Alamak jam dah 6.30 petang!, jom kita pulang nanti lewat pulak tiba dirumah. Maka kami pun beredar dari CM menuju ke Stesen Bas Klang.
Tiba-tiba, si dia berhenti seketika, seolah-olah ada sesuatu yang ingin dilafazkan. Matanya merenung jauh memandang ke arah bangunan DayaBumi, tangannya memegang erat tembok yang memisahkan CM dengan sungai. Sesekali wajah kelihatan lesu, seperti lesunya sungai yang mengalir dihadapannya.
Aku sedar semenjak tadi lagi, si dia seperti ingin menyatakan sesuatu kepada ku. Aku tidak dapat meneka apa yang terpendam di dalam hati si dia.
Untuk seketika, kami tidak bersuara. Aku melihat wajahnya sayu. Aku merenung, sambil menunggu. Aduh satu penyeksaan. Dalam situasi begini, aku tak mampu untuk memulakan bicara. Aku benar-benar dapat merasakan ada perkara besar yang ingin dilafazkan.
Tiba-tiba si dia menoleh kepada ku. Merenung mata ku, ku balas tenungannya. Masih tiada sebarang bicara yang keluar dari bibirnya. Aku pun masih terpaku dan kaku. Si dia kembali melihat ke arah Dayabumi. Cahaya merah diufuk barat yang menyenari langit menambahkan lagi kesyahduan. Aku masih setia menanti.
Dengan nada yang perlahan, si dia mula membuka mulut
"bang, mak tanya bila nak masuk meminang?"
Aku tergamam, aku langsung tidak menjangka soalan ini akan dianjurkan kepada ku.
"Zetty, kenapa?"
"Mak, dia kata kita dah 5 tahun berkenalan, tu yang dia suruh Zetty tanya abang. Sampai bila kita nak begini"
Terasa seperti bahu ku dihempap batu bertan-tan. Berat sungguh persoalan ini.
"Zetty, abang ingat selama ini cuma sekadar kawan biasa sahaja"
Ku lihat air matanya mula mengalir.
Sayu aku melihat seorang wanita mengalirkan air mata dihadapan ku. Aku tidak mahu menjadi seorang pendusta cinta dan aku juga tidak mahu melukai hati seorang wanita.
"Zetty, abangkan masih belajar, masih jauh lagi perjalanan abang. Dulu abang pernah pernah memberitahu Zetty yang abang tidak akan jatuh cinta selagi abang masih belajar"
"Zetty tahu, zetty masih ingat kata-kata abang dulu, tetapi bukankah lagi 6 bulan abang akan habis pengajian abang di Universiti".
Alamak, ye tak ye jugak, macam mana ni? Tak kan
aku dah berterus terang yang aku langsung tidak ada hati dengan dia. Selama 5 tahun berpacaran, aku langsung tidak pernah menyimpan sebarang perasaan terhadap si dia.
"Zetty, memang abang akan tamatkan pengajian diploma abang 6 bulan lagi, tetapi..."
Aku berhenti sejenak. Titisan demi titisan airmata si dia jatuh berlinangan. Aku rasa sungguh berdosa melukai hati seorang wanita. Tidak pernah terlintas dalam hati ini ingin mengecewakan si dia. Tak kan selama ini aku tidak boleh meneka peristiwa seperti ini pasti akan berlaku.
Perlukah aku berterus-terang yang aku masih lagi menyintai bekas kekasih ku. Si dia tidak pernah tahu yang aku pernah putus cinta 7 tahun dahulu. Ianya menjadi sejarah hitam dalam hidup aku. Sebab itu pintu hati ku tertutup untuk menyintai sesiapa pun. Alasan tidak mahu bercinta semasa belajar sebenarnya hanyalah alasan.
Perasaan bersalah semakin menebal dihatiku.
Hati ku berkata:
"zetty, abang tiada niat untuk membalas dendam, abang sebenarnya masih mengharap untuk menjalinkan semula perhubungan abang dengan bekas kekasih abang".
"Ya Allah, kenapa aku jadi begini, aku begitu kejam sehingga sanggup melukakan hati dan perasaan seorang wanita yang begitu setia menanti cinta ku selama ini. Kenapa aku tidak dapat menerima cinta si dia? Aku pernah cuba untuk menyintai si dia, namun aku gagal untuk menghikis cinta aku terhadap bekas kekasihku."
Aku rasa seperti seorang lelaki yang tak berguna, aku tidak layak untuk menyintai atau dicintai oleh sesiapa pun. Kalau masa boleh diputar kembali, aku pasti menolak pelawaannya untuk menjadi kenalan dahulu.
Aku langsung tidak menjangkakan perkenalan yang singkat dahulu boleh berlanjutan sehingga 5 tahun.
Kenapa aku tidak terfikir langsung perkara begini akan berlaku?
Kenapa aku membiarkan si dia menunggu ku selama ini?
Lagi sekali, aku merasakan yang aku tidak lagi layak hidup di dunia ini. 5 tahun adalah masa yang lama, aku terharu dengan kesetiaannya menanti cinta ku. Aku sudah cuba sedaya upaya menanam cinta ku terhadap si dia. namun aku gagal, aku tak bisa mencintai sesiapa pun. Mungkin sehingga akhir hayat aku tidak bisa menyintai sesiapa. Biarlah ia menyadi sumpahan pada diriku. Aku redha. Tetapi aku sedih apabila melihat air mata si dia mengalir.
Hujan mula turun, setitik demi setitik. Seolah-olah mengikut titisan air mata yang jatuh dari kelopak matanya si dia. LIHAT!, alam ini pun memahami perasaan si dia. Aku memang tak guna.
Aku mengambil nafas yang panjang sebelum menyambung semula bicara yang terputus tadi.
"Zetty, abang sebenarnya akan sambung belajar 4 tahun lagi. Zetty carilah lelaki lain menjadi suami, jangan lah Zetty menunggu abang"
Sebaik sahaja mendengar kata ku itu, si dia pun beredar tanpa menunggu ku. Itulah kali terakhir aku melihat Zetty. Aku berdoa semoga Zetty menemui lelaki yang jauh lebih baik dari ku dan memahami hati seorang wanita.
10 tahun berlalu, aku masih bujang. Cinta yang aku kejar tidak kesampaian. Bertahun aku mencarinya, namun aku tidak pernah bersua muka dengan bekas kekasihku. Mungkin ini balasan ke atas dosa ku melukai hati seorang wanita. Biarlah aku menghabiskan sisa hidup ini bersendirian. Aku redha di atas ketentuan Ilahi, aku tak ingin genetik yang tidak berperasaan ini mengalir ditubuh lain, yang nanti akan menghancurkan seorang wanita lagi. Biar aku sendiri, menyedari kesilapan kerana menghindari cinta yang mendatang kerna mengejar satu cinta yang terputus ditengah jalan.
Aku dari dulu sepatutnya telah sedar, tidak guna mengejar cinta yang terputus. Aku sepatutnya menerima cinta orang yang menyintai ku.

Comments
Post a comment