CVT:: Aku Cinta Kau dan Dia
Posted at 01.Feb,2010 08:02  Comments 3 / Trackbacks 0
Sabtu baru ni, aku terima sms (2.53 pm)
dari orang yang tidak dikenali nun jauh di Utara.

"Askum,
encik, sy .......... , Trikh lhir ..... dri.... .. nk mitk tlg encik tgk mslh sy sbb sy glish trgt kksih lama sy. wlu pn dh bkkwin.dn skrg hbgn dgn suami juga dingin t/kasih"

Aku memang tak reti baca sms guna singkatan jenis ni. So aku suruh isteri tolong bacakan.......

"Assalamualaikum,
encik, saya ....... Tarikh lahir .... dari .... nak mintak tolong encik tengok masalah saya sebab saya gelisah teringat kekasih lama saya. Walaupun dah berkahwin, dan sekarang hubungan dengan suami juga dingin. Terima kasih."

Aku nak balas sms tu nanti takut suami dia baca, lagi haru, nanti suami ingat dia nombor 2 rupanya 3. tak ke haru.... Pernah juga seorag suami call aku tanya itu ini, aku tanya kenapa encik? dia jawap, no HP aku ada dlm diary isteri dia. Nak check isteri dia ada affair kat lelaki lain kot.

Masa baca tu aku tak perasan juga, tetapi bila nak tulis kat blog ni, aku macam kenal aje nama bapa dia tu, search gmail aku, confirm le adik dia pernah email aku dulu masalah sihir. Sekeluarga kena sihir, yg buat pakcik sendiri. Payah le kalau saudara mara sendiri jadi pengupah (email bertarikh 16/4/08).

Mengingati bekas kekasih lama tak ada kena mengena dgn sihir.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat hati pernah terpaut. Mengingati kekasih lama bukan suatu perkara yg tidak normal. Jangan sesekali cuba melupakan kekasih lama, semakin kita cuba melupakan, semakin kita akan teringat. Biar sahaja ingatan itu berlegar dlm kepala kita. Jadikan ia sebagai satu lipatan sejarah kisah cinta kita yang lalu. Menjadi panduan utk kita menjadi insan yg lebih baik sebelum perpisahan berlaku. Tiada siapa inginkan perpisahan, tetapi kita kena akur dgn ketentuan Ilahi. Pasti ada hikmah disebalik perpisahan yang menguris hati.

Sama ada kita yg memutuskan atau kita yg diputuskan, pasti ingatan terhadap bekas kekasih lama pasti akan timbul sekali sekala. Perasan sedih atau kekesalan yang timbul biarkan ianya berlalu. Tidak perlulah bercerita pada pasangan kita (suami/isteri). Ianya hanya akan mengeruhkan keadaan.

Cinta tidak semestinya berakhir dgn perkahwinan. Setiap dari kita sudah ditentukan jodohnya, maka terima sahaja la jodoh kita. Terimalah seadanya, jgn bandingkan bekas kekasih dgn pasangan kita sekarang.
Jangan dicari kelemahan suami (isteri) dan dibandingkan dengan kelebihan bekas kekasih. Tidak akan ada kesudahannya.

Tingkatkan cinta kita pada suami (isteri), tunjukkan perasaan cinta pada suami (isteri). Jangan menganggap suami (isteri) sudah mengetahui yg kita mencintainya. Layani la suami (isteri) seolah-olah suami (isteri) adalah cinta pertama kita. Lihat dan renunglah mata suami (isteri) seperti kali pertama kita jatuh cinta kepadanya. Peluklah ia, lafazkanlah kata cinta. Ucapkanlah, yg pasangan kita adalah cinta sejati kita, tiada insan lain dpt mengantikannya. Pasangan kita adalah cinta sejati dan tak mungkin akan ada penganti di dunia ini.

Pelukla ia sambil menitiskan air mata, katakan kepadanya kita takut kehilangannya. [Jangan sesekali kata yg kita teringat kat kekasih lama atau buat sebarang salah]

Katakan sahaja, "entah kenapa hati ayang rasa sedih dan sayu seminggu dua ni, ayang takut kehilangan abang, I luv u sayang" [make sure badan bau wangi]
Beli le baju yg seksi utk tatapan suami di bilik tidur.

Keyword: TINGKATKAN PERASAN CINTA PADA PASANGAN KITA DAN TUNJUKKANNYA.

Aku dah start merapu......

Back to the topik.
normal teringat bekas kekasih TETAPI
jangan sesekali berfantasi bersama bekas kekasih.
Terutama semasa projek dgn suami (isteri), itu dah berdosa. TETAPI kalau dah TERfantasi, buatlah solat taubat, biarlah itu jadi rahsia kita dgn Allah s.w.t sahaja.


Sibukkan diri dengan aktiviti harian, sekiranya ia masih tidak cukup untuk membuatkan kita lupakan bekas kekasih. Tambahkan lagi beban kerja kita, agar tumpuan kita lebih kepada kerja. Semakin kita sibuk, maka semakin kuranglah masa untuk kita melamun mengingati saat manis bersama bekas kekasih. No wonderla aku TERover aktif masa kat MRSM dan ITM.. he he he

Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah dan zikir kepada Allah. Bacalah surah Yassin utk menenangkan hati.....

OFF TOPIK.
Dulu aku ingat, orang yg kena putus aje yg dok teringat kat bekas kekasihnya. Rupanya baru aku tahu, kekasih yg memutuskan cinta tu pun sesekali teringat akan bekas kekasihnya.... Haaaaa korang jangan dok berangan nak sambung balik cinta dgn bekas kekasih. Sudah sudah laaa..... doakan aje agar bekas kekasih tu bahagia bersama dgn pasangan dia, semoga dgn doa kita tu, dia benar-benar bahagia. Ye la kalau bekas kekasih tak bahagia, dan dia nak kita semula, tak ke haru namanya.....

END.

layan lirik ni dulu
(nota: ini adalah lagu yg tidak disukai isteri aku.... kenapa ye??????)

Hancur hatiku, mengenang dikau
Menjadi keping-keping, setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang,
yang pernah singgah, antara kita
Masihkah ada, sayang itu

[#:]
Memang salahku, yang tak pernah bisa
Meninggalkan dirinya, untuk bersama kamu
Walau untuk terus bersama,
akan ada hati, yang akan terluka
Dan ku tahu, kau tak mau

[Reff:]
Sekali lagi maafkanlah,
karena aku, cinta kau dan dia
Maafkanlah, ku tak bisa,
tinggalkan dirinya

Mungkin tak mungkin, untuk terus bersama
Jalani semua cinta, yang telah dijalani
Tapi bila itu yang,
kau pikir yang ter-baik untukmu
Bahagiaku, untuk dirimu

[Reff]

[Bridge:]
Simpan sisa-sisa, cerita cinta berdua
Walau tak tersisa, cerita cinta berdua

Still I have, in my eyes
Still I have forever

[#] ~~
[Reff] (x2)

Still love her, in my mind
Still love her forever


Comments
kekasih lama...

huhu...bang rozaimy cerita ni teringat saya kisah lama...hehe, betul lah mcm kat abg tu...jgn diigt sgt..ingat-ingat biasa dah le...mane bleh lupa...buang je perasaan syg tu abis cerita...compare dgn pasangan sekarang...cari kebaikan pasangan sekarang yang lebih dari dulu...sure kita tak terkenang-kenang punya...kalau takde kebaikan pasangan tu yg leceh...sendiri mau ingatlah...sure yang lama tu jugak akan dipuja..

pyan  at 01.Feb,2010 12:23

tak sangka pula dalam facebook berjumpa dengan bekas abang angkat yang pernah melamar saya.

beberapa kali dia hantar mesej barulah saya balas. dia pun sudah berkahwin dan anak 1.

selain bertanyakan kehidupan saya sekarang, sesekali mesejnya berbau rindu.

saya masih bujang dan tak ingin timbul masalah kemudian hari tetapi sesekali juga, saya terpesona dengan layanannya.

apakah yang patut saya lakukan?

Nuraisyah Juraimin  at 05.Mar,2010 10:30
Macam mana ye?

nak jawap soalan macam ni yang payah pasal kena batang hidung sendiri.

lelaki dah kahwin memang pandai menyusun kata-kata. Depa tak gelojoh, masuk ayat slow-slow...
Perempuan bujang sure cair punya. Kena pulak dia mengadu tidak bahagia dgn isteri dia sekarang... (itu lakonan aje)

kejap... ni macam kaedah aku aje.... he he he...

first step, kalau bini dia ada facebook, hang setkan isteri dia jadi friend. Barule dia beralas sikit. he he he.

Adakah dia masih sayang u? Saya pasti jawapannya YES.
Jangan tanya macam mana aku tahu.


Paling penting, hang cepat-cepat le kahwin. Kalau tidak, hang boleh jadi isteri nombor dua.

rozaimy  at 05.Mar,2010 11:03
Trackbacks
Post a comment