CVT:: Hari Pembalasan - die die die
Posted at 11.Mar,2010 12:51  Comments 4 / Trackbacks 0
Malam ini, majlis membaca Yassin 40 akan dilakukan di Pro Darul Saka. Die Die Die..... aku bukan jenis pemarah. Tetapi aku memang tak boleh tahan apa bila budak kecil dijadikan mangsa sihir hanya kerana salah faham dgn ibubapa dia.

So harap pembaca blog doakan semoga pengupah dan Tok Moh ni mampus. Dan doakan agar usaha kami diberkati dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Ini ceritanya lebih kurang (dari perawat yg ada disitu -bukan aku)

ni yang saya tahu ler....En J dan keluarga adalah pesakit yang mendapat rawatan dari PRODS....saya dah tengok anak tu....ya ROBBI kesian nya....budaknya putih melepak tapi di setiap inci badan dia penuh dengan kuping luka luka sebab digaru...dah jadi macam kesan luka lepas accident motor....bayangkan lah kalau kita accident kulit bergeser atas jalan ...dan luka tu dah masuk hari keempat atau
kelima.....kuping jadi keras dan berair lagi ...bergerak mesti sakit yang amat...kata mak dia cadar mesti kena tukar hari hari sebab darah dan sebagainya...budak tu asyik merengek rengek ya Allah kesiannya....bayangkan lah umur baru 4 tahun...

anak En. J*** ni ada kembar
...kembar dia Alhamdulillah nampak sihat dan dia pun sedih dan tension tengok abang kembar dia mcm tu....berat mata memandang berat lagi bahu
memikul....sekarang mak budak tu pun dah ada tanda tanda kena...juga....so marilah kita sama sama memohon kehadrat Allah supaya pulangkan semula sihir itu pada kadar 7 juta kali ganda kepada
pengupah sihir, pembuat sihir dan kuncu kuncunya yang zalim tu....sakit tu kira macam santau luar le kot...tapi kata TgTB bisanya lebih dari santau biasa...

*********************************************
"semalam rasa macam nak zasss jer bila tengok budak tu dok jerit jerit garu dan gatal dan korek keroping kat kaki dia.. tapi tak ada jin kat dia..

depa layur kat patung..kasi panas dan terbakar..kat badan mak budak pun lebih kurang jer tapi parut dah sembuh..

masalahnya pengupah dan bomoh orang yang sama..tok puan kata ilmu penunduk yang dah jadik huru hara..bila tak dapat menunduk maka membakar kulit.. ambo dengar pun penuh insafff.."


Comments
Tak kena sihir

Pasal email saya, dah ada kat blog ni atau cari aje kat google.com, pasti jumpa email saya yg tertulis rozaimy di gmail.com

Suami u tak kena sihir. Saya scan tak kesan pulak jin sihir atau seerti dgn sihir.

Nak tahu suami kena sihir mudah aje, lepas perawat buang sihir tu, insyaAllah akan ada perubahan sedikit sikap suami dlm 3 hari tu. Lepas tu dia berubah balik, itu baru confirm suami kena sihir.

Tetapi saya rasa, selepas jumpa perawat yg mengatakan suami kena sihir, tiada sebarang perubahan berlaku. SEBAB BUKAN KENA SIHIR.

Memang dah HAK suami, puan pusing le macam mana pun, itu hak dia. Dah tertulis dalam AL-Quran.

Perkara pertama Puan perlu buat adalah REDHAkan, tak timbul isu beri izin atau tidak. Selagi Puan tak REDHA, puan tak mungkin menjadi seorang isteri yang taat kepada suami.

Yang penting sekarang, beritahu suami tu yang Puan redha di kahwin lagi satu. Cuma puan minta kat dia supaya berlaku adil. Adil dari segi nafkah zahir dan batin.

Kalau suami tahu puan redha, insyaAllah kurangle rasa bersalah suami tu, elokle balik perangai dia tu.

Masalah akan timbul bila puan berusaha memutuskan hubungan mereka. Kebanyakkan ilmu pengasih untuk dptkan suami ada pendampingnya. Bila puan mula melakukannya, dari pandangan isteri kedua, puan telah melakukan sihir ke atas suami dia (suami puan juga le). So bermula aktiviti yang kurang elok.

Selalu buat solat hajat, agar suami senantiasa menyintai Puan sepertimana Puan menyintai dia.

Tolong jangan buat solat hajat atau baca yassin agar mereka bercerai. DOSA tu.

Perawat ni, kadang-kadang bila dia cakap tak kena sihir, orang tak percaya, so jalan paling mudah kata aje kena sihir. Sebab isteri lebih suka dengar suami kahwin lain sebab kena sihir.

rozaimy  at 23.Mar,2010 15:30
apa kisah selanjutnya...

assalamualaikum....,
boleh tuan habiskan kisah selanjutnya...sebab saya pun ada mengambil Yaasin 40 dari sesawang tuan...

boleh detailkan sedikit bagaimana amalan yaasin 40 untuk di jadikan ianya ampuh adakah di elok kan di baca berjemaah atau sorang2

zakir  at 24.Mar,2010 16:53
Berjemaah

apa-apa pun elok baca berjemaah. Tetapi kalau susah nak berjemaah, sorang-sorang pun boleh.

ampuh atau tidak, bergantung kepada keikhlasan kita.

tetapi kalau nak ijazah, sila turun ke Pro DS, dan minta ijazah direct dgn Tok Belagak. Ada pembuka amalan dsbnya akan diberi.

rozaimy  at 26.Mar,2010 09:35
minta izin download & amal yasin 40

Salam,

tuan rozaimy, maaf saya cuba nak buka pdf yasin 40 tuan tu tapi tak boleh..error..saya minta izin kalau boleh tuan boh lagi yasin 40 tu & minta izin amal juga sbb dah banyak lama sabar asik kita jer kena,nak juga ajar org2 nie jgn ingat kita yg terkena nie asik terima jer apa yg depa wat jahat khianat selama nie boleh telan bulat2.....terima kasi...wassalam.

nuurs  at 10.Apr,2010 19:37
Trackbacks
Post a comment