My Life:: Alternator Kereta aku rosak lagi
Posted at 07.Feb,2010 20:01  Comments 0 / Trackbacks 0
Malam tadi.....

aku keluar dari Pro Darul Saka lebih kurang jam 7.00 mlm, sampai kat rumah dlm 8.20 malam. 1 jam 20 minit. Jam dari tol rawang sampai le kat traffic light kat Taman Pelangi. Tak masuk akali betul. Dah lah masa tengahari masa nak pergi Pro DS jalan kat situ jem juga.

8.35 mlm keluar rumah, naik Iswara sebab kami berdua aje dpt jemputan untuk dinner kat Sg Penchala. Selama ni aku tak pernah accept sebarang jemputan kahwin yg perlu mengesahkan kehadiran.

Jalan Jem pulak kat Prima Selayang. Masa tu radio kereta start OFF and ON sesuka hatinya, aku perasan lampu jam agak pudar. Betul-betul depan restoran SMS kereta aku tiba-tiba mati engin, hidupkan tak boleh nak start. Hanya bunyi starter aje. Baru perasan lampu indicator alternator tidak menyala. Laaa rosak lagi le alternator kereta aku ni.

Nasib baik masa tu jem gilo, kereta tak bergerak. So aku dgn selamba tolak kereta aku ketepi. Masih mampu tolak kereta seorang diri. Isteri aku masih dok kat seat sebelah pemandu. Start engin, sama aje, bunyi starter. Buka bonet, tengok semua OK. Macam le aku tahu pasal kereta ni. Masa tu jam dah pukul 9.00 mlm.

aku nak tidur dulu laaa, esok sambung balik, sebab semalam cuma sempat tidur 1 jam aje.....

END - aku buat post baru



Comments
Trackbacks
Post a comment