My Life:: Tahun Yang Sibuk
Posted at 18.Jun,2010 16:14  Comments 1 / Trackbacks 0
Tahun ini tahun yang paling sibuk....
ingat bila dah pencen mengajar (cepat bebenor aku pencen) nak lepak kat rumah sambil tengok anak membesar... malah dua anak bujang aku lebih besar dari aku, malah perangai anak sulung saling tak tumpah macam aku, tetapi bab awek ramai ajela yang dia ikut. Bab lain tak nak ikut pulak. Cuma anak tu menang le, sebab masa form 4 aku kehilangan kedua-dua awek tetapi anak sulung aku dah form 5 masih dpt maintain 2 awek lagi walaupun dua-dua awek pernah datang rumah serentak....

Si angah, awek? entah le, masa dia kurus dulu ada le awek sampai bil SMS aje RM300 sebulan... kasi warning, masih dok SMS the next month, terus aku call Celcom utk terminate SMS kat nombor anak aku.
Alih-alih makin tahun makin membesar. Berat pun sudah mencecah 90KG. Kalau kasi SMS, poket aku yang kurus, kalau tak kasi SMS, perut anak aku yang makin membesar. Awek ni main peranan penting juga bila masuk bab penampilan. Along dulu gemuk juga, bila dah ada awek (dua pulak tu mungkin tiga...??). Dia dah pandai jaga makan dan start angkat berat. Sekarang slim gila si along. Ramai yang memuji along handsome, tetapi macam biasala, mana boleh lawan kehandsomeman ayahnya..

Anak dara aku yang dua orang tu pun dah besar, si kakak dah ada 3 peminat. Nasib baik le semuanya kakak tak berkenan. Mula-mula ingat nak sound juga si kakak supaya jangan ada pak we masa belajar tetapi isteri dah perli "kakak, ayah tu nak balas dendam". Laaa tak terlintas hati aku bab dendam ni walaupun salah satu sebab aku break dulu sebab mak bapa si awek tak setuju bercouple masa belajar.

Anak dara aku seorang lagi, tak habis-habis dengan manjanya, berat dekat 40KG, tetapi masih dok suka minta aku dukung. Nasib baik le ayahnya kuat lagi. Si kakak tu nak sangat aku dukung dia, tetapi malu. Tetapi dari kata-katanya "kalau ayah larat dukung adik, ayah mesti larat dukung kakak, adik lagi berat".
Malu si kakak bila aku over nak dukung dia. Ye la, dah tingkatan satu.. besar dah.. walaupun dulu suka bebenor tidur bawah ketiak ayah.

20 tahun bekerja ditempat yang sama (aku tak pernah complaint)

18 tahun berkahwin dgn wanita yang sama (pun aku tak complaint, alhamdulillah dpt isteri yg penyabar)

19 tahun menyintai wanita yang sama (pun aku tak pernah complaint, alhamdulillah, Allah membuka hati ini untuk menerima cintanya)

27 tahun mengenali wanita yang sama (pun aku tak pernah complaint, alhamdulillah, sapa sangka ianya bermula dengan contengan yang aku buat dikertas lagu lirik pak we si dia kasi)

sambung nanti

Tahun lepas genap 40 tahun umur aku, aku pun stop mengajar. Memang ada tawaran mengajar di Universiti tetapi masa mengajar jatuh kepada hari Sabtu dan Ahad. Memang dari dulu aku mengelak dari mengajar atau bekerja hari Sabtu atau Ahad. Kedua-dua hari tersebut aku khaskan untuk bersama isteri dan anak-anak. Hanya hari Isnin hingga Jumaat aje aku sibuk tahap gaban. Kalau mengajar sebelah siang, malam aku kerja kat pejabat. Tiba rumah dalam pukul 2 atau 3 pagi.
6.30 pagi bangun tidur.. Itulah rutin aku selama 9 tahun sebelum aku pencen mengajar. Tahun lepas aku pulak sibuk merawat kes-kes sihir. Tetapi yang pelik, majoriti kes yang aku terima adalah kes sihir pemisah dan sihir pembenci.

Tahun ni pulak, pejabat sibuk dengan KPI, habis semua sibuk nak capai KPI. Aku turut terlibat samala... buat masa ni aku sibuk tolong orang jayakan KPI mereka, itu yang aku dok kehulu hilir. Proposal aku utk KPI tak hantar lagi.. aku harap dapat laksanakan masa cuti sekolah nanti.. boleh le bawa anak-anak jalan sekali.

End


Comments
A JOURNEY TO REMEMBER

Tergelak dan terharu aku membaca entri ni , alhamdulillah teruskan perjuangan encik , seorang bapa yang serba boleh .. :)

ZELL  at 16.Jul,2010 10:41
Trackbacks
Post a comment