A.d.s

My Life:: Selamat Tinggal 2011 dan Selamat Datang 2012
Posted at 31.Dec,2011 19:52  Comments 0 / Trackbacks 0
Alhamdullillah, tahun 2011 akan meninggalkan kita dan kita akan menghadapi tahun 2012.

Terlalu banyak perkara telah berlaku, tak kira sama ada ianya manis, masin, masam atau pun pahit. Ianya tetap berlaku.

Yang manis tidak semestinya indah,
Yang masin tidak semestinya duka,
Yang masam tidak semestinya kemam,
Yang pahit tidak semestinya luka.

Dalam menjalani kehidupan di bumi yang sementara ini, kita akan menghadapi berbagai rakam manusia dan berbagai masalah. Sama ada kita berjaya mengatasinya atau tidak bukanlah suatu persoalan yang penting. Yang penting adalah keredhaan kita terhadap ketentuan yang telah ditakdirkan. Apapun yang berlaku, kita sebenarnya inginkan keberkatan dariNYA. Tujuan kita hanyalah menjadi hamba yang menurut perintahNYA. Walaupun kadang-kadang tindak tanduk kita menunjukkan kita terlupa yang kita ni sebenarnya hamba.

Alhamdulillah, tahun ini batch MRSM BP 82-86 telah berjaya menjayakan reunion di Marina Cove pada 24/12/2011. Perjumpaan terbesar semenjak meninggalkan bangku sekolah pada tahun 1986. MRSM Balik Pulau di Pondok Upeh akan senantiasa menjadi kenangan buat aku.

Bulan puasa tahun ni, aku lagi sekali telah memasuki MRSM Balik Pulau. Sayu hati usah cerita le. Banyak bangunan baru telah dibina. Kemudian melihat senarai pelajar yang mengambil SPM pada setiap tahun di dinding dewan. Hati bertambah sayu apabila SPM 1986 tidak dipaparkan. Entah apa silapnya kami, hingga nama kami dilucutkan dari sejarah MRSM BP seolah-olah kami tidak pernah wujud. Mungkin ada sesuatu yang berlaku yang kami tidak tahu. Entahlah.

Sepanjang tahun 2011, sudah 3 kali aku pusing Malaya. Setiap kali kalau ada kesempatan, aku akan call dan bertemu sahabat-sahabat lama. Sambutan mereka membuatkan aku terharu. Memang benar kata ibu ku
"berpisah di dunia InsyaAllah masih boleh berjumpa"

Tahun ini juga, seorang batch kita telah kembali ke rahmatullah. Setakat ini sudah 6 orang batch kita kembali ke rahmatulllah. Hanya Al-fatihah yang mampu kita hadiahkan untuk mereka dan berdoa semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang beriman.

Sebelum aku menitis air mata semasa mencoret di blog ini, lebih baik aku mengundurkan diri.

Terima kasih di ucapkan kepada semua yang mengikuti blog ni dan minta maaf kerana lama tak update blog. Dan InsyaAllah jika ada kelapangan cerita merapu "Sudah Takdir Kita" akan dihabiskan ceritanya pada tahun 2012.

Selamat Menyambut tahun baru 2012 dan ceria selalu.




Comments
Trackbacks
Post a comment