A.d.s

My Life:: Projek Menukar Engine Nazaria
Posted at 15.Oct,2011 20:47  Comments 21 / Trackbacks 0

Seperti sedia maklum, masalah utama kereta Nazaria adalah air masuk engine. Air masuk engine dah bermula sejak Disember tahun lepas masa kat Terengganu baru sedar. Masa tu aku sekeluarga berjalan-jalan hujung tahun. Sambil bekerja sambil berjalan. Bestnya kerja aku ni. Rawang --> Kuala Kangsar --> KB --> KT--> Kuantan --> Batu Pahat --> Melaka ---> Rawang.

Masa kat KT tu minyak hitam dah bertukar warna air teh tarik. Apa lagi, LAM le engine tu doa tahan lagi setahun, sempat le simpan duit. Hasilnya bulan puasa baru ni, air dah mula masuk balik tetapi still boleh jalan. 2 Minggu selepas raya kereta Naza masuk workshop di Shah Alam. Maka bermulalah projek menukar engine Naza ni.

Masa hantar tu kasi deposit RM5K, tadi (15/10/2011) kasi lagi RM5K. Total RM10K.



Ini le engine Nissan Cefiro, beli half cut. Dah siap pasang kat kereta Naza aku.



Ini penyambung mounting depan. Custom made. Tak ada modifikasi kat chassis asal Naza.


Ini pulak mounting sebelah kanan.



Ini pulak mounting sebelah kiri

Drive shaft sebelah kanan. Tiada penyambung drive shalf. Kalau dulu puspakom benarkan penyambungan tetapi sekarang tidak lagi dibolehkan. Ini kerana terdapar banyak kes patah, bila cantuman NAZA dan Nissan punya drive shalf dilakukan. Maka besi penyambung drive shalf custom made.

Drive shalf sebelah kiri pun tak ada aktiviti penyambungan, semua custom made.

 

Ini le engine lama naza, sayang compressor aircond baru tukar original awal tahun dah tak boleh pakai sebab kena pakai Nissan punya compressor jugak.

Katanya hujung bulan 10 baru siap semua. Boleh le buat balik raya haji nanti.

 

END




Comments
Enjin Cefiro Ok ker? Saya Nak Try

As-salam,
Saya Nazarian jugak asal Kulim Kedah. Tukar enjin Cefiro sampai sekarang ok tak? ada masalah lain ?
Kalo ok mintak share/maklum saya, mcm saya pon nak tukar enjin cefiro nanti. so, tak ler risau enjin masuk air, leaking, overheating.
Terima kasih, wasalam..

Regards
Azli
azlisjk@gmail.com 175.137.21.120

Azli  at 13.Mar,2012 10:12
Engine Cefiro

So far ok.
Ada problem sikit kat bearing, lepas tukar OK

lepas tu gear automatik terkena besi kat bawah. so kena modifite sikit.

yg lain semua ok 60.48.99.104

rozaimy  at 13.Mar,2012 11:03
Masalah Minyak Hitam Leaking & Air Cepat Kering

Salam semua.. Nazaria saya thn 2005 skrg mempunyai masalah:
1. leaking minyak hitam
2. air tangki cepat kering, kena top up hari2..

Jika ada sesiapa yg sanggup memberi nasihat, tlglh.. sbb saya sayangkan kereta ni. saiznya yg sgt besar sesuai sgt dgn badahn saya & driving jauh tidak memenatkan.

Saya dahulukan dgn ucapan terima kasih.

*Jika ada sesiapa yg ingin bg sambung bayar nazaria (mesti dlm kondisi yg tiada masalah utama enjin / gear box), blh hubungi saya di 014-5261813.
Income saya stabil, insyaallah tiada masalah utk bayar. TQ 203.82.87.108

haji  at 24.Mar,2012 03:37
air masuk engine

lepas jln jauh. Buka penutup minyak hitam kat engine. Tengok kat penutup tu. Kalau ada liquid berwarna mcm teh tarik. Maknanya air masuk dlm engine 203.82.87.70

rozaimy  at 24.Mar,2012 09:40

Memang berhajat nkconvert ceffiro vq25. IsyaAllah selesai masalah. 115.132.29.144

noor azli  at 09.Apr,2012 00:06
Cefiro halfcut

Encik, suami saya ada masalah sama ngan En. dulu ... minyak hitam macam teh tarik .. kelakar pulak kdg kdg .. tapi tension giler .. encik tukar enjin kat mana? skrang ni kita pun tgh cari cerifo halfcut .. boleh recommend workshop encik ... tq. 60.52.230.230

Shoba  at 16.May,2012 16:53
Cefiro Half Cut

Call Mekanik En Yazid
(Batu 3 Shah Alam)

boleh call HP dia

017-3489393

019-3489393

Sebenarnya tukar engine naza yg sama lagi murah, baru kos dlm rm8K hingga rm12K.

Kat rawang ni ada workshop boleh tukar engine naza (original naza engine). Aku tahu pun lepas deposit engine cefiro aku bayar. 124.82.76.178

rozaimy  at 22.May,2012 23:24
Workshop tukar enjin

i faced problem yg sama ngan badak sumbu i, minyak itam nescafe tarik. Last2 tukar enjin cefiro 2.5cc kat batu caves kl. halfcut + upah + jpj endorse RM7.5k. Drive shaft 1-piece(tak sambung). Enjin lama dia ambik. Segala pertanyaan 0163600090 115.132.49.24

Devin  at 10.Jun,2012 22:11
Murah tu tukar engine hanya RM7.5K

Murah tu. memang murah. 60.48.76.91

rozaimy  at 12.Jun,2012 20:17
Alamat WS

Salam Rozaimy,

Bole bagi contact No WS yang en Rozaimy buat conversion tak? 211.24.132.226

abd samad  at 18.Jun,2012 17:15
no talipon workshop tu

Call Mekanik En Yazid
(Batu 3 Shah Alam)

boleh call HP dia

017-3489393

019-3489393
192.168.200.10

rozaimy  at 19.Jun,2012 09:33
tukar naza - cefiro

Saya sudah tukar enjin naza cefiro....
Saya tukar kat batu caves tempat yg Devin rekomenkan tu... Harga terbaru tukar enjin 8k, klu siap dgn jpj endorse 10k. Mmg murah....workshop 2 mmg buat cepat..... Sy pnye naza siap tiga hari je. sgla pertnyaan (0133653805) 175.142.167.201

workshop batu caves  at 18.Jan,2013 19:02
workshop batu caves

Workshop 2 dah 5 tahun tukar enjin naza. drive shft custom made, X de penyambungan dibuat, mounting brakct dah byak kilang buat. Jdi x perlu tempah2 lagi, tempoh siap memang cepat, sy punye naza je 3 hari. Wiring dierong wat sendiri. Condition mmg tip top. (0133653805) 175.142.167.201

tukar naza-cefiro  at 19.Jan,2013 10:46

Saya ada sbijik trajet. Enjin tk problem sgt mcm naza ria tp tkder power la. Ya la cc pun cuma 2000. Igt nk convert la kpd cefiro 2.5. Ada saper2 buleh cadangan tge best workshop. Kalo buleh yg buat siap nfan jpj skali 183.171.164.205

Zamzuri Yusof  at 10.Jun,2013 22:39

Saya nak tukar enjin nazaria, saya sedang bertanyakan ttg pengalaman owner nazaria yang telah tukar enjin, tak tahu nak tukar samada enjin nissan atau toyota. Selama tuan pakai enjin nissan, ada masalah berbangkit tak? Bagaimana dengan maintenance? Terima kasih. 60.51.27.197

Zamzuri Zainol  at 14.Jul,2013 04:27
Maintenance Naza - Nissan

maintenance mcm kereta biasa aje. cuma skrg ni minyak gear box nak start keluar. tu standard le. 192.168.200.1

rozaimy  at 26.Jul,2013 12:31
naza ria tukar engine

bagi tuan naza ria an kia carnival engine bermasalah nak tukar engine half cut jupun toyota ,nissan mitsubishi call 0169939965 johari 175.137.81.39

planet auto motorsport  at 28.Jul,2013 15:52
naza ria tukar engine kat swk

Saya mempunyai kes yang sama d mana problm engine .skrg sya nak tkr engine, p kat swk da tak mana2 workshop yg blh tkr engine naza? 113.210.33.16

faizilla rosli  at 14.Aug,2013 11:42

Aku nk tnya..tkr timeng belt brapa hrga standad?
115.164.212.238

nik pa  at 01.Mar,2014 23:34
Naza Ria enjin ori murah

Kalu nak tukar, lebih baik tukar yg Naza Ria ori enjin Kia Carnival. Murah je kat Korean Car Mates kat Jln.Ipoh dan Glenmarie tu. 03-6259 6778 115.135.76.18

Kudin  at 21.Mar,2014 14:07
CARA URUSAN TUKAR INJIN DI JPJ DAN PUSPAKOM?

Saya juga guna nazaria model 2004 tukar injin cefiro 2.4, tp saya tgk pomen yang modified tu pasang drive shaft sambung, dia kata kuat weldingnya. Boleh ke lepas puspakom? Camne cara nak endorse kat JPJ? Berapa tempoh boleh buat urusan di jpj lepas tukar, adakah tidak ada tempoh dari tarikh surat tukar injin utk pemeriksaan puspakom dan jpj? Sapa-sapa boleh tolong nasihat dan tunjukkan cara urusan di jpj dan puspakom? TQ. 175.145.133.69

Izman  at 06.Apr,2014 13:05
Trackbacks
Post a comment