Rupanya senang aje nak tambah subjek. Klik aje kat Link Useful Link. Mana le aku tahu ada link utk tambah subjek kat situ. Patutnya link dibuat pada page masa kita daftar secara online. Bukan diluar page tu. Pening aje.
Lepas tu pergi account. Kena RM 945 utk dua subjek, itupun lepas tolak RM30 sebab projek I tak ada exam. Tetapi yuran kelas kena bayar juga walaupun kelas tak ada. So harga sebenarnya RM 1050. Sebab bayar habis OUM kasi diskaun 10%. Last semester cuma kasi diskaun 4% aje.
Bayar sekali untuk isteri. so hari ni habis RM 1890. Banyak juga duit aku. he he he. Aku guna kad bapa tiri (master dan visa). Patutnya OUM kasi diskaun lebih sikit utk student yang laki bini belajar sekali. Ada betul ke?
ok chow.
-ceria selalu-
Assalamualaikum, terima kasihlah banyak-banyak kerana sudi terjemahkan modul ni. Kalau tak susahlah saya nak belajar sebab lemah bahasa Inggeris. Saudara dah banyak bantu saya dan pelajar yang lain. Mudah-mudahan dapat berkat dari Allah, dimurahkan rezki, dan kesihatan yang baik.
Terima kasih atas usaha penterjemahan module OUM dan saya doakan agar usaha ini diteruskan dan diberkati Allah SWT