My Life:: Catatan buat wanita diluar sana.
Posted at 12.Jun,2010 14:08  Comments 1 / Trackbacks 0
Assalamualaikum,

Saya simpati dgn masalah yang saudari alami,
tak perlulah saudari berusaha mendapatkannya kembali.
Terlalu ramai lelaki bersikap seperti ex saudari. Tentu saudari pernah terbaca kisah yang sama di
suratkhabar sebelum ini, di mana lelaki ini datang ke rumah dan menyatakan hasrat untuk
bertunang dan tidur di rumah bakal tunangnya. Disebabkan percaya mereka akan berkahwin,
wanita ini menyerahkan mahkotanya. Selepas kejadian tersebut, lelaki tersebut terus meninggalkannya dan wanita itu kini sedang mengandung.

Pengunaan kaedah LAM atau solat hajat hanya menyakitkan hati dimasa hadapan. Ditakdirkan saudari memperolehinya kembali, sanggupkah saudari
menjadi hamba seks dia sahaja dan pada masa yang sama dia berpelisiran dengan perempuan lain. Walaupun saudari sudi bermadu, lelaki seperti ini tidak mahu terikat dgn sebarang ikatan perkahwinan.

Usahlah tanamkan cita-cita untuk mengubah perangai seseorang menjadi baik kerana perbuatan tersebut hanya sia-sia sahaja.

Apa yang sudah berlaku, biarlah ianya berlalu. Jangan cuba melupakannya kerana cubaan itu pasti gagal. Jangan cuba mendapatkan kembali cinta yang tidak pernah wujud dihatinya. Apa guna mencintai seseorang yang tidak mencintai dan tidak melayani kita seadilnya. Biarkanla ia berlalu begitu sahaja, usah diterbitkan perasaan benci kepadanya kerna semua ini adalah salah kita jua kerana tengelam di dalam lautan
cinta terlarang.

Biarlah ia pergi jauh dari sisimu agar diri tidak tengelam buat sekelian kali dalam pelukan nafsu pada setiap kali lafaz sesalan dan kemaafan si dia ucapkan. Seorang
lelaki yang mukmin tidak akan merobek kesucian seorang gadis.

Ingatan pada sidia, jadikanlah ianya sebagai pengalaman dan pengajaran yang berguna
agar kesilapan yang sama tidak berulang.

Saya tidak mungkin dapat merasai kepedihan dan kesedihan yang saudari alami, maka tidak wajar untuk saya memberi komen atau nasihat panjang lebar,
tetapi percaya ALLAH tu Maha ADIL. Mengadu la kepada NYA.

Kita semua tidak MAKSUM, pasti ada dosa yang kita lakukan. KepadaNYA La kita memohon keampunan. Percayalah, Allah Maha Pengampun.
Buatlah solat taubat selalu, agar kita diberi pengampunan dan ketenangan.

Setiap kali kita dalam kesedihan, ingatlah ALLAH dengan berzikir namanya

Setiap kali kita dalam kepedihan, ingatlah ALLAH dengan berzikir namanya

Setiap kali ingatan si dia bermain dlm kotak fikiran, ingatkan ALLAH dengan berzikir namanya.

Bacaan surah Yassin merupakan terapi paling baik untuk menenangkan jiwa yang bercelaru.
Bacalah surah Yassin dikala perasaan kecewa membuak-buak.

Aktifkanlah diri dengan aktiviti-aktiviti luaran agak ingatan kita tertumpu kepada aktiviti tersebut.
Elakkan diri bersendirian kerna ia hanya akan mencetuskan perasaan kecewa.

Cari la kekasih lain yang tidak mengambil kesempatan, yakinlah, diluar sana PASTI ada lelaki yang sesuai dijadikan suami.

Yang PASTI, perubahan bermula dari diri kita.
InsyaALLAH, semakin kita mendekati Allah s.w.t,
kesedihan PASTI akan berkurangan.

Kalau saudari masih berkehendak kepada si dia,
setiap malam lakukan la solat tahajud, taubat dan hajat.
Mintalah Allah tanamkan perasaan cinta ke dalam hatinya sepertimana cinta saudari terhadapnya.

Semasa tidur, bacalah surah al-mulk ayat 14 sebanyak 33x sambil tidur mengiring kekanan, bacalah sehingga tertidur. Lakukan setiap malam sehingga mendapat petunjuk dari Allah sendiri. Kerna hanya Allah Maha
Mengetahui.


Comments

Saya suka baca posting nie, sy juga seperti tidak mahu menunggu lelaki lembab yg entah suka pada sy lagi atau tidak

ieza  at 21.Jun,2010 09:47
Trackbacks
Post a comment