My Life:: Ustazah Lemas
Posted at 03.Mar,2010 22:48  Comments 0 / Trackbacks 0
Ada sapa baca Harian Metro hari ini. Aku baca pun masa pi singgah kejap kat pejabat BP yang lama. Berderau darah aku baca.... tu la bukan senang beristeri dua. Kat sini aku copy and paste sedikit beritanya.





KUALA LUMPUR: Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.

Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur...................



Comments
Trackbacks
Post a comment