Penggunaan Yassin dlm sihir adalah antara ilmu tahap tertinggi dlm ilmu sihir. Guna ayat Al-Quran utk sihir? Setiap perbuatan bermula dgn niat. Niat jahat, jadi jahat le hasilnya. Bab syirik atau tidak guna Al-Quran ni kena tanya Ustaz le. Depa tak minta bantuan jin tetapi minta direct dgn Allah. So depa masih percaya Allah Maha Berkuasa.
Sihir guna Yassin ni, kalau discan memang tak nampak jin sebab tidak melibatkan sebarang jin. So kalau ruqyah pun tak memberi kesan. Kes macam ni, Tok Moh betul-betul usaha agar doa dimakbulkan oleh Allah. Boleh ke? Habis tu Iblis minta izin nak sesatkan umat manusia pun Allah izinkan. Maka minta apalah apa saja kat Allah. Macam aku selalu doa agar ada ada patient hadiahkan aku kereta starex. Naza aku cuma muat 7 orang aje. Starex boleh muat 11 orang. Anak cuma 4 org aje????
Future planning maaa.. he he he
Selalunya kalau kes macam ni aku serahkan kat Tok Belagak. Aku tak tahu nak buat apa. Pesakit pulak kena tingkatkan amalan zikir dan solat sunat.
Suami isteri kena sihir, suami sampai ada bengkak yang besar kat tengkok. Doktor tak nak bedah, risiko tinggi. Masa aku pergi Alor Star last year, Tok Belagak kasi JADAM aje (bukan KHADAM), tak sampai RM10. Alhamdulillah. Rupanya JADAM ni boleh surutkan bengkak, tak perlu jampi-jampi. Ini yg dikatakan unsur alami utk merawat penyakit.
Dalam 50 orang hadir, sampai tak cukup salinan yassin 40. Nasib baik ikut imam aje masa doa tu... so yg tak ada yassin 40 baca yassin biasa. Lepas tu ikut aje apa yg imam buat. Inilah kali pertama Pro Darul Saka membuat bacaan yassin 40 untuk memulangkan sihir. Sebab kes sihir ni teruk sangat, mana perawat yg datang merawat pesakit ni, pasti ada org ikut perawat tu sampai rumah. Lepas tu terus baling batu yg telah dijampi ke rumah perawat. Malam tu gerenti anak isteri kena kacau, depa baling pada siang hari. Tak selindung langsung. Itu sebab semua perawat hanya larat merawat keluarga ni sekali aje. Ini adalah ujian utk perawat. Tak semudah seperti disangka, kita memang ada shield baik punya, tetapi bagaimana isteri dan anak-anak?
Tak sampai sejam dah habis, kalau yassin 7 mubin ambil masa 1 jam 10 minit. Lepas habis majlis baca yassin 40, sepatutnya terus melantak (yg dibayar sepenuhnya oleh pesakit, tak ada bacaan utk orang yang baca yassin tu, semoga Allah sahaja membalas keikhlasan mereka membantu saudara seIslam yg menghadapi musibah). Memandangkan restoran yg menyediakan makan tu tak siap, maka bermulala sesi suai kenal.
Dalam majlis tersebut juga didoakan sekali untuk buat air ibu ubat. Berkotak-kotak air, peserta atau mana-mana pesakit yg tak bawa air, akan diberikan air mineral tu secara percuma. Ye laaaa, bukan pakai duit Pro Saka, duit orang yg ikhlas utk menderma...
Lepas tu pergi makan, sponsor by pesakit yg minta tolong bacakan surah yassin 40 tu.
Lepas solat asar berjemaah, mesyuarat pun bermula, tetapi aku terpaksa balik awal dlm 7.00 mlm sebab ada dinner kat area Sg Penchala.
end
asalamualaikum..
apa khabar abg rozaimy..
semoga Allah sahaja membalas keikhlasan mereka membantu saudara seIslam .
abg ada email tak?
saya nak minta pandangan dari abg boleh tak ?
email saya : fahmilatif66@gmail.com
terima kasih banyak2.