A.d.s

Computer:: Live Chat With PM
Posted at 12.Jun,2012 21:23  Comments 0 / Trackbacks 0

Hari ni 12 Jun 2012, akhbar nst mengadakan acara live chat dengan PM. PM dijadualkan memulakan acaranya jam 12.00 tengahari. Sebelum acara bermula, kena le buat persediaan.

Pada hari Jumaat minggu lepas, dapat call dari big boss (director IT). Kebetulan masa dia call tu aku dalam kereta, so suaranya terputus-putus. Yang aku dengar dia suruh cari dua PC baru untuk letak kat bilik meeting MCM pada hari Isnin.

Maka pada 11 jun, semalam le, aku sebelum breakfast pi le mengadap Director IT nak tanya lanjut pasal dua buah PC tu untuk kegunaan siapa. Rupanya untuk acara nst online .

Aku pass message ke manager operation untuk pass ke engineer supaya cari dua PC baru untuk projek esok tetapi kena siap pasang hari ni. Lepas tu aku pun pi breakfast.

Balik dari breakfast, kami pun siapkan le kerja apa yang patut. Ada yang kena pi Digital Mall beli split cable untuk monitor dan keyboard dan mouse wireless. Dua dua PC guna wireless, nasib baik aku ada simpan wireless USB dua biji dari projek kat PJ baru-baru ni. Wireless AP pasang kat luar bilik aje tetapi pasal bilik mesyuarat tu keliling guna cermin tebal maka signal yg dapat cuma 2 dan 1 bar aje. Padahal bila test dari luar bilik yang jauh jaraknya boleh dapat 4 bar. Nampak bebenor cermin membiaskan isyarat.

Tak puas hati, hari ni aku tukar AP lagi sekali, pun sama hasilnya. Lepas semua puas hati. Aku pun beredar dan sambung kerja kat meja. Tepat jam 11.39 am, Director IT mai kat tempat aku dan suruh aku masuk bilik meeting tu untuk standby takut kalau kalau ada apa-apa berlaku. Boringnya tetapi arahan kena le ikut.

Masa aku sampai, dah ramai cameraman mai. Yang kelakarnya masa PM dah start chatting, ada seorang cameraman mai lambat terus nak kedepan, terus kena halau ke belakang sikit. Tak lama lepas tu ada kedengaran deringan HP. Heran betul le depa ni, dah tahu acara dah bermula silent kan le HP. Aku mencari sapa punya HP yang berbunyi. Rupanya dari cameraman yang lewat tu le. Sure lupa set silent pasal kelam kabut nak mai.

Aku duduk le kat kerusi yang ada di belakang tu, bila PM mai dapat le juga aku bersalam dengan PM. Jangan jeles... he he he

Gambar ni lepas PM bersalam dengan aku. Asalnya aku duduk kat kerusi sebelah kanan PM. So bila mereka berbincang aku lari le untuk tangkap gambar ni.

 

 Ramai sungguh cameraman, entah dari agensi mana aku pun tak check.

Semua soalan yang diajukan dijawap sendiri oleh PM (Dato' Sri Haji Mohammad Najib)

 

Di atas adalah contoh jawapan yang ditaip sendiri oleh PM.

Memandangkan soalan yang di tanya melalui chat terlalu banyak dan PM bukan le laju sangat menaip, maka tugas menaip di ambil alih oleh reporter NST. PM hanya perlu jawap dan reporter akan menaip, dengan caranya, lagi banyak soalan dapat dijawap oleh PM.

Tak lama, aku tengok big boss aku masuk join bilik. Lepas tu aku terdengar seperti dia memberi isyarat kat orang luar 'air'. Aku pun heran, padahal air untuk PM memang dah disediakan sebaik aje PM duduk.

Tak lama lepas tu, big boss beri isyarat untuk jumpa dia. Dia tanya line Internet ok ke? Aku buka le speed test dalam galayx note. Line masih ada lagi 12Mbps out of 20Mbps. Big boss kata PC yang PM guna sudah 'hang'. Alamak!!!!!

Aku pun bergerak kebelakang PM. Jeng! Jeng! Jeng!

Alamak! betul le IE PC yang PM guna tu 'not responding'. Aku pun menghampiri PM dan mengambil wireless mouse. Aku letakkan mouse tu atas galaxy note aku. Mouse bergerak macam biasa (banyak jasa note aku hari ni). Malangnya mouse boleh bergerak ke mana mana tetapi bila click ke start button tak ada respond dari PC la pulak.

Aku pun mendekakti PM lagi sekali dan ambil keyboard wireless.
Aku pun tekan butang CTRL ALT DEL serentak, ingat nak keluarkan Task Manager. Hampeh, berkali-kali aku tekan pun tak ada respond. So ada orang mai kata mungkin bateri keyboard dah kaput. Aku jawap mana boleh kaput pasal baru semalam beli dan pasang bateri baru.

Big boss suruh cari PC lain untuk ganti, aku cakap lambat le kalau nak tukar. Paling cepat reset aje PC tu. Aku minta izin dari CEO, mula-mula dia tak kasi, akhirnya dia kasi juga pasal tak ada option lain. Tetapi dia suruh aku jumpa Ketua Body Guard untuk minta izin nak masuk bawa meja. Ye la kalau aku pandai-pandai masuk silap-silap kena teranjang dengan body guard PM yang aku perasan empat orang. Aku pun pi le jumpa le salah satu bodyguard (aku mana tahu sapa ketua bodyguard) dan kata aku nak masuk bawa meja. Dia kata ok, aku pun dengan penuh bersopan masuk bawah meja.

Aku tekan button ON lama-lama, tak off pulak. Cuba lagi sekali, pun tak mahu OFF. Cet! last sekali aku cabut aje power cable dari PC tu dan masuk balik dan tekan butang ON. Settle.

Akhirnya aku berjaya juga upkan PC tu dan login ke nst live chat. Perhhhh berpeluh dibuatnya.

Lepas settle masalah PC PM tu, aku tengok notebook yang guna IE pun tertulis 'not responding'. Tetapi user tu diam aje, maka aku pun diam le.

 Lepas tu aku berdiri sebelah big boss (lokasi yang sepatutnya aku duduk sebelum ni). So aku ambil kesempatan tangkap gambar panorama ni.

Acara chat bersama PM berlangsung selama sejam, habis aje acara online chat, CEO mengambil kesempatan untuk menunjukkan produk baru NSTP iaitu e-paper. So tunggu le kemunculan e-paper tak lama lagi.

 Ini adalah sedikit video yang aku dapat rakam.

Video 1 of 6

Video 2 of 6

Video 3 of 6

Video 4 of 6

Video 5 of 6

Video 6 of 6

Moral of the story

JANGAN GUNA INTERNET EXPLORER (IE)


end

 




Comments
Trackbacks
Post a comment