My Life:: Perutusan Hari Bapa
Posted at 20.Jun,2010 11:21  Comments 0 / Trackbacks 0
Bapa, Ayah, Papa, Father, daddy dan panggilan seerti dgnnya adalah title untuk seorang lelaki yang sudah/pernah mempunyai ikatan dengan seorang wanita (wanita-wanita) DAN wanita tersebut melahirkan anak/anak-anak hasil dari kerjasama yang telah dilakukan. Bukan senang ooooo nak dapat anak, kena usaha lebih. Kepada yang dah kahwin tetapi tak ada anak lagi, cuba lagi dan lagi. Alternatif guna kaedah CVT balun nw16 dan nw17 banyak-banyak atau jumpa Tok Belagak kat Darul Saka bawa air sulung. Apa itu air sulung? Search aje kat blog ni, jumpa le jawapannya.

Aku termasuk dlm golongan yang orang panggil BAPA, tetapi anak-anak aku semua panggil aku AYAH, malah anak saudara aku pun panggil aku AYAH. Kawan-kawan isteri aku pun panggil aku AYAH. Cuma anak adik aku yang kat Melaka aje yang panggil aku AYAH GEMUK sebab nak bezakan antara AYAH mereka dengan AYAH yg hensem ni.

Apakah tugas Ayah?
Entah le, lama dah tinggal kursus nikah kahwin dulu.
Standard piawai: "sediakan nafkah zahir dan batin"

Zahir seperti makan minum (janji tak kebulur, bukan tanggungjawap ayah utk kasi makan MCD, Pizzahut atau KFC, itu kira bonus le)

Zahir seperti tempat tinggal atau tempat berteduh. Adakan le semampu yang boleh (rumah 7 bilik dgn 6 bilik air tu dah kira bonus le. Utk anak dara ayah, mandi la bilik air sendiri, tak molek anak dara dok berpindah bilik mandi)

Zahir seperti pendidikan. Sekolah dan buku semua ada, rasanya terlebih buku kat rumah tu, cuma tak ada yang minta membaca (kamus elektronik bersuara tu dah kira bonus le)

Batin seperti kasih sayang, ayah sayang semua anak ayah. Sayang ayah sama rata pada semua, cuma adik yg gedik tu ayah selalu kiss dan dukung. Tak kan nak dukung kakak, abang long atau abang ngah. Boleh patah pinggang ayah ni.

Batin seperti ibadah, insyaAllah sekiranya ada masa terluah, kita akan bersembahyang berjemaah bersama. Kalau ayah tak ada, suruh le si abang jadi imam. Tengok TV atau Facebook, tengok laaa.. tetapi solat jangan lupa. Solat adalah tiang agama. Solat le tanpa perlu disuruh oleh ibu. Solat lah kerana Allah bukan kerana ibu. Kalau nak solat kerana ibu, solat la juga. Ikhlas tu nanti datang kemudian.

Apa lagi tanggungjawap bapa? Mmmmm blur...

Ayah tak mungkin menjadi seorang ayah yang sangat mulia seperti Rasulullah atau pandai memberi nasihat seperti Luqman Al Hakim, namun ayah akan cuba memperbaiki apa yang kurang.

Ayah tak mungkin boleh hidup selama-lamanya, kalau ayah ikut umur arwah bapa ayah (atuk), ayah cuma tinggal lagi 15 tahun untuk hidup. Mungkin lebih atau mungkin kurang, mungkin esok dan mungkin sekejap lagi malaikat maut akan cabut nyawa ayah.

Sekiranya malaikat maut mencabut nyawa ayah, ayah redha, tak akan rasa terkilan walau sebesar zarah pun. Ayah pasti dan yakin, rezeki anak-anak ayah semua Allah S.W.T yang tentukan. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Kita sebagai hambanya hanya perlu menjadi HAMBA sebenar HAMBA. Jangan sesekali mempersoalkan ketentuan Allah. Kita tidak punya apa sebenarnya. Ayah cukup bersyukur kerana Allah memberikan ayah seorang isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh. Anak-anak yang mendengar kata ibubapanya.

Ayah tidak pernah memaksa anak ayah untuk memperolehi A dalam peperiksaan, tetapi ayah hanya mampu buktikan yang ayah mampu dapat A. Dalam dairi hidup ayah A- bererti GAGAL. Anak-anak ayah semuanya bijak, yang membezakan cuma USAHA. Kejayaan tak akan datang bergolek tanpa usaha.

Ayah juga tidak mahu anak ayah hanya mementingkan pelajaran. Apa guna dapat A, tetapi kita tiada rakan atau sahabat handai. Maka pilihlah sahabat yang baik kelakuannya. Sekuat mana iman kita, pengaruh rakan banyak memainkan peranan dlm membentuk peribadi kita.

Ayah tidak pernah melarang anak-anak ayah 'berdating'.
Cuma pesan ayah, "JANGAN SESEKALI SENTUH pasangan kita, walaupun hanya untuk bersalam"

Mana boleh? Boleh aje.
Kalau tak boleh macam mana? Jangan pergi dating. Full STOP.

Untuk anak dara ayah, kalau nak 'dating' pastikan Angah atau Along ikut sekali. No dating dating tanpa Along atau Angah. (ini mesti ibu ingat ayah nak balas dendam he he he)

Apa lagi ayah nak nasihat??? kan, ayah bukan reti nak nasihat. Apa yang penting sekali, jangan lupakan ALLAH, lupakan Ayah tak apa. Jangan sesekali lupakan ALLAH. Ayah pasti binasa namun ALLAH PASTI TIDAK AKAN BINASA. Ayah banyak cacat celanya, tetapi ALLAH PASTI SEMPURNA.

Jangan sesekali tinggal SOLAT, zikirlah nama Allah selalu, dengar la nasihat IBU, jangan sesekali meninggikan suara pada IBU.


Wassalam


Comments
Trackbacks
Post a comment