My Life::
Sumpah! Benda ni berlaku secara tiba-tiba aje.
Penghujung bulan lima baru ni, aku dan isteri pergi shopping kat Tesco Rawang. Lagi beberapa hari adalah hari ulangtahun perkahwinan ke 18 tahun aku dengan isteri.
Bila isteri masuk aje Tesco, aku pun melencong ke Kedai bunga. Mana tokey bunga ni... berjanggut tunggu tak mai juga. Nak berniaga ke atau tidak ni? Aku nak beli 18 kuntum mawar merah dan sekuntum mawar putih. Hajat hati tu ingat masa 1 Jun nanti, aku ingat nak suruh tokey kedai hantar bunga dan surat kat Sekolah tempat isteri aku mengajar.
*****************
Ingin ku bermadah mengenai cinta kita,
Namun ku ketandusan ilham,
Ingin ku melakarkan kisah cinta kita,
Namun seninya tiada pada ku,
Ingin ku luahkan perasaan cinta,
Namun lidah ku kelu,
Ingin ku katakan 'aku cinta padamu sepenuh jiwa ku' ,
Namun kata-kata ku tengelam dalam lautan cinta mu,
Terlalu banyak keinginan ku terhadap mu,
Namun ku terasa tidak layak menerimanya cinta tulus mu,
Apa yang mampu ku berikan hanyalah sekuntum mawar putih yang dibaluti dengan 18 kuntum mawar merah
sebagai simbolik setahun menyintai mu sebelum
aku mengambil keputusan untuk mengahwini mu
dan sudah genap 18 tahun kita melayari bahtera perkahwinan bersama.
****************
Dah penat menunggu, aku tanya le tokey kedai lain, "mana perginya kakak ni?" Rupanya dia keluar kejap, tetapi pintu kedai tak tutup.
So aku masuk balik Tesco, cari kad ucapan. Habis aku selongkar... akhirnya aku jumpa juga. Aku letak balik kad tu, dan cuba simpan dlm otak aku lokasi kad tersebut supaya mudah aku cari nanti. Ye laa tak kan nak beli masa isteri aku ada... tak surprise le.. Aku ni tak habis-habis nak kasi isteri surprise aje...
Aku keluar dari Tesco dan kaki ku melangkah semula ke kedai bunga.. laa tak ada lagi.. ni nak berniaga ke tidak ni....., aku buat pusingan sepanjang deretan kedai. Aku disapa oleh agen insuran BSN. "Terima kasih aje bang"... aku pun berlalu.. Aku pusingan lagi.... tetapi tokey kedai tak balik-balik lagi.... memang tak rezeki. Kena guna plan B ni. Terpaksa le aku beli kat kedai lain dah kasi pada malam 1 Jun tu. Kurang le surprise. Mungkin tokey kedai tu tak nak duit dari sumbangan ikhlas orang kasi kat aku pasal tolong settlekan masalah mereka.
Tiba wonderpet menyanyi "apa yang penting, kerjasama". Alamak isteri dah call. Biasa le dia cuma tolong beli, aku pulak tolong bayar. Aku biasa le guna kad plastik aje.
Lepas bayar, aku pun tolak le troley tu ke tangga bergerak. Lagi 3 meter nak sampai ke tangga bergerak, kedengaran satu suara memanggil ku.
"encik rozaimy, encik rozaimy"
Daaa sapa pulak panggil aku kat tesco ni. Panggil encik pulak tu... aku pun menoleh ke kanan. Laaaa bekas budak office aku. No wonder la dia panggil aku encik. Budak-budak perempuan kat jabatan aku panggil aku encik tetapi budak perempuan dari jabatan lain panggil aku 'ABANG'. Kalau depa panggil 'ENCIK' aku buat tak dengar, kalau depa panggil aku 'PAKCIK', aku terus potong line Internet mereka.... he he he. Itu baru dpt kuasa jaga Internet kat office, belum dpt kuasa jaga MALAYSIA lagi tu.
Rupanya budak perempuan ni jaga booth BSN tadi. Aku pun tanya le "B... bukan ke agen insuran Prudential?"
"betul laa kan tuuu booth Prudential BSN"
la macam mana aku tak perasan perkataan Prudential, yang aku perasan cuma BSN aje. Aku pun tegur le kenapa tak beritahu yang dok lepak kat Tesco Rawang 4 hari. Kebetulan hari tu adalah hari terakhir dia kat situ. Kalau boleh nak ajak makan-makan. Isteri pun sokong cadangan aku...... kami bertiga pun berborak le.....
tiba-tiba......
sedang kami berborak, badan aku masih mengadap trolley, isteri sebelah kiri, budak insuran tu sebelah kanan. So aku tengok muka dia dalam sudut 45% dan aku lebih tinggi. Mula-mula semuanya ok, aku memang dah biasa borak dengan budak insuran ni.
tiba-tiba... berapa banyak tiba-tiba daaaaa......
tiba-tiba satu transformasi berlaku pada wajahnya,
aku terpegun, lidah aku kelu... mata aku tertumpu pada mukanya. Mata aku langsung tidak berkelip.
"Mustahil!" hati kecil aku berkata.
Aku pejamkan mata aku sekejap dan dgn perlahan-lahan aku membuka balik kelopak mata ku.
"Mustahil!" aku tidak percaya apa yang aku lihat.
tiba-tiba wajah itu berkata sesuatu kepada aku, malangnya aku kurang memberi perhatian sebab otak aku sedang kelam kabut untuk mentafsirkan imej pelik ni.... yang aku perasan si dia menegur ku mengunakan nama 'manja ku'. Setahu aku, cuma tiga orang aje yang menegur aku menggunakan nama itu. Suara dan wajah tu adalah dari orang yang pernah aku kenali. Nasib baik aku tak tersebut nama dia kat situ. Kalau tidak, sure aku kena hempap dgn trolley.
Untuk mengelak kejadian tidak diingini, aku cepat-cepat minta izin untuk beredar. Karang aku terpeluk bini orang lagi haru....
Sepanjang malam, aku dok imbas kembali wajah budak insuran tu. Flashback semasa dia bekerja kat jabatan aku. Confirm tak ada satu pun raut muka dia sama dgn wajah yang tiba-tiba muncul tu... Heran.... adakah tadi aku tengah 'angau'. Tak mungkin, sebab aku dok sibuk fikir pasal nak buat surprise untuk isteri aku. Alih-alih aku yang kena surprise. Wa kena beb..
Adakah aku kena LAM, aku memang tak suka scan orang tanpa izin mereka.. tetapi keadaan darurat maaa. Tak ada pulak orang LAM aku... mmmmmm.. Heran bin ajaib.
end......
(Adakah ini yang dikatakan angau?)

Comments
Post a comment