My Life:: Perlukah CINTA yang terputus disambung semula?
Posted at 07.Mar,2010 12:37  Comments 2 / Trackbacks 0
Alamak aku salah delete le.. so kena create balik topik ni....
Ini gara-gara nak pindahkan IKLAN jadi topik sendiri...

Senario 1: Dua-dua dah berkahwin
Entah mana silapnya, mungkin masa dan keadaan tidak sesuai, maka cinta yang dibina terpaksa diputuskan. Yang memutuskan mungkin kurang merasa kepedihannya. Sebaliknya si dia yang diputuskan, pasti kecewa kerana cinta yang diputuskan bukan kerana kesilapan atau kecurangan si dia. Hanya keadaan tidak mengizinkan mereka bercinta.

IKLAN:
"Ahhhh, lama sungguh isteri aku shopping, bila nak habis da." Aku mengeluh kepenatan. Untuk menghilangkan kebosanan, aku pun mula le merayau sekitar pasaraya GIANT yang tak besar mana pun. Sambil merayau mata aku liar melihat gelagat manusia membeli belah. Sedang aku leka mencuci mata, tiba-tiba ada mendengar suara dari arah belakang "Encik, boleh tumpang lalu tak!"

Alamak, suara awek, tanduk mula tumbuh atas kepala. Aku pun menoleh kebelakang, tanpa melihat wajahnya aku terus memegang troli awek tadi, hajat hati nak membetulkan troli dia yang tersangkut dengan troli aku.

Alhamdulillah, berjaya juga aku pisahkan. Lagi sekali awek tu bersuara "Terima kasih Encik". Nanti, suara tu seperti pernah ku dengar. Aku memandang tepat ke muka awek tu tadi. Aku terkejut, jantung ku berhenti. Mulutku seperti terkunci, tiada sebarang ucapan yg dapat aku lafazkan. Aku lihat, awek tadi pun tergamam bila melihat wajahku. Kami saling berpandangan, agak lama baru aku dapat melemparkan satu senyuman.

"Ita, buat apa disini?" soalan paling bodoh pernah keluar dari mulutku.

"tengah kasi ayam makan" balas Ita pendek sambil tersenyum.

Kami ketawa. Ita masih lagi pandai melawak. Aku pasti terhibur setiap kali bersama Ita, ada sahaja celotehnya yang menyebabkan aku tidak kering gusi.

Aku tak tunggu lama, terus tanya soalan killer.
"Ita, datang sini dengan sapa?" Aku benar-benar berharap dia datang dengan maknya.

"Ita datang dengan suami" jawap Ita perlahan sambil menunduk kepala.

Ahhhh sedih betul. Kegembiraan tadi telah dirobek dengan begitu pantas sekali. Aku tersilap langkah, sepatutnya soalan tersebut tak perlu aku tanya. Habis sudah peluang aku untuk meneruskan perbualan. Tiada kata dapat aku ucapkan lagi. Otak blank. Tiba-tiba HP aku berbunyi. Dari isteri ku.

"Ita, maaf ye, Zai terpaksa pergi dulu. Isteri dah panggil"

Aku terus beredar meninggalkan Ita disitu, baru 5 langkah melangkah, aku toleh kebelakang. Ita masih lagi berdiri disitu. Aku patah balik dan memberikan busines kad kepadanya. Aku minta dia call aku masa dia free.

Bermula dari pertemuan yang tidak dirancang, kami saling berhubung. Rupanya selama ini, Ita setia menanti surat dari ku. 4 tahun berlalu, tiada sebarang berita dariku, dia ambil keputusan untuk menerima pinangan rakan kolej dia dulu.

Memang tidak ada jodoh antara kami, rupanya selama ini Ita tidak pernah menerima surat yang aku kirim. Aku sangkakan Ita telah lupa akan janji kami. Kami pernah berjanji untuk menyambung semula cinta kami selepas tamat belajar. Cinta kami sebelum ini terpaksa diputuskan kerana ibubapa Ita tidak mahu kami bercinta semasa sedang belajar.

Aku masih menyimpan perasaan cinta kepada Ita dan aku pun dapat merasakan Ita jua masih menyintai aku. Namun perhubungan ini pasti tidak dapat diteruskan kerana Ita sudah beristeri.

Aku terpaksa akur ketentuan Ilahi, aku berdoa semoga Ita bahagia hingga akhir hayat bersama suaminya. Walaupun jauh dilubuk hatiku, keinginan untuk mengkahwininya masih ada.

Kini aku terpaksa menerima hakikat
"Cinta Tidak Semestinya Berakhir Dengan Perkahwinan"

End Iklan

Ringkasnya:
Sekiranya cinta ini diteruskan, pasti akan ada hati lain yang akan terluka (iaitu suami ITA dan isteri Zai). So elok elakkan.


Senario 2: Berkahwin dan Bercerai

Kadang-kadang bila berkahwin masa usia muda, macam-macam hal boleh berlaku. Ye la, kita baru nak hidup, gaji pun ciput aje. Pantang isteri tegur sikit, mula le nak marah. Isteri pun jenis tak sabar juga. Masa dating, semua berlakon baik punya. Bila dah baring sekatil baru tahu rupa dan perangai masing-masing. Masing-masing ada egonya. Ilmu agama bab nikah kahwin memang dah khatam, tetapi standard le, semuanya kat mulut aje. Tak percaya tanya Ustazah-ustazah yang glamour tu, kalau suami depa nak tambah cawangan, depa kasi tak? Korang agak apa jawapannya? Masa tu baru tahu Al-Quran dan Hadis hanya dimulut aje.

Menurut satu kajian yang dibuat di UK, ini aku dengar ceramah malam tadi kat surau. Poligami dapat meningkatkan umur suami sebanyak 12%. So kalau sayang suami, izinkan dia tambah cawangan. Rahmat apa dapat lama lagi bersama suami pasal umur lagi panjang.. he he he..

Bila dengar ustaz tu cakap macam tu, "aiseyman! isteri tak mai la pulak"

Balik dari ceramah terus beritahu Isteri, dalam 1 1/2 jam tu, aku cuma ingat bab tu aje (dasar lelaki, memang ingat benda tu aje). dan seperti biasa jawapan skema yang diberikan oleh isteri ku.

"kahwinla bang, janji abang boleh berlaku adil"

melalut la pulak aku ni....

balik semula cerita tadi, bila kahwin masa usia muda memang banyak ujian. Kena pulak isteri tak reti masak dan mengemas, suami pulak balik kerja terus lepak dengan kawan-kawan sampai larut malam. So dua-dua ada isu untuk dibangkitkan bila bergaduh. Mula-mula kecil, lepas tu isteri sibuk minta cerai.. itu standard orang perempuan bila bergaduh. Tu pasal talak kat tangan suami, kalau talak kat tangan isteri, banyak le lagi kes talak kat dunia ni. Tetapi ada juga lelaki yg otak letak kat bontot, bila isteri minta cerai, dia dgn selamba aje terus lafazkan cerai. Bila dah dilafazkan, baru tergamam si isteri, terus menangis masuk bilik kemas baju. Dah cerai maaa, mana boleh duduk sekali. Masa tak nikah dulu boleh duduk sekali, tetapi bila dah cerai tak boleh duduk sekali?????

Kalau kes macam ni, elok dipisahkan dulu. Jangan terus rujuk. Kena pergi kaunseling. Sebab ada kes, lepas rujuk, sebulan lepas tu kena cerai lagi. Ini dah masuk 2 kali, cuma tinggal 1 aje lagi peluang yang ada.

Jodoh ditangan Allah SWT, selepas lebih 15 tahun, pasangan ini berkahwin semula. Alhamdulillah. Sekali aku nampak pasangan di Selayang, berkepit macam pasangan baru kenal. Ye la, dah rugi 15 tahun.

***********************************

Ada juga kes bercerai yang terpaksa dilakukan demi keselamatan dan kesejahteraan orang yang kita sayangi. Walaupun berat untuk menerima hakikat yang penceraian berlaku disebabkan oleh SIHIR. Bila bersama, pasti ada gangguan. Bila berjauhan, sihir pun kurang dan akhirnya lenyap begitu sahaja.

Pendapat peribadi aku, sepatutnya pasangan ini
lawan sehingga ketitisan darah terakhir. Pertahankan masjid yang telah dibina. Sebagai seorang yang memegang title SUAMI sepatutnya mempertahankan ISTERI dan anak-anaknya dari sebarang gangguan sama ada dari gangguan secara zahir atau ghaib.

Malangnya, ada suami yang berlindung dibelakang isteri.
Sebelum aku teruskan catatan blog ini, aku minta maaf kepada kaum lelaki kerana catatan seterusnya aku akan kutuk kaw kaw punya. Aku memang jenis susah nak marah, tetapi bila aku berurusan dgn lelaki yang hanya mementingkan keselamaatan dirinya sahaja.

Isteri aku tahu, aku tak marah kalau orang langgar kereta aku tetapi jangan kacau anak dan isteri aku.
Tak kirale, kalau orang tu berparang dan aku cuma bertangan kosong. Lawan tetap lawan, menang atau kalah bukan penting masa tu. Yang penting adalah menyelamatkan Isteri. Janganlah pula bila ada orang mengamuk, kita lari dulu meninggalkan isteri berseorangan menghadapi serangan.

Begitu juga dengan kes sihir pemisah dan pembenci. Aku paling benci apabila suami dok diam aje, harap isteri aje yang berusaha. Sepatutnya kalau kita sudah tahu yg kita telah disihir. Kita sebagai suami patutnya tampil ke hadapan. Kita perlu siapkan diri kita dengan segala ilmu mempertahankan diri dan ilmu menyerang. Jangan fikir kalah atau menang. Itu bukan urusan kita, kalah atau menang biar Allah yang tentukan.

Jangan seperti anjing yg ditambat lehernya, hanya tahu menyalak









Senario 3: Dua-dua tak kahwin lagi
Senario 4:


Comments

bila citer nak start nie ... ;)

ieza  at 07.Mar,2010 13:00

luculah.. ka ka ka..

jun  at 19.Mar,2010 21:20
Trackbacks
Post a comment