My Life:: Biar lambat asalkan selamat
Posted at 12.Mar,2010 08:26  Comments 1 / Trackbacks 0
Khamis baru ni (11/3/2010), 5.50 pm terima satu call.
Memperkenalkan diri sebagai Rozila. Aku pun tanya Rozila mana ni? Pasal dlm hidup aku ni, aku dah jumpa 4 orang bernama rozila. (Rozila - adik aku, Rozilla - vendor, Rozila budak office aku dan last tak lupa juga ruzila - isteri aku).

oooo rupanya rozila budak office aku. Dia kata nak mai jumpa aku. Aku kata aku nak balik dah... dia nak juga jumpa pasal nak suruh aku hantar email ke semua orang.
Bila dia sampai, aku nak hantar email kepada semua orang, lain network mati pulak. Cuba guna wireless pun mati juga... Ini pasti kerja engineer aku ni. Dia seorang aje yg rajin mengetest dan menghack server dan network.

Nasib baik dia cuma hack vlan 200 aje. So yg kena cuma aku, kroni dan wireless user aje. Vlan 200 ni special sikit, segala aktiviti tak ada log dan tak perlu lalu proxy utk pergi Internet. Ada 3 lines Internet. 2 Streamyx dan 1 Jaring ADSL. Total bandwidth adalah 8Mbps.

Dah 6.10 pm, network aku tak ok lagi, so aku suruh engineer yg menjahamkan network tu baca email aku dan hantar guna nama aku. Standard le, administrator boleh baca semua email orang. Depa berlakon aje bila cakap "mana boleh baca email kalau tak tahu password".

Jalan agak sesak depan jalan bangsar, lepas tu jalan clear...... sampai aje taman wahyu, jalan ipoh, jln tiba-tiba aje berhenti. Apa hal ni, jalan depan ni selalunya tak jem.

Tiba-tiba HP berbunyi, dari Jakarta. Biasala masalah dengan pasangan. Aku pun dengar le luahan hati seorg suami. Apa korang ingat suami tak ada hati dan perasaan ke? Kita org pun ada hati. Kalau isteri buat bodoh aje atau buat tak endah, terguris juga hati ni. Cuma kita orang kontrol macho aje. Cuma janganlah Allah ambil nyawa suami masa suami tengah marah atau dlm keadaan tidak redha ke atas sikap isteri. CONFIRM masuk neraka dulu.

Aku heran sungguh, ada juga isteri-isteri yang sanggup lukakan hati suami, itu belum kes maki suami. Itu belum kes Isteri letak pad yg ada darah haid kat nasi suami yang tengah panas tu.

Aku bersyukur bebenor dapat isteri yg tidak macam tu. Dia cuma berdoa setiap hari supaya dapat suami dan anak yang beriman dan segala ciri-ciri yg baik. Ini doakan suami pun tidak, alih-alih nak suami tu baik kat kita. Kalau ada masa, rajin-rajin le solat hajat agar suami tak cari lain. Ini suami dah ada spare part, baru sibuk nak cari Ustaz atau baru nak mula buat solat hajat.

Aku sendiri, hampir setiap hari buat solat hajat agar isteri senantiasa menyintai aku. Walaupun aku ni handsome dan romantik, tetapi risau juga isteri disambar orang. Ye la, isteri cantik.... sebelum solat hajat aku niat:
"Ya Allah aku bermohon padamu, tanamkanlah perasaan cinta isteri ku terhadap diriku, seperti mana aku menyintainya"

Balik semula kepada kisah biar lambat asalkan selamat.
Tak pernah jem seteruk ini. Dah 3 ambulan, 1 van JPA, bomba, polis dan macam-macam la.... rupanya dlm jarak 50 meter tempat yg mula jem tu. Ada kemalangan. Yang aku nampak 2 kereta (satria dan honda) kemalangan, ada dua susuk tubuh dah di cover polis. Kemalangan kat Tesco Selayang, betul-betul lepas stesen minyak mobil.

Esoknya, masa aku isi RON130 kat kereta, aku tanya pekerja pam minyak. Rupanya ada juga motor yg terlibat. Kata dia mungkin 3 atau 4 orang mati masa tu.
Pernah sekali aku balik malam, ada kereta berlumba dan memotong kereta aku, entah macam mana, tiba-tiba kereta tu melompat ke haluan bertentangan. Nasib baik tak kereta kat haluan tu. Kalau tidak, menyusahkan aku aje.

Aku bersyukur le aku lewat 10 minit hari tu. Ada sebab kenapa Allah gerakan engineer tu utk sebotaj vlan aku.

Setiap yg berlaku pasti ada rahmatnya.


Comments

::tgh tunggu contentnya nie::

ieza  at 12.Mar,2010 10:46
Trackbacks
Post a comment