My Life::
Catatan Perjalanan dari KT ke Rawang
12.25 tengah malam, aku bertolak dari Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Aku kena balik malam ni juga kerana esok pagi tempat jam 9 pagi aku perlu berada di Pusat Rawatan One Darul Saka (PRO DS). 22 Mei 2010 adalah tarikh keramat buat PRO DS kerana buat kali pertama kursus dijalankan disitu.
Kereta Iswara yang aku beli 2 tahun lepas dengan harga RM5K berjalan dengan lancar. Perjalanan kali ini aku menggunakan mode petrol sebab kat area Trengganu tak tahu di mana stesen Petronas yang ada menjual NGV. Kelajuan kereta cuma 80 hingga 90 Km/j. Ye la, aku tidak biasa dengan keadaan jalan disini. Aku membuka sebungkus paket berisi asam daun limau buat makan untuk menghilangkan mengantuk. Ye la, aku tak merokok jadi makan asam adalah cara untuk aku menghilangkan mengantuk.
Tiba di Rantau Abang, ada satu road block. Aku melintasi road block tanpa sebarang masalah. Dulu aku pernah kena saman di Dungun kerana membawa 90Km/j di kawasan 60KM/j. Masa kena tu jam 2.30 pagi. Polis yang tahan aku tu boleh tanya:
"Encik tahu tak speed limit kawasan ni" .
Aku jawap le sejujurnya
" tahu, 60KM/j" .
"Habis tu kenapa encik bawa 90KM/j?".
Aku kasi lesen dan IC, sign aje surat saman. Dalam hati berkata juga "gila ko apo bawa 60KM/j pagi-pagi buta ni.. babi hutan lagi laju" .
Aku melintas pekan dungun dengan perlahan, punya la banyak traffic light. Banyak sungguh perubahan yang berlaku. Pada tahun 1993 setahun juga aku dok ulang alik dari Batu Caves ke Dungun ni. Tempat penginapan popular masat tu adalah Tanjung Jara Beach Resort. Masa tu sewa bilik untuk sehari adalah RM180 (harga tahun 1993 tu), kalau tambah seorang lagi kena tambah RM25.00. Tetapi memang besar le. Bilik air + almari separuh dari rumah murah dua bilik. Aku ingat lagi, bila aku check out selepas 2 minggu menginap disitu, mamat cashier tu respect gila pasal aku bercuti kat situ sampai 2 minggu. Lepas tu hantar dobi hampir setiap hari guna express laundry (50% extra charge). Hantar pagi, petang siap. Entah berapa ribu aku tak pernah ambil tahu. Main sign aje. Tetapi bila setiap bulan aku dok mai dan tinggal dua minggu lagi, dia dah tak tanya lagi.
Kat pekan Dungun ni la juga aku pernah ditahan oleh seorang lelaki (2 pagi masa tu), dia kata dia tertinggal bas kilang. Dia nak pergi kerja kat Kilang Cemical (berdekatan dengan PERWAJA), aku kata kat dia yang aku cuma pergi sampai Kerteh aje. Dia kata tak apa, nanti kat Kerteh dia tahan kereta lain. Sepanjang jalan kami berborak bila sampai di Kerteh, aku tak sampai hati nak tinggalkan dia kat tepi jalan, so aku teruskan perjalanan juga. Dia kata banyak le minyak habis sebab nanti aku kena patah balik. Aku kata tak kisah, pasal kereta syarikat, isi minyak kat SHELL free, sign aje. Aku ni betul-betul menggunakan kemudahan yang disediakan.
sambung.......

Comments
Post a comment