at 27.Jan,2011 02:15
Waris kena le cari ubat

kalau dlm kes ni, waris la kena pi ikthiar.

Selalunya dalam kes macam ni, kita akan masukkan kes ini dalam majlis aurad yg dibuat setiap minggu.

Untuk ahli keluarga atau yang nak tolong, boleh buat bacaan yassin dgn niat matikan aje budak tu. buatle 40 hari berturut baca yassin.

mati betul atau tidak, tu kuasa Allah, kita usaha aje. Lain le kita ada geng kaki pukul, boleh le pukul budak yg tak guna tu. 192.168.200.131, 175.136.196.134

rozaimy  at 27.Jan,2011 18:44

salam...
sy ada mslh dgn suami sy.. sblm ni dia jalinkan hubungan dgn prpn lain.. tp skrg dia ckp diadh xde ape2 dh dgn prpn tu.. tp baru2 ni, dia berubah.. x hargai n nmpak mcm dh xde prsn kt sy dh.. utk makluman tuan, suami sy dan prpn tu satu ofis. sy suruh suami sy berhenti dr situ tp dia marah klu sy timbulkan isu tu. dia ckp jgn paksa2 dia. dia ckp lg yg sbnrnya dia masih x dpt lupakan prpn tu.. dia ckp dia benar2 cinta kan prpn tu sdgkan prpn tu adalah isteri org.. apa yg patut sy buat.. bleh ke nk mtk suami sy bencikan prpn tu n syg kt sy sorg je.. kami dh ada anak 2 org.. sy xnk rumahtga kami hancur d sbbkan mslh ini...
tq 120.140.118.109

arfah  at 08.Apr,2011 11:34
Dapatkan kembali diri kita yang sebenar

Kadang-kadang kita tidak boleh nak menghalang dari seseorang jatuh cinta. Tak kiralah apa jua keadaannya.

Mestilah ada sesuatu yang dilihat pada wanita itu. Mungkinkah wanita itu mempunyai ciri-ciri yang dia suka. Kemungkinan besar ciri-ciri tersebut merupakan ciri-ciri yang membuatkan suami puan jatuh cinta dengan puan dahulu. Cuma bila sudah bersama dan lama, kita dengan tidak sengaja hilang ciri-ciri tersebut.

Carilah apa yang hilang atau atau yang telah berubah pada diri kita. Timbulkan semula ciri kita yang pernah satu ketika dulu membuatkan pasangan kita tidak tidur malam merindui kita.

Usah diungkit mengenai keterlanjuran suami puan dalam hubungannya dengan wanita lain kerna semakin kita menekannya maka semakin tegang le hubungan kita.

Kita tidak boleh membuatkan seorang itu membenci rakannya kerana ia hanya akan menganggu prestasi kerjanya di pejabat.

Jangan diungkit lagi, sebaliknya dapatkan ciri yang suami suka kat you dulu. Dan mulakan perubahan.

Hias lah diri seperti dahulu, sambut suami bila balik kerja, layan dia dengan mesra.

Jangan cuba mencabar ego suami dengan cerita mengenai wanita tersebut.

Usah dirisau mengenai wanita itu kerana dia sudah pun bersuami. Tidak mudah untuk seorang wanita meninggalkan suaminya bersama suami orang lain.

Doa setiap hari agar hati suami kasih dan cinta kepada you dan anak. Usah berdoa kebencian kerana itu hanya akan memakan diri sendiri. Amalkan le doa-doa yang boleh di dapati di buku atau Internet. Lakukan secara istiqamah.

contoh laman web

nursyirah.wordpress.com

203.82.92.54

rozaimy  at 12.Apr,2011 06:49
Trackbacks
Post a comment