A.d.s

My Life:: Mahalnya bunga!
Posted at 12.Feb,2010 09:22  Comments 1 / Trackbacks 0
Setiap minggu Isteri pasti beli 3 kuntum bunga mawar merah. Selalunya harganya RM2.00 sekuntum....

TETAPI pagi tadi isteri call, katanya harga dah naik jadi RM15.00 sekuntum. Terkejut beruk aku. Rupanya pasal valentine day. Gila betul harga tu.. sebab isteri aku setiap minggu beli, tokey kedai offer RM10.00 aje sekuntum. Aku kata tak yah beli.

Apalah dia orang ni, bila hari kekasih baru sibuk nak beli bunga... kan tokey kedai ambil kesempatan.. buat le macam isteri aku, setiap minggu pasti dia beli 3 kuntum bunga mawar merah.

Ada sekali tu, masa lalu kat Selayang Indah, aku nampak ada kedai bunga. Aku pun beli dua kuntum mawar merah. Romantik tak aku?

Sampai rumah, aku terus kasi bunga kat isteri
"ayang, ni bunga ayah beli kat Selayang Indah"
Pasal kasi bunga aku panggil isteri aku 'ayang' kalau tidak aku panggil 'ibu' aje.

Isteri aku buka balutan suratkhabar yg membalut bunga tersebut. Dari raut wajahnya, dia macam terkejut.

Isteri: "Abang, besarnya batang"

Aku: "ayah punya memang la besar" aku ketawa kecil......

Isteri: "bukan batang tu la, ni ha" sambil menunjukkan batang bunga ros tu 2 kali ganda lebih dari biasa...

haiya.. aku sudah malu maaa.... lain kali bila cakap biar jelas....

tu yang bila ada kursus 'Suami Perkasa" last year aku cepat-cepat mendaftar. he he he......



Comments
Munge

dasat citer nie..

Ash  at 16.Feb,2010 15:51
Trackbacks
Post a comment