A.d.s

My Life:: Habis sudah misi ke Selatan
Posted at 27.Nov,2011 09:18  Comments 0 / Trackbacks 0
Pukul 9 dah check out. Pagi ni tak breakfast kat Hotel. Nak rasa breakfast kat luar pulak. Misi pagi ni nak cari kedai jual satay di pagi hari. Satay waktu pagi? Ni sesuatu yang menarik. Tak pernah lagi aku tahu ada orang jual satay sebelah pagi.

Nak cari kedai tu senang aje, depan stesen bas aje. Tetapi nak cari parking kosong, 3 kali le aku round baru dapat parking. Itu pun jauh dari kedai. Ada 3 kedai sebaris yang jual satay pagi tu.



So kami makan kat kedai R&H Cafe. Kat depan kedai ni cuma ada 2 meja kalau tak salah ingatan aku le. Nak lagi selesa elok makan kat belakang kedai ni, ye la tak ada kereta lalu lalang. Aku tahu pun masa pi basuh tangan selepas habis makan. Masa brother tu ambil order, aku baru nak fikir berapa ketul satay nak makan. Dia terus kata "Satay untuk makan dua orang, bayar apa yang di makan aje". Aku terus mengangguk. Teringat zaman dulu, macam tu le orang hidangkan satay. Depa main letak aje satay depan mata kita, bayar apa yang kita makan. Depa kira balik lidi tu, tu yang ada melawak buat-buat lidi jatuh ke lantai. Macam makan otak-otak juga le, duduk aje depa letak otak-otak. Bayar apa yang kita makan, malangnya tiga hari dua malam aku kat Johor, tak ada satu pun gerai yang keluarkan otak-otak untuk aku makan.

Satay tu sebagai sampingan aje, so aku order Lontong dan isteri order mee rebus. Lontong kuahnya tak pekat, so kurang kick atau kurang Umh! Boleh le makan tetapi aku tak sarankan. Elok order mee rebus.Kuah mee rebus ni sedap tetapi tak sesedap dan sepekat kuah mee rebus yang kat Mutiara Bangsar. Malangnya aku tak rasa brother tu buat lagi mee rebus. Dulu lepas habis aje Nasi Beringin, mereka akan mula masak mee rebus. So antara mee rebus vs lontong. Mee rebus lagi sedap.



Satay kena tunggu lama sikit, tetapi memang berbaloi menunggu lama. Dalam pinggan yang di kasi ada satay ayam, daging, paru dan perut. Perh! Marvelous.


Selain perut, satay dagingnya pun sedap. Setiap batang ada 3 ketul daging. 2 ketul daging dan seketul lagi lemak. Dua ketul daging tu memang manis, bila time kunyah lemak daging tu, perh.... rasanya susah nak gambarkan. Memang tidak berkhasiat tetapi bila mengunyah lemak tu rasa seperti ada sesuatu cairan yang keluar membasahi gigi. Sedap bro, kalau tak rasa rugi oooo. Kolestrol???? jangan fikirkan sangat masa makan satay ni. Yang penting NIKMAT tu..... hua hua hua.

Kos untuk dua orang makan, lontong, mee rebus, lontong dan dua air adalah RM20.xx. Entah berapa sen aku tak berapa nak ingat. Itu kelemahan aku, aku tanya tetapi aku tak berapa nak ambil tahu sangat detail pasal harga tu. Berbaloi la. Kalau kat Hotel Classic, breakfast untuk seorang aje dah RM17++.

Lepas sarapan, singgah sekejap kat kedai jual barangan runcit.

Sebelum masuk aku perasan ada sebatang kayu terpajak di tepi kedai tu. Aku pun mengundur le. Laaa tongkat ali rupanya.So mana pilihan kalbu, cabang sebelah kanan atau sebelah kiri? Sebenarnya khasiat tongkat ali bukan pada batangnya yang besar ni. Khasiat kat akar yang halus lagi power sebenarnya. Rendam akar tu, lepas tu buat minum. Pahit gila. Dulu isteri rendam akar tongkat ali dan air rendaman tu buat air kopi. So kepahitan tongkat ali tu dicover sedikit oleh kopi tetapi still terasa pahitnya. Alamak bocor pulak rahsia aku.


Kat kedai ni, isteri beli perencah Satay (bukan perencah kuah satay), perencah satay keluaran ADAMI (bukan ADABI) ni menurut ceritanya elok digaulkan dengan makanan untuk buat BBQ.

Lepas tu isteri beli Mee Siput, katanya kawan-kawan aku suka. Cuma dia tak ingat kawan yang kat Kangar atau yang kat KT. Maka beli untuk mereka berdua. Harap-harap boleh bertahan sehingga 24/12 nanti.

Selepas breakfast, terus ke Melaka kerana ada majlis walimatulurus. Ingat lepas tu nak terus balik KL sebab ada satu lagi walimatulurus kat Dewan FINAS. Masa nak isi gas NGV kat Ayer Keroh, tengok jalan masuk ke Bandaraya Melaka jem teruk dan kereta beratur panjang kat NGV. So kami patah balik dan terus ke Paya Rumput Indah, dan lepak kat rumah adik. Sampai aje di sana, aku baring kejap. Terus terlelap. Sedar-sedar dah jam 3.00 petang. Kalau dah 3 petang, mana sempat nak pi majlis walimatulurus kat KL. Isteri kata aku tidur lena sampai berdengkur. Tu la pasal, aku ni pantang baring kejap, terus terlelap 2 @ 3 jam. Ye la, badan memang penat, cuma aku lawan penat tu. Tu yang bila baring terus lelap.






Comments
Trackbacks
Post a comment