A.d.s

My Life:: Misi Ke Selatan Hari Ke empat - Batu Pahat - Muar
Posted at 26.Nov,2011 00:22  Comments 0 / Trackbacks 0
Hari ke empat dalam misi ke Selatan (25/11). Misi hari ni, breakfast di Senai, Lunch di Rengit dan Dinner di Muar. He he he.


Lepas solat subuh, isteri jumpa surat ni diselitkan dicelah pintu... mak aiii, biar betul! Lewat check out lepas 1pm depa charge RM130nett dan selepas jam 6pm depa kira full rate RM408++

Bila aku check bil masa check out, dua malam baru empat ratus lebih aje. Aku tak tengok betul-betul bil tu, main sign aje. Ye la company bayar. Lepas check out jam 8.00 pagi, aku dan isteri pergi untuk breakfast kat hotel. Punyalah ramai orang.


Mula-mula aku ambil nasi lemak kukus, berlaukkan kari ayam dan telur. Nasi lemaknya memang berlemak. Puas hati le. Air macam semalam 'Tea Tarik' gelas besar.


Seterusnya ambil roti. Ada tuna, telur, timun, tomato dan cheese.  Sandwich buat sendiri tu yang bubuh macam-macam. Makanan semua ok kat hotel ni kecuali Toaster yang digunakan teruk bebenor, 'terpaksa' le aku kasi tunjuk ajar kat amoi macam mana nak guna toaster manual depa tu. He he he.

Dekat jam 9.45am sampai kat Pekan Rengit, singgah sekejap di Pasar lambak. Pasar lambak di Rengit setiap hari Jumaat. Sampai kat Punggor Masjid, mentua tak ada, mereka dah balik ke Seremban sebab ada kematian.
Tak apa, insyAllah minggu depan balik ke kampung lagi sekali.



Beton Keluih yang direbus. Rasanya? Entah sukar untuk diceritakan. Ini le kali pertama aku makan. Aku tanya apa rasa buah Keluih kat isteri. Dia sendiri tak pernah makan sebab pokoknya tinggi sangat, tak ada orang petik atau ambil buah ni dari pokok. Apa yang mereka lakukan hanyalah biarkan buah tu busuk kat pokok dan jatuh ke tanah. Lepas tu depa ambil bijinya dan rebus untuk di makan. Agak-agak sapa la orang pertama mendapat idea nak rebus biji Keluih ni? Kat kampung aku melantak Udang goreng, buah-buahan kuih dan tempe. Dah kahwin orang jawa, so kena le pandai makan tempe. Orang kata makan tempe nanti kulit jadi tegang dan licin. Betul ke?

Lepas kenyang, kami (aku dan isteri) pergi ke rumah abang ipar kat sebelah kampung aje iaitu Punggor Besar. Tak lama kat situ tetapi sempat le pekena kopi or dan kuih muih. Mereka ajak lunch kat situ tetapi aku nak cepat sampai kat Batu Pahat. Jam masa tu dah 11.28 am, aku janji dengan kawan nak jumpa jam 12.00 pm.

Tak lama kat cawangan Batu Pahat, lepas settle kerja. Cari Ambank pasal dah 3 kali dapat SMS pasal ada tunggakkan RM390 kereta tak bayar. Lepas tu pi Ayer Hitam pasal nak isi NGV, dari situ ikut jalan lama melalui Bakri untuk ke Muar.

Dalam 4 lebih, sampai cawangan di Muar pulak, kat Jalan Abdullah. Parking penuh. So tinggalkan isteri dalam kereta, dan aku buat kerja sikit. Masa sampai, kawan dah settlekan semua kerja. Aku mai cuma salam dan mengeratkan hubungan antara IT dept dengan cawangan tersebut. Dengan kata lain, berborak aje le. Berbagai isu di bincangkan. Tidak seperti di Batu Pahat yang banyak komputer lama, di Muar ni cuma ada dua PC aje yang lama.

Check in kat Classic Hotel. Ini le kali pertama aku menginap kat hotel ni. Kat hotel ni, wireless pun free sama seperti Hotel Le Grandeur. Cuma hotel Mahkota Parade aje yang Internet access kena bayar. Hampeh betul Hotel Mahkota Parade. Lepas check in, kami keluar berjalan-jalan. Isteri dah lawat tempat-tempat shopping yang dulu dia selalu pergi.


Ini le salah satu kedai yang dulu (1982-1986 ) isteri aku masuk. Tetapi dulu tak le secantik ni. Ye lah dah 25 tahun berlalu, pasti banyak perubahan. Walaupun aku pernah satu maktab dengan isteri sekitar 1982 dan 1983, aku tak boleh nak recall kedai mana aku selalu lepak. Lama jugak isteri aku windows shopping, tak beli pun kasut. Alasannya tak boleh nak pakai kad Bonus link, rugi point. Katanya kasut kat KL pun banyak.


Kat Muar ni banyak bangunan lama seperti ni,  malah banyak yang terbiar tidak terurus, tidak seperti di Melaka yang mana bangunan lama dicat baru.
Restoran Kek & Cafe dulu tempat isteri selalu lepak dengan kawan-kawannya. Aku pun bertanya le, buat apa lepak kat kedai kek, rupanya dalam kedai kek ni ada Cafe. Ini cerita 25 tahun dahulu. Memang banyak nostalgia isteri kat Muar ni. Aku pulak? Entah aku cuma ingat dok mandi kolam dan buat cermin mata kat bandar Muar ni.



Isteri mencari kedai satay yang buka sejak pagi. Malangnya tak jumpa. Rupanya kat blok kedai satu lagi. Itu pun lepas balik hotel dan bertanya kat orang hotel. So kami (aku, isteri dan kawan sepejabat) pergi le kat sini. Cantik tetapi tak banyak kedai buka. Bangunan dua tingkat, sebelah bawah satu kedai aje buka dan sebelah atas dua kedai aje buka. Pemandangan Sungai Muar.


Mula-mula aku ingat nak order nasi goreng aje, pasal aku tak suka mee bandung orang Johor. Memang masa kat MRSM Balik Pulau, aku suka bebenor makan mee bandung, tetapi bila malam sebelum bertunang tu, pakcik saudara bawa makan di benteng Batu Pahat dan buat kali pertama aku makan mee bandung Batu Pahat, terus tertutup selera nak makan mee bandung tu, ada ke patut kuahnya ada kacang. Tetapi bila dengar kata brother yang ambil order tu kata "mee bandung muar tak ada kacang, kami guna udang" aku pun order le satu. Maka kami bertiga makan benda yang sama.  Perhhhhhhh baru le sedap mee bandung macam ni.

Masa makan di Maharani Riverview Muar, aku tanya le kawan sepejabat, bila nak bertunang. Rupanya penghujung bulan 12 dia nak bertunang. Patutle dok hint aku beberapa kali minta jangan ada outstation hujung bulan 12. Malu-malu pulak.
Aku tanya macam mana kenal bakal tunangnya. Rupanya sama-sama satu kolej tetapi lain kursus. Aku pun menyampuk le.

"Hubungan masa kat U boleh pakai, kalau kat sekolah tak boleh pakai"

Tiba-tiba isteri menyampuk "betul ke hubungan sejak sekolah tak boleh pakai?"

Aku jawap "betul la, hubungan masa sekolah tak ke mana. Kat U OK sebab masing-masing dah matang"

Isteri aku ulang lagi "betul ke hubungan sejak sekolah tak boleh pakai?"

"betul, tak kemana hubungan masa kat sekolah"
balas aku sambil memandang ke arah isteri yang duduk sebelah kanan.

Ahhhhhhh!!!!!! Aduhhhhh!!!!!!!
Apa pasal le aku ni slow sangat!!!!!!!
Tak honeymoon le aku malam ni... he he he(Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata ....)

Pemandangan waktu senja memang cantik untuk di rakam. Selalunya kalau melihat suasana ketika matahari menyembunyikan diri, perasaan pasti sayu tetapi entah kenapa kali ni perasaan tu tidak hadir.Balik dari makan, windows shopping kat Mall yang berada di dalam bangunan yang sama dengan Classic Hotel. Beli le sedikit barang antaranya adalah kasut sekolah untuk anak bongsu aku. Saiz kasut sama dengan isteri ku. Isteri tak berapa pasti kasut dia size apa, aku dengan confident kata size 5. Memang tepat sekali. Sapa kata lelaki tak ingat apa-apa pasal isterinya. Malah size bra isteri pun aku ingat, cuma aku confius bila bab A, B, C, D dan sebagainya.Balik hotel, kepenatan. Lengguh kaki aku dibuatnya. Lepas solat, tidur sekejap.Dalam 11 malam, kami keluar mencari makanan. Order sup kambing, sup campur dan roti. Air Teh O dan Tea Ais. Total RM15.50. Lembut daging kambingnya. Lokasi Darul Masyhur depan hotel kingdom berdekatan dgn hotel classic.END






Comments
Trackbacks
Post a comment