A.d.s

My Life:: Misi Ke Selatan Hari Pertama - Seremban - Melaka (Hotel Mahkota Parade)
Posted at 23.Nov,2011 00:17  Comments 0 / Trackbacks 0
Hari ini (22/11) bermulanya aktiviti jalan-jalan ke Selatan.

10.20am, sampai ke Seremban. Borak le dengan staff di sana, rupanya cawangan Seremban merupakan cawangan yang mencapai prestasi jualan iklan melebihi 124%. Paling tinggi dalam 16 cawangan yang ada. Heran jugak aku, macam mana Seremban boleh tinggi jualan iklannya. Rupanya ketua mereka sapu jugak market KL. Next year, ketua mereka ditetapkan untuk mencari sekurang-kurangnya RM12 juta. Dua kali ganda dari apa yang ditetapkan untuk tahun ni. Tetapi dia confident boleh dapat sebelum masuk bulan Julai tahun depan. Nasib baik le aku ni orang IT, tak perlu fikir pasal target dan wang.

Kelam kabut juga kerja kat Seremban ni, yela patutnya kerja 3 orang yang buat kerja kali ni, malangnya seorang lagi ada tugas lain pulak last minit. Call untuk dapatkan senarai nombor talipon untuk di audit. Bila dapat dari email, semua nombor tiada di dalam perkhidmatan. Ye la, nombor yang diberikan semuanya 6 digit, sedangkan nombor TM kat Seremban dah 7 digit.

Tujuan lawatan kali ni cuma untuk audit nombor talipon dan audit PC selain memasang IP Phone. Tetapi banyak pulak complaint itu ini. Sedar-sedar dah jam 2.00 ptg. Apa lagi, cepat-cepat buat kerja dah bertolak ke Melaka pulak. Janji dengan orang Melaka akan sampai jam 3.00 ptg

Tepat jam 3.00 ptg sampai ke Office di Bandar Hilir ke Melaka. Tinggalkan barang dulu kat Office sebab kat Bandar Hilir ni memang payah nak dapat parking. Hanya satu Reserve parking yang disediakan sedangkan kami datang guna dua kereta. Habis letak barang, kami minta izin dari tuan tanah untuk pergi check in hotel. Maklumlah, sekarang musim cuti, karang tak pasal-pasal depa kasi orang lain pulak.

Check in kat  Hotel Mahkota Parade. Dapat bilik 9224, tingkat dua aje betul-betul sebelah kanan lift. Masa masuk bilik, jam sudah menunjukkan 3.15 ptg. Call kawan, jumpa kat lobby jam 3.30 ptg. 15 minit cukup le untuk mandi dan solat.

3.32 ptg baru le aku keluar bilik. Tunggu punya tunggu, kawan tak sampai-sampai. So tangkap le gambar apa-apa yang patut. Apa lagi tangkap gambar isteri sendiri le, tangkap awek lain karang kena zass pulak nanti. He he he



Tunggu punya tunggu, jam 3.50 ptg baru kawan tu turun. Rupanya jam di Blackberry dia terlewat 30 minit. Cet.....  Blackberry OUT!!!!! he he he

Sampai kat office dalam 4.10 ptg dan terus kerja. Mula-mula pasang 7 buah IP Phone dulu.

Jam 5 petang baru sempat pi makan. Makan kedai sebelah office aje. Kos makan RM50.45 untuk tiga orang makan. Masakan padang. Aku macam biasa pilih lauk kambing.



Nasi goreng pun harga RM8.50 sepinggan. Tetapi kami ambil masakan jenis berlauk. Yang aku ingat, ayam dua ketul, kambing 3 ketul (agar liat dagingnya), dua jenis sayur dan tempe. Isteri minum air buah dan aku pulak cappuccino.

 


Lepas makan lunch jam 5 ptg. Kami terus sambung kerja. Kali ni orang Melaka dan siapkan senarai talipon, so tak perlu le check satu persatu. Cuma depa juga dah siapkan (secara bertulis) PC yang bermasalah. Kebanyakkannya komplen pasal PC Slow dan selalu hang. Dah PC tu cuma 512MB, tetapi macam-macam perisian di pasang di dalam komputer. Patut la slow. So uninstall semua program yang tak digunakan.





Ada satu PC tak boleh masuk network, tukar hookup cable pun tak jalan jugak. Rupanya penyambung (connector) RJ45 yang digunakan oleh vendor dulu tidak berkualiti. Dari dua buah gambar di atas, dah boleh lihat pin tu tak sama tinggi dan plastiknya merekah. Ni sure kontraktor guna peralatan untuk crimp dari jenama yang murah.

Ding Dong, 9.45 pm baru habis. Kesian isteri dok menunggu, tetapi isteri sibuk baca novel  'Akhirnya aku kahwin'


Dah penat malas pulak nak pi cari kedai makan ikan bakar atau sebagainya. So balun MCD kat dataran pahlawan.

Balik Hotel, buka notebook siapkan kerja sikit dan menulis blog ni. Internet Celcom kat Hotel ni dan bandar hilir tadi cuma Edge aje. Wahal office kta orang kat sebelah bangunan kedai CELCOM. Hampeh sungguh CELCOM.

Internet kat Hotel ni pulak kena  bayar RM10 walaupun dah sewa bilik. Apalah...... benda macam ni pun nak charge ke? Patutnya free aje,,

END



Comments
Trackbacks
Post a comment