A.d.s

My Life:: Misi Ke Selatan Hari Ketiga - Senai - JB
Posted at 24.Nov,2011 08:39  Comments 0 / Trackbacks 0
Breakfast kat hotel.

Dah kenyang baru teringat tak tangkap gambar. Kali ni tak makan nasi lemak, sebab masa bulan puasa baru ni, empat hari bersahur nasi lemak kat Hotel ni. Hari ni tengok nasi lemak kukus. Aku ambil meehon dan telur aje. Lepas tu makan sandwich tuna.



Yogurt dan Tea Tarik.

Lepas tu pi kerja di Jalan Maju dan Uda. Sebelah malam pulak jumpa kawan lama di Tesco Terbau. Guna PAPAGO, jauh bebenor di bawahnya, benda tu terset jalan Terbau yang sebelah JB bukan sebelah Kg Melayu Majidee. Bayangkan dari Senai ikut highway sampai exit Tol Kempas. Terus lambat sampai ke Tesco Terbau (baik punya alasan bila lambat 22 minit). Berborak, tetapi aku tak order air. Lepas tu sambung pulak kat area Kempas pekena Satay.



25 tahun berlalu, ini le pertemuan pertama aku dgn En Shatri (duduk tengah), manakala dengan En Zaini ini adalah pertemuan buat kali kedua dalam masa 25 tahun. Kali pertama jumpa masa bulan puasa baru ni. Aku tertiba Tesco dalam jam 9.22 mlm dan lepas berborak sambil kurang. Berhijrah ke kawasan Kempas. Jangan tanya aku detail kat mana. Aku area JOHOR ni blur yang amat sangat. Nama kedai tu adalah WARUNG WAK RADOL. Jam 11.45pm kami pun pulang ke destinasi  masing-masing. Balik awal pasal esok kerja pi kerja.

Topik perbincangan?
Macam biasa le 'time to recall' memory lama. Sesekali entah nama mana di sebut. Ye la, nama orang tu lain, tetapi memori dah korup terus bertukar nama. Topik seterusnya berapa anak, belajar kat mana dan sebagainya. Topik yang tak pernah termiss bila dok borak ialah berapa ramai kawan kita yang dah kembali kepada pencipta.

Kat Johor ni, cuma ada 3 orang ex MRSM BP 82-86. En Zaini (Masai), En Shatri (JB) dan En Rahman (Mersing). So semua aku dah jumpa kawan-kawan di Johor.

InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Harap-harap tak le sampai 25 tahun lagi baru nak jumpa. he he he.

END



Comments
Trackbacks
Post a comment