My Life:: SMS Cinta
Posted at 06.Mar,2010 08:56  Comments 4 / Trackbacks 0
Khamis baru ni, ada orang belanja makan kat Kenny Rogers. So dalam dok borak cerita la pasal bab SMS. Ada yang cerita bila isteri hantar sms 'I luv u', dia recycle semula sms tadi 'I luv u 2'. Aku pun cakap apalah korang ni.... lain kali kalau malas siapkan template aje.... he he he

Pagi ni aku dan isteri hantar anak saudara pergi silat.
Kawan-kawan dia tak sampai lagi, tak kan nak tinggal anak dara dgn pesilat-pesilat lelaki. Sambil layan lagu dari thumb drive, isteri dok main games, dia complaint tak pernah habis level tu, anak-anak pun tak berjaya habiskan level tu. Aku pun tengok le, jangan risau pasal anak dia, tembak aje kat tempat yang menyala bila anak keluar... tak sampai 5 kali tembak, terus menang. Tengok tu, aku juga le yg boleh settlekan. Aku dah berzaman tak main games. Kira dah betul-betul taubat dari main games.

Lepas tu aku tak ada nak buat, telinga dengar lagu, mulut dok zikir utk rawat mak dari jauh, mak baru talipon kaki dia kejang. Tangan free, so nak buat apa? Tak kan tangan nak merayap ke orang sebelah. Multi tasking maaa..

Aku taip sms dan hantar kat isteri

"I love you very much"

Ketawa bini aku, anak saudara nampak... nasib baik tak sms ayat 18sx. Anak saudara cakap 'nasib baik ayah tak salah hantar'.

Lepas turunkan anak saudara, kami pun pergi makan kat Restoran Iman (nama kedai sempena nama anak dia yg sekarang sekolah di Semekar dalam tingkatan 3)

Order roti sardin, sambil menunggu, isteri masih main games.

Aku taip sms lagi

"Tiada kata yang lebih indah selain mendengar lafaz cinta dari bibir mu sayang".

Isteri aku balas "I love u 2"

Habis makan, sambil minum air kopi aku hantar lagi sms.

"Mencintai mu adalah peristiwa terindah dalam hidup ku. Akan ku simpan cinta ini seluruh hidupku"

On the way balik, aku tengok isteri tengah berkerut dahi dok fikir apa nak balas. Nak sampai rumah dpt sms dari isteri.

"Setiap degup jantungku terasa kehangatan cintamu"

Power tu.......

Lepas tu isteri mengeluh, 'lupa la, kena tengok buku balik"

Aku jawap le "mana aci, kena le tulis dari hati yang ikhlas"




Comments

ishkk , jeles je baca posting tn nie, mana2 perempuan kat luar sana semua inginkan suami raomantik mcm tn nie, nant kalau sy dah ada suami sy suh dia berlajar dr tn ...

ieza  at 06.Mar,2010 11:41
40+

tu pasal ramai bebenor perempuan muda jatuh hati dgn lelaki 40 tahun ke atas., kalau 50+ lagi le romantik dan caring tahap gaban...

rozaimy  at 06.Mar,2010 16:10
wow~

ishhh~ bgus betol tn....ne blaja nih ilmu2 romantik antartik nih..ekekekek~

kuyie  at 06.Mar,2010 17:14

ek elleh...tu pun nak tggu umur 40, semua tu dari kehendak diri la...

nfm83  at 08.Mar,2010 16:51
Trackbacks
Post a comment