Sebab jalan teruk, aku belok ke bulatan Batu Caves dan menuju ke DUKE, lepas tu lalu Kerinci Link dan terus pergi ke Sg Besi Tol.
Isi gas kat Kajang (RM6.22), exit bangi. Masuk Tol Ayer Keroh, Petronas yg terletak 700 meter dari tol dah ada NGV, buka 24 jam utk isi NGV (RM6.11). Seterusnya masuk Tol Air Hitam, kat simpang tiga lepas tol, belok kanan, 200 meter dari situ jumpa stesen minyak petronas yg ada ngv.
Balik Rengit lalu Parit Botak, lepas hantar air yassin 40 dan makan tengah hari, aku bertolak ke Batu Pahat sebab nak tengok pejabat baru kat Jalan Mohd Salleh belakang bangunan TM.
Dlm perjalanan, masa tu kat Melaka lagi, isteri dpt panggilan dari bapanya, jemput dtg makan Sup Pak Sooo kat kedai makan di Batu Pahat. Ibu bapa isteri aku tak tahu kita orang memang on the way to Batu Pahat.
Lepas habis ambil gambar pejabat baru, aku pun pergi le kedai makan tempah mak mentua tiri aku kerja. Laaa, tak sampai 100 meter aje dari pejabat baru. Terkejut beruk mereka. Depa ingat datang dari KL ke Batu Pahat semata-mata nak makan Sup Pak Soo. Lepas ni jangan depa ingat, bila call aje, aku boleh terus mai sana udah le.
Perut dah kenyang, kami pun minta izin untuk berangkat, next stop adalah Pekan Rawang di Muar. Pun sama, hantar air doa yassin 40. Itu ajele yg boleh aku tolong, tolong hantar air dia aje. Pesakit kena stroke, so sekarang anggota badan dah tak boleh nak gerak. Tak ada masalah urat, lebih kepada masalah tekanan perasaan. Pesakit tanya ada bawa ubat ke? So aku jawap adalah, boleh utk minum, boleh utk buat mandi dan sebagainya. Air doa tu sebagai ibu ubat, hanya perlu masukkan kan sedikit air doa tersebut kat bekas air yg lain.
Lepas mandi (badan panas oooooo, aircond memang sejuk tetapi cuaca luar panas sangat) aku solat jamak takhir dan minta izin nak berangkat, sebab next appointment kat Pro Darul Saka di Kota Kemuning di Shah Alam. Ada jemputan majlis Hari Jadi Tok Belagak jam 9.30 malam.
Meter mileage menunjukkan bacaan 153 KM, ada lagi 40 km sebelum kena isi gas. Malangnya dari pekan rawang ke Tol Tangkak banyak jalan berbukit, bila gas dah kurang, maka tekanan gas turun, so tak boleh nak pecut lebih 60KM masa naik bukit, belakang ada kereta la pulak, so terpaksa le aku switch ke mode petrol. Dari gas ke petrol boleh terus switch semasa kereta sedang bergerak. Tetapi dari petrol ke gas tak boleh terus switch, kena pastikan petrol betul-betul kosong kat kaburator baru boleh switch ke gas. Kalau bercampur, engin boleh mati. So dari tangkak ke air keroh guna petrol le....
Dalam perjalanan dari Tangkak ke air keroh, isteri aku dah siap tanda semua tugasan anak muridnya. Cuaca di luar kereta agak redup, ye la dah pukul 7.00 malam, kelihatan cahaya merah di ufuk barat. Agak romantis keadaan langit ketika itu... lagu di radio pun memainkan lagu cinta.... aku dan isteri hanya diam mendengar lagu tersebut. Tiba-tiba................. aku membuka mulut, utk memulai bicara.....
"Ok ibu, hari itu ibu dah buka ruangan soal jawap, so hari ini giliran ayah pulak. Ibu tanyalah apa saja kat ayah. Nanti ayah jawap. Tetapi ayah rasa dah tak ada rahsia ayah yg ibu tak tahu, kecuali ayah sendiri tak ingat. Biasala macam nyanyian broery maratika, 'tiada dusta antara kita"
aku memperlahan volume radio.
Aku dengan yakin boleh jawap semua soalan isteri aku nanti. Ye la, 9 tahun pengalaman mengajar, dah macam-macam soalan aku kena tanya. So aku confident le boleh jawap sebarang soalan yg ditanya oleh isteri aku.
tak tunggu lama, dengan suara yang perlahan, isteri aku bertanya:
"Abang dah jumpa bekas kekasih abang kat facebook, apa perasan abang terhadap dia sekarang ni"
Mak aaaiiiiii, macam rasa kena jurus bom nuklear. Perisai ibu lam tahap tiga aku tidak dpt menahan serangan jurus yg dilancarkan oleh isteri aku. Menyesal pulak aku main mainan soal jawap ni. Tu la pasal, over confident sangat...
Isteri aku ni pun, agak-agak le kalau nak tanya soalan. Kasi le jurus pistol dulu, diikuti jurus senapang, meriam dan sebagainya. Ini terus jurus guna bom nuklear. Ini dah kira shoot to death. Sadis sungguh jurus isteri aku ni.
Maka benarlah pepatah melayu yang berbunyi:
"terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya"
"bekas kekasih yg mana satu?" soalan dijawap dgn soalan lain. Saja-saja utk memberi sedikit masa untuk aku menyusun kata-kata.
Isteri aku tidak menjawap soalan tersebut, cuma dari lirik matanya aku tahu sapa yg dia maksudkan. Ye la macam le aku ada lebih dari seorang bekas kekasih.
Alamak dah jam 3.40 pm, 3.45 pm nak pi Monash University la pulak.... So buat sementara ni,
korang karang sendiri le jawapan aku tu. Kalau dah siap, bolehle email kat aku rozaimy@gmail.com
update: 12/2/2010
dipendekkan cerita, aku pun jawap le......
tetapi sorry le tak boleh nak tulis kat sini.. RAHSIA maaa.. Ye la kalau aku beritahu sikit, nanti sure ada yg buat cross reference. Bahaya ooooo, bukan bahaya kat aku, tetapi bahaya kat ex. Aku kan tok moh, nanti tak pasal-pasal ex aku kena sihir pulak.
Panjang juga le jawapan yang aku beri. Lepas tu aku tanya OK ke? Isteri aku jawap "bolehlah". Lepas tu tiada lagi soalan yg tanya oleh isteri.
Malam tadi, macam biasa, selepas solat magrib bersama isteri. Kami baring berehat sebentar sementara tunggu Isyak. Kalau aku tertidur, isteri akan gerak suruh pi surau. Macam biasa, kita bincang pasal anak dan isu keluarga.
Seterusnya aku tanya isteri, berapa markah aku dpt jawap soalan dia hari tu. Selalunya isteri aku akan beri markah 5 atau 6 out of 10. Selalunya masalah tatabahasa, kesinambungan cerita dan sebagainya. Habis dah kahwin dgn guru BM. Hampir setiap malam aku di evaluate oleh isteri. Aku yg suruh dia evalute aku selalu. Sekurang-kurangnya aku tahu sama ada aku boleh mencapai KPI yg telah dipersetujui bersama. Apa korang ingat gomen dan syarikat swasta aje ada KPI. Aku pun ada KPI dlm keluarga aku. Nanti aku cerita apa KPI aku.
Isteri aku kasi markah 1.5 aje. Teruknya.
Aku tanya kenapa teruk sangat markah tu, selalunya dapat 5 atau 6.
Isteri:"jawapan tidak menepati kehendak soalan"
No wonderlah aku gagal dalam ujian lisan masa kat asrama dulu. Cikgu tanya satu soalan, aku dah jawap semua soalan yg dia akan tanya. Begitu juga le dgn jawapan aku tempoh hari. Aku dah jawap semua soalan yg akan ditanya oleh isteri. Hampeh sungguh...
end....
err... walaupun kenangan lama datang sebab dia adalah kekasih den yang ko ... tapi den ni bersyukur kerana jodoh den dongan dinda .. Dinda adalah yang terbaik untuk den.. X kan ado yang boleh ganti pengalaman kito bersamo..