Kenapa Perlu Restu Kedua Ibubapa?
Persoalan yang serik ditanya bila nak kahwin tetapi ibubapa tidak merestuinya atau dalam bahasa pasar calon menantu kena reject le.
Pasal agama, kita biarkan Ustaz-ustaz yang bertauliah dari JAIS berikan penerangan. Memandangkan aku duduk di Rawang, Selangor. Maka kena le menghormati undang-undang JAIS iaitu tidak menyampaikan sebarang ayat-ayat Al-Quran tanpa tauliah. Kalau tidak denda RM3K.
Hari tu ada orang kena tangkap dengan penguat kuasa JAIS pasal dalam kertas yang diedarkan ada surah Al-Naam ayat 106.
“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Maka hadis di atas tidak boleh di pakai di Selangor.
Berbalik kepada tajuk kat atas. Aku nak ceritakan pasal semalam HP aku berdering lebih 12 kali, itu tidak termasuk sms yang aku terima.
Pemanggil adalah anak arwah kawan aku kat Alor Star. Sepanjang aku kenal dia, baru dua kali berjumpa dia.
Beliau bekas perawat dari sebuah Darul yang terkenal dan juga seorang peniaga yang berjaya. Bila perniagaan semakin maju, maka tidaklah mampu untuk beliau melakukan rawatan. Maka terpisahlah beliau dengan geng Darul ini.
Dipendekkan cerita, bila keluar dari Darul ni, maka masa ni le beliau bertalu-talu di serang oleh bomoh-bomoh yang pernah beliau serang bersama geng Darul tu dulu.
Dipendekkan lagi cerita (pasal aku bukan nak cerita pasal sihir dan bomoh), Doktor di hospital dah habis ikhtiar. Maka dalam ilmu perubatan moden, hanya menunggu saat kematian.
Bisnes yang maju pun mula lingkup sebab tak ada sapa nak handle. Anak-anak masih kecil. Isteri pulak tidak reti pasal perniagaan suami. Dari kaya, mereka berubah menjadi miskin. Beberapa minggu sebelum beliau menghembuskan nafas, sempat le dia talipon aku minta bantuan untuk bayar bil hospital. Masa tu baru aku tahu dia dalam kesempitan yang teruk sangat. Aku bantu setakat yang termampu. Lepas tu dia tak call call lagi. Aku pulak sibuk pusing Malaya sebanyak 3 kali tahun lepas. Alih alih dengar beliau telah kembali kerahmatullah.
Dua hari lepas, dapat call dari anak arwah. Minta tolong sebab tak ada duit nak makan. Aku mula-mula tak pasti adakah itu anak arwah atau cubaan menipu. Biasalah orang zaman sekarang, mengunakan isu kemiskinan untuk collect duit dari orang ramai. Aku forwardkan sms tu kepada kawan aku yang memperkenalkan aku kat dia. Rupanya dia pun tak tahu kawan aku tu dah meninggal. Dah lah no HP yang call tu bukan nombor arwah dulu. Kebetulan masa anak arwah call tu sebelah malam, aku pun dah nak tidur. So aku biarkan le perkara tu berlalu begitu sahaja.
Pagi esoknya (semalam le11/2), aku dari pagi sampai tengahari sibuk main futsal. Aku lupa pasal hal semalam, ye la, masa tu aku cuma fikir nak menyedut oksigen sebanyak yang boleh. Bersukan setahun sekali, macam tu le akibatnya.
Bila matahari menyorokkan dirinya dan bulan menyinari bumi dengan sinarnya, HP aku berbunyi semula, aku tak angkat HP tu, sebab nombor sama seperti semalam. Habis HP aku tak boleh nak guna. Call tak berhenti-henti, aku nak angkat HP pun dah tak larat. Penat gila sebab main futsal. |Kaki dah mula lenguh dan sakit. Aku suruh isteri call kawan yang lain confirmkan pulak sama ada betul ke anak arwah. Alamak! Memang betul anak mereka. Menyesal pulak.
Aku buka Notebook, dan transfer sedikit wang, tidak sampai separuh yang mereka pinta. Aku tak balas sms mereka. Sebaliknya aku sambung baring di katil. Bila isteri masuk bilik, aku minta isteri sms mereka kata aku dah masuk sedikit wang. Nak guna jari pun aku dah tak larat. Penat gila.
sms mereka semalam
"Asalam. pakcik rozaimy knp xdk duit lgi dlm akuan umi sya. kami minta tlng sangat dekat pakcik. kami smpai xdak duit nk makan pak cik. tlng la. saya merayu dekat pak cik. kereta dh nk kena tarik pakcik. tlng la. pak cik. saya merayu sangat dekat pakci rozaimy.tlng."
masa terima sms di atas aku masih tak pasti betul ke?
Aku pasang niat nak pi Alor Star utk check kesahihan sms ni.
Ingat nak main terjah aje. Aktiviti terjah dah jadi agenda aku tahun ni.
Cuma tak tahu bila nak pi.
Sehingga aku dpt sms dari HP arwah.
"Pakcik rozaimy.tlng na kami..kami harap dgn pakcik.kami merayu dgn pakcik..kami dh xdk duit nk mkn pakcik.syarikat abh sya dh tutup pakcik.tlng la.pakcik kami merayu sangat2 dgn pakcik.sya xpakai nambor ni..sbb nambor ni nombor line..tlng na.pakcik rozaimy.kami merayu sangt2 dgn pakcik rozaimy.kami memang terdesak sangt2 pakcik."
Bila difikirkan balik, mana ibu bapa dan saudara mara arwah?
Baru aku teringat kisah sedih arwah yang cuba dijual kepada bangsa lain (agama lain), namun berjaya di selamatkan oleh atuk dia. Arwah masih mudah lagi, bawah 40 an. Sejak dari kecil lagi, beliau di buang oleh ibubapa dan adik beradik yang lain. Aku tak pasti kenapa? Kebanyakkan kes le, ada anak dianggap budak tu SIAL. Memang SIAL le sapa kata anak tu SIAL. Aku memang hangin bila orang tuduh seseorang tu ANAK SIAL atau PEMBAWA SIAL.
So sure tak ada bantuan dari keluarga sebelah arwah, sapa nak tolong anak SIAL? Ni sure depa bersorak gembira sebab arwah mati muda.
Persoalan seterusnya, kenapa sebelah isterinya tidak membantu?
Kalau tak silap aku le (banyak sangat orang mengadu kat aku, sampai aku sendiri confius yang mana satu|), keluarga sebelah isteri tak berapa setuju dengan perkahwinan mereka. Kadang-kadang aku heran le, kalau dulu tak setuju tu mungkin ada sebab, tetapi tak kan bertahun-tahun masih tak setuju kot. Aku tengok isteri si arwah bertudung labuh. Adakah anak SIAL tak boleh berkahwin dengan anak keluarga yang ALIM (agaknya le).
So kembali kepada topik asal. Buat pada yang baru nak kahwin tu, elokle minta restu dari kedua ibu bapa dari kedua-dua belah pihak.
Tetapi biasalah, CINTA yang terlalu mendalam terhadap pasangan membuatkan kita membuat keputusan membelakangi hati kedua ibubapa kita.
Kebahagian memang bukan terletak di tangan mereka tetapi di tangan Allah SWT. Masalahnya kita ingat ke kat Allah selalu. Kalau sakit baru tersebut Allah! Itu pun tak sengaja TERsebut ALLAH.
Yang lain tu, korang fikir sendiri. Tetapi sapa dah kahwin tu tanpa restu ibubapa, cepat-cepatlah kita cuba merapatkan kembali hubungan keluarga dan dptkan restu mereka semula. Biar lambat, janji silaturahim dapat dikembalikan
END

Comments
Post a comment